MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, January 15, 2011

BILA MALAM KATIL BERSEPAH...BILA SIANG....


"Hari ni abang tolong kemaskan katil...muleh kannnnnn?" sambil kedip-kedip mata laju-laju sama incik suami.



" tanak!" kata beliau.


"alaaa...muleh la...selalu kite je kemas katil. Abang la pulak hari ni..pehlisssssss.."


"okey la okey la"


Yes. Berjaya menculaskan diri pagi ini.


Jadi incik suami pun terus ke katil. Nampak macam ada skil hebat nak mulakan tugas.


" nak mula dari mana ni?" Tanya beliau.


"Err..mula-mula tepuk-tepuk la bantal tu bagi gebu. Pastu susun cantik-cantik macam selalu."


"Okey."


Padahal beliau takde tepuk-tepuk bantal pun..main amik dan susun je senget-senget. Huh biarkan.


"ha..pastu abang tegangkanlah cadar tu. Tarik-tarik bawak masuk bawah tilam." Aku bagi arahan tentera lagi. Haha


Incik suami duduk termangu lama tepi katil sambil merenung tilam.


" Ni nak tarik cadar dari belah mana ni? Belah sini ke sana?"


Haihhhhhhh! Tarik je la dari dua-dua belah. Ish..itulah kecik-kecik tanak amik ERT. Miahahaha!


terus aku pergi ke katil...

"mula-mula tarik dari bahagian sini. Pastu bahagian sini pulak...pastu sini..pastu sinun." Aku bagi demo free.


"pastu??" Tanya incik suami.


"Pastu tutuplah cadar dengan comforter ni...tutup elok-elok..buat ala-ala macam katil kat hotel tu. Barulah feeling menginap hotel setiap hari." Aku men demo lagi.



" Yeay!!! dah siap!" Incik suami kemain bersorak.


Erkk?!


Dah siap?


Siapa yang mengemas katil sebenarnya tadi?


Haih!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...