MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, February 13, 2013

Dah macam Aidi...ada je projek kau nak buat.



Cuti-cuti sekolah ni biasalah takde agenda lain selain duduk melepek kat rumah dengan Aidi.

Aidi ralit tengok TV je aku mula lari ke laptop. Bila Aidi sedar aku takde dekat-dekat dia, dia akan pergi cari aku kat dining table sambil buat muka manja mintak aku teman dia tengok TV balik. Itu je lah keje aku ulang-ulang sambil diselang seli dengan aktiviti lain macam masak, basuh baju, basuh berak Aidi, tido membongkang dan lain-lain lagi. Haha.

Sound boring kan?

Redah je lah labuuuuu.

Ni nak gebang ni, hari tu *tak ingat hari apa*, tengah syok-syok aku surfing facebook, tentiba aku jumpa gambar ni kat Fanpage Fyn Jamal.




Credit to Fanpage Fyn Jamal

Tau ni gambar apa?

Ini adalah perca baju-baju anak beliau * si Juna yang super comel* yang dah tak boleh nak pakai lagi. Baju-baju newborn camtu lah gamaknya, yang dah sendat mendat. Beliau gunting-gunting and nak cantum buat PATCHWORK QUILT BLANKET.

Homaiiiiiii!!!!!

Buat blanket uolsss!!

Guna perca-perca kain baju anak yang dah mengecik itu. Manisnyaaaa!!!

Kalau cukup kain boleh buat sampai jadi paling koman size single, so anak boleh simpan pakai sampai dia besar.

Bak kata Fyn Jamal, "masuk asrama jangan lupa bawak". =)


Pastu nak jadi ceritanya.....aku, si Jemah kecoh ni terus gegedik nak buat patchwork quilt jugeekkk. Dan dan terus semangat nak buat. Time time tu jugak aku kumbar balik kain baju Aidi yang dah sendat-sendat tu. Banyak jugak baju lama Aidi ni. Nak simpan untuk adik Aidi......hurmmm, melihat kepada kegilaan aku membeli baju bajan Aidi, aku tak rasa aku boleh pejam mata recycle je baju lama Aidi untuk adik dia nanti. Confirm semua pun aku nak beli baru. Nak nak kalau dapat anak pompuan pulak pasni. Ewaaahhh harapan. Haha.

So aku macam bercita-cita tinggi nak buat projek patchwork ni jugak.

Cumaaa...

Rasa sayang pulak nak gunting-gunting baju anak tu. Kalau projek terbengkalai acaner?? Aduduh menangis je nanti.

Satu lagi masalah....aku adalah tiada mesin jahit.






Jahit pakai tangan aci tak??


Haha.











3 comments:

  1. wahhhh..rajin nyer nak jahit quilt guna tangan..hehehe...mmg tabik spring lah =)

    ReplyDelete
  2. fyn pun jahit tangan uolsss....uolss buatlah dulu, kang iols ikut. takpun, kalau cantik, iols tempah kt uolss jeeee....

    ReplyDelete
  3. kalau jahit guna tangan bila nak siapnye yongg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...