MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, January 16, 2011

SEKARANG BOLEH PANGGIL AKU MAK YONG


Hari Ahad memang heaven. Dengan cuaca yang lembab-lembab choclate moist, dengan incik suami yang tiada di rumah, jadi remote control, laptop, berokbeng, peti ais, kuali, periuk segala adalah milik aku. Lega sebab tak perlu nak berebut. Huh.


Jadi sebab dah tinggal seekor diri kat rumah, sindrom malas memasak pasti akan muncul. Alasan klise...."ala..duduk sorang jek..buang tenaga badan tenaga letrik tenaga gas bagai kalau memasak beria". Jadi tak payah masak. Brunch aku hari ni cumalah 2 biji ubi kentang yang dimodified jadi potato wedges. *errr itu di kira memasak jugak ke?*


Tengah long leng long leng menggoreng potato wedges, tentiba henset berbunyi..


"yonggggg mesej"

itu maknanya ada sms masuk. Harus dibaca dengan kadar segera.



Sender: Ayid

Ina dah masuk wad 104 hospital Al-Islam Kg. Baru..Insyaallah bersalin hari ni atau esok..doakan semua selamat ye..



WHAT???

Ina dah nak bersalin?? *Ina ni adik ipar aku. Ayid tu adik lelaki aku*


Kalau ikutkan..tarikh jangkaan bersalin antara hujung bulan Januari. Due date nya 8 Februari. Tapi hari ni baru 16 Januari kan? Ohh..musti my anak buah kesayangan tak sabar nak jumpa Mak Yong nya ni. Hahaha.



Jadi aku adalah teruja, gembira, seronok, hepi, neves, rasa nak terbang balik KL sekarang, segala perasaan muncul time tu. Memang takleh digambar. Rasa nak buat tarian hula hula pun ada. Ceh.


Ohh yeahh!! Aku dah nak jadi Mak Yong...ohh yeah uh lala...Im a Mak Yong. *sambil buat aksi cheerleader*



















p/s: Mudah-mudahan lepas ni turn aku pulak...*ohh sangat mengharap*

2 comments:

  1. alhamdulilah.. moga semuanya selamat..Insya Allah..

    wan, misss youuuu!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...