MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, February 28, 2013

Belajar minum guna straw


Aku kan kadang rasa lucu pulak dengan incik suami, beliau kan..selalu sangat rasa kagum tengok anak dia suka minum air masak.

Kejap kejap je....

"tengok tu, dia minum air."

"Aidi ni suka minum air masak kan?"

" Baguslah Aidi ni, minum air masak."

Macam-macam lagilah ayat kagum dia tu. Padahal anak minum air masak je pun. Mungkin dia selalu berhadapan dengan situasi baby tak suka minum air masak, so bila anak sendiri suka minum, dia rasa macam bertuahnya la haiii. Gamaknya gitulah kot. Haha.

Aku pun senang hati jugak sebenarnya bila tengok Aidi suka minum plain water. Baik untuk badan dia kan? Sementara dia nak minum ni biarlah dia minum. Kita galakkan saja. 

Jadi sebab Aidi seorang peminum air yang aktif, maka banyak jugak koleksi botol air dia. Semua dari Tomee Tippee. Ada 3 ke 4 entah, lupa. Sebijik rege koman-koman RM30. Pengsan mama!!

Disebabkan Aidi dah macam abang-abang *macam je ye, bukan betul-betul*, maka aku mula nak perkenalkan straw pada dia.

Yelah, kurang macaho pulak kan minum air gok gok gok pakai sippy cup la botol susu la kan, kenalah macam big boy skit, kita pakai straw. Hehe.

Sebelum-sebelum ni pernah je try bagi dia minum guna straw, tapi Aidi macam tak paham lagi. Kita suruh sedut, dia hembus. Penat mama sruttttt sruuuttt mendemo ke dia. Last-last dia brrrrr brrrrr brrrr je menghembus balik dalam air. Heh.

So aku trylah beli botol air baru untuk dia, yang ada straw. Masih lagi brand Tomee Tippee. Aku suka brand TT sebab botol air dia direka khas untuk anti colic and anti tumpah. Yang pentingnya anti tumpah tu. Biarlah dia tonggeng terbalik macam mana pun botol tu air takkan tumpah. Jadi mama selamat dari jadi mangsa disiram Aidi. Hahaha.


Balik ke cerita botol straw tadi.

Aku try bagi Aidi.

Mula-mula dia teruja. Botol baru, warna ceria, dia senyum je pegang.






Pandai pulak tu masukkan straw dalam mulut.


Tapi....






Dia tonggeng macam botol susu jugak.


Haaaaaiiiiiii la anak.


Tapi its okey. Benda baru, memang la macam ni. Dia konfius sikit la tu. Aku biarkan je, bagi Aidi masa. Sambil-sambil dia tengok TV tu aku bagi dia pegang botol air dia. Biar dia blajar blajar hisap straw. Aku yakin dalam seminggu dua lagi dia boleh bezakan cara minum dari straw dengan minum dari puting botol.


Macam mana cara uols ajar anak minum straw pulak?? Share lah!

=)










5 comments:

  1. haha..comel aidi tonggeng botol tuh..agaknye hisap tak dpt, tonggengla senang..hihi

    ade try bagi hannah minum pakai straw..die pandai hisap..tapi terlebih laju lak pulak sampai masuk air ikut hidung..lepas tuh tak pernah bagi try dah..takut lemas..hihi..tgu besar sikit baru bagi balik ;)

    ReplyDelete
  2. Eusoff tetiba jer pandai... tak sedar lak bila belajar nyer..

    Mewah nyer Aidi..kete ada 2...huhhu

    ReplyDelete
  3. eh entry cam lebih kurang cam ciknaa..kakaka.
    kuat minum, cepat la pempes beliau berat.. hoho..tp suke gile tengok afiq kencing, putih je air kencing nye.. :P

    ReplyDelete
  4. mek i memang tak reti minum botol.

    tak ingat plak camne dia boleh start minum by straw ni, seingat i, botol dengan straw tu beli untuk maknye, tapi dah diconquered oleh si anak.

    bila bagi kat dia, eh, pandai pulak dia hisap pakai straw tu, tapi bila kita bagi botol dengan puting, dia hisap serupa macam hisap straw.

    abih?
    acaner?

    ReplyDelete
  5. anak i tetibe je pandai gune straw..mase umur die 8bln lebih,saje2 la belikn botol yg ade straw..bg try,pass..hee..so truskn je la..tp mase mule2..dpt sedut air..die smpn dlm mulut,then main sembur2..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...