MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, February 18, 2013

Baby's food: Milky Potato Balls.


Petang semalam, aku ni macam rajin lah pulak nak buat snek petang untuk Aidi. Selalunya untuk kudap-kudap Aidi makan biskut je. Hehe. So rasa macam nak buat finger food untuk Aidi. Tapi sumpah aku tak prepare pape. Denga bahan pun tak tau ada ke tidak, resepi nak buat pun takde..yang aku ada cuma semangat jitu untuk memasak sesuatu untuk Aidi. Gituuuuu.

Bila kobek kobek peti ais, jumpa potato, ada kismis.

Bukak laci..ada tepung gandum.

Okey marilah kita buat eksperimen kuih. Haha.

Aku bagi nama resepi ni...


MILKY POTATO BALLS.

Bahan-bahan:

1. Ubi kentang 2 biji. (sebiji pun boleh, anak makan byk mana lah sangat)
2. Tepung gandum 1 cawan
3. Susu tepung anak 3 sudu
4. Air  3 sudu (aku guna air rebusan ubi)
5. Garam/gula (jika suka)
6. Kismis
7. Minyak untuk menggoreng

Cara buat:
1. Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk. Kemudian lenyekkan.
2. Campurkan semua bahan-bahan lain bersama ubi, gaul sebati. Bulat-bulatkan..goreng..siap!





Aku buat sikit je ni. Dalam 10 biji je untuk Aidi. Itu pun abahnya dah cukai 4 5 biji. Sedap katanya. Haha!

Mulanya aku plan nak buat bentuk panjang-panjang. Kata idea asal nak buat finger food kan, haruslah berbentuk finger. Sekali adunan aku tu lembut sangat, payah nak bentuk. Nak tambah tepung banyak-banyak kang keras pulak. Ini untuk baby ni..so biarlah lembut-lembut je. 

Jadi aku tukar pla buat bentuk bulan-bulat kecik. Macam bebola gitu. Senang jugak Aidi makan, dia amik sebijik terus ngap semua masuk mulut dia. Haha.

So far..Aidi suka resepi baru ni. Bolehlah buat lagi nanti.

Siapa nak cuba..silalah cuba.

Imrpovised la mana yang patut sebab resepi ni aku cipta sendiri je ni. Hehe.


2 comments:

  1. Wah best aidi mama pandai reka resepi..nampak sedap pulak tuh

    ReplyDelete
  2. Nk tryla recipe ni..kreatifla..afif ni da boring asik bubur je,best plk tgk recipe ni.tq! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...