MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 2, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 DI HARI MALAYSIA CUTI BOLA SEPAK MENANG.



Dush!

Esok dah mula sekolah. Aku dah mula terasa bahang beban tugas dah ni. Aduh..harap-haraplah tulang pat kerat aku ni boleh bertahan koman-koman sampai hujung tahun ni.


Jumaat lepas, time hampir semua warga Malaysia cuti meraikan kemenangan pasukan bola sepak kebangsaan kita, aku kena tungkus lumus ke sekolah. Ada pendaftaran budak tingkatan 1 katanya. Fuh, 1st time urus pendaftaran budak.............kemain sesak nafas aku. Selama ni aku asik pegi mendaftar jek, masuk tadika mendaftar, masuk sekolah rendah daftar lagik, sekolah menengah lagi, matriks, uitm segala lah..experience beratur panjang mengisi borang itu ini tu memang dah merasa dah. Tapi kali ni aku pulak kena duduk kat meja, bagi borang, layan pertanyaan, kutip duit yuran semua. Fuh..memang pengalaman.


ceaaa tu dia cikgu bitara.haha

Dalam bizi-bizi aku tu sempat jugak lah aku jeling kat bakal-bakal anak murid aku. Kata kelas 1 Lavandula, kelas terrrrbaaaikkk katakan, jadi harus aku tilik-tilik sikit perangai bebudak ni.


Makk aiii..depan mak bapak kemain tunduk ke tanah lagi. Baikk....sopan santun, lemah gemalai gitu. Kalau sungguh sampai ke sudah gitu perangainya Alhamdulillah lah. Tenang jiwa aku.


Tapi kau tengoklah seminggu dua lagi, huh..mampus keringlah aku kat situ nak melayan.


Takpe takpe..hari daftar hari tu cikgu korang ni memang baik..lemah lembut jugak. Ada parents katakan...haha.


Kau tunggu la bukak sekolah nanti, kalau kau naik minyak...siaplah!


Don't sangka clear water no boya haaa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...