MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, February 25, 2013

Dah macam abang abang je Aidi ni


Aidi Aidi Aidi.

Anak teruna aku sorang ni eiiiiiiii...geram dibuatnya. Rasa nak cubit-cubit, nak gigit-gigit je. Tapi bukan geram marah, geram...macam mana eh? Geram geram lah. Haha.

Sekarang ni kalau nampak mama atau abah buatkan susu, tak nyempat-nyempat dia dah  "bak bak bak" sambil hulur tangan setinggi boleh. Kadang aku tak terus bagi kat tangan dia, aku suruh dia pi bobom dulu. Maknanya suruh dia baring dulu lah, nak minum susu kan. Jap lagi dia kedek-kedek jalan pegi cari kusyen nak bobom. Kiut sangat aksi tu.

Sekarang ni dah pandai main aci sembunyi dengan abah dia dah. Bila dia perasan abahnya sengaja sembunyikan diri, jap lagi dia berjalanlah kedek-kedek cari abah. Pastu abahnya saja pulak nyakat buat "huarghhhhhhhhhh!!!! kejar Aidi!!!". Mengekek dia ketawa sambil lari macam tak cukup tanah. Selalunya dia lari ke mama dia lah mintak bantuan keselamatan. Haha. Comel je dua beranak tu.

Aidi tak pandai cakap lagi. Cuma pronouce dia dah ada pembaharuan.

Sekarang ni word feveret dia berbunyi seakan-akan...."APE NI......"

Dia jumpa toys je dia akan sebut "Ape niiiiiiii?"

Dia dapat makanan pun dia akan sebut "Ape niiiiii?"

Pendek kata apa je lah benda yang dia dapat mesti dia sebut "Ape niiii?"

Tak pasti sama ada dia memang berniat nak tanya apa bendakah ini, atau mulut dia je saja suka sebut. Tapi memang nampak macam real dia bertanya. Dengan nada dia tu..eiiiiii comel!

Abahnya bawak Aidi gunting rambut kelmarin. Aku tak ikut, incik suami dropkan aku ke supermarket, depa dua beranak je pegi barber.

Balik-balik dari barber...terus abah upah main kereta muzik kat depan pasaraya tu.






Dah macam abang abang je rupa Aidi.

Heh.

3 comments:

  1. ha ah dh boleh jadi abang...

    ala ala yong hint nak jadikan aidi abang kan kan? hehehehhehehe

    ReplyDelete
  2. alolo tomei dah pandai ckp ye aidi..leh jd abg long dah ni..hihi

    ReplyDelete
  3. yong nandung ehhh - nuwul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...