MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, February 27, 2013

Pelajar ini buat cikgu sedar betapa bernilainya duit 5 sen



Situasi: Masa rehat menengah rendah.

Lalu seorang budak perempuan form 1 rasanya depan aku, bawak satu bekas nasik lemak bekal dari rumah. Tapi bukan nasik lemak tu yang menarik perhatian aku *tapi menarik la jugak sbb aku lapar ni.haha*, tapi uniform sekolah budak tu.

Kain biru muda..standard. Okey, takde masalah.

Baju kurung putih...PENDEK PARAS PEHA, LENGAN DAH NAK SAMPAI PARAS SIKU. KECIK.

Aku tegur.

" Ni kenapa pakai baju kecik sangat ni sayang?"

Ya memang dah jadi tabiat aku panggil anak murid "sayang". So tak payah nak hairan sangatlah.

" Hurmmm...hurmmmm"

Dia tak tau nak jawab.

Diam.

"Jawablah cikgu tanya ni. Kenapa pakai baju kecik?"

"Mama kata...TAK ELOK MEMBAZIR."

Pangg!! Kena sedas muka cikgu.

" Yelah..memang tak elok membazir, tapi baju ni kecik sangat, tak ikut standard uniform sekolah. Esok jangan pakai baju ni lagi okey, pakai baju baru."

"CIKGU, SAYA TIADA BAJU BARU. NI JE BAJU YANG ADA."

Terdiam. Cikgu betul-betul terdiam. Tiba-tiba rasa sebak pulak. Rasa bersalah pulak. Tiba tiba jugak rasa nak buat sesuatu.....Tapi aku lupa nak tanya nama and kelas budak tu. Harap Allah permudahkan. Insyaallah.


**********************************

Ini adalah status facebook yang aku post pada 19 Februari lepas.

Kisah benar...depan mata kepala aku.

Selang beberapa hari...aku dapat cari semula pelajar perempuan tu. Dapatlah tahu nama, tingkatan, and sikit sebanyak latarbelakang famili dia.

Dan semalam....

Aku dah tunaikan hasrat hati aku.





Semoga hari ni...pelajar perempuan belah kanan dalam gambar ni tak lagi pakai baju pendek paras peha.

Semoga dengan uniform sekolah yang tidaklah seberapa harganya itu mampu buatkan pelajar ini lebih bersemangat untuk berjaya.

Cikgu sayang anak murid cikgu.

12 comments:

  1. mulianya hati seorg guru....untung budak tu ada cikgu mcm yong

    ReplyDelete
  2. sedihnye..tahniah cikgu yong..anda memang guru prihatin.. ;)

    ReplyDelete
  3. Dan buat sy tersedar jugak, bernilai nya duit 5sen tu.. Hati cikgu mcm awak memang mulia :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. vote cikgu yong! eheh <3

    ReplyDelete
  5. rs sebak bc... sian kan.. semoga rezeki cikgu sentiasa murah pasni..aminnn

    ReplyDelete
  6. bagusnya hati cikgu..saya ingat lagi masa darjah 6..ada kawan saya kena marah sbb baju sekolah dia nipis (bkn nipis sbb kain licin tu..lagipun sekolah tak bagi baju murid guna kain licin..sng terbakar dlm makmal..)padahal terang lagi bersuluh nipis sbb dah cuci byk kali sampai dah naik kuning kaler dia..mungkin baju tu pun org bagi..baju tu pun besar sampai lengan tu kena lipat..mmg terang2 nampak budak tu org susah..boleh cikgu tu marah depan kelas katanya baju tu dah lama suh tukar baju baru..nak menangis kawan saya tu malu dgn kawan2..

    ReplyDelete
  7. susahnk jumpa cikgu mcmni...semoga murah rezeki cikgu...Ameen~~

    2thumbs up utk Cikgu YongNana...sgt terharu dengan sikap awk sbg cikgu yg prihatin...:)

    ReplyDelete
  8. mulianya hati cikgu yong ni...
    proud of u sista!!

    ReplyDelete
  9. Congrats dear. Jgn jd seorg cikgu yg hny mnnti gji d hjg bulan. Yg melepaskn btuk d tngga.

    ReplyDelete
  10. T_T

    tahniah sebab berjaya jadi seorang PENDIDIK.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. sy ada pon murid thn 5 yg mcm ni...baju & seluar mmg lusuh giler2...baju pon tgl 2 butang ye...kesian memang laa kesian..tp bila memikirkan murid ni dpt bantuan kewangan RM100 & KWAMP, sy rasa terkilan..kenapa tak digunakan utk membeli pakaian & keperluan sekolah anak2...malah yg saya sakit hati, bila ada parent yg guna duit anak2 ni utk benda2 yg tak sepatutnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...