MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, February 9, 2013

Esok raya jemah oii!!

Esok raya cina oiii!!

Haha.

Orang lain yang nak beraya, aku pulak yang sebok. Maklumlah, 1Malaysia kata ko! Paling tak manahan tadi aku nampak ada orang JUAL LEMANG kat tepi jalan. Suasana di Aidilfitri sangat kan? Padahal Kongsipacai. Huhu.

Aku pun apa kurang, orang lain yang nak raya aku yang pulun-pulun beli baju raya Aidi.

Bahahaha!!

Takdelah, bukan beli sebab esok nak kongsipacai, beli sebab baju siang Aidi banyaaakkkk dah sempit sendat ketat. Aku tak tahu lah budak tu badan kategori apa. Nak kata gemuk bam bam takde lah pun. Berat 12 bulan baru 9.5 kilo je. Badan tu takde lah isi sangat, tapi baju sendat. Baju-baju dia yang size 6-12 bulan tu semua tak boleh pakai dah. Boleh pakai tu bolehlah, tapi kesianlah tengok Aidi dah rupa hulk je baju ketat sikit lagi boleh koyak. Hahaha.

Aku suspek budak ni perut dia buncit terlebih. Itu sebab baju dia banyak ketat nak nak tang perut. Memang hazab.

So aku pun rembatlah beberapa baju murah-murah untuk Aidi. Alah, nak buat pakai daily, tak payah lah baju mahal-mahal. Yang doploh hengget sepasang tu jadilah.




hasil rembatan.

Aku macam dah jatuh cinta pulak dengan baju jenama PIGEON. Material kain dia best sangat. Harga pun murah. Dalam lingkungan RM22-RM24 sepasang. Oklah bagi aku. Kalau brand Anakku ke Disney ke baju cantik jugak, kain 100% cotton jugak tapi material kain tak sesejuk yang PIGEON ni. So pasni kalau baju basahan Aidi semua brand PIGEON tu jangan heranlah ye sebab mamanya dah jatuh chenta sama itu baju PIGEON. Hehe.

Dah rembat baju, pusing-pusing Ujana tu kejap. Banyak sangat berselisih dengan baby yang naik buggy. Ala, yang macam stroller tu tapi lebih kecik and lebih ringan. Merata-rata orang dok tolak anak dalam buggy.

Kami ni dok dukung Aidi dari tadi. Saja takmau bawak turun stroller sebab konon nak bagi Aidi berjalan. Praktis la katakan..haha. Tapi budak ni malas nau nak berjalan kat mall. Maybe dia seriau kot tengok orang ramai sangat. Bila berdiri nampak kaki-kaki manusia je. Haha. Jadi berlenguhlah kami laki bii gilir-gilir dukung Aidi.

Pastu mulalah hati terdetik.

" Eh, macam best pulak buggy tu. Jom cari jom."

Ewaaahhhh...tengok orang pakai, ko pun nak pakai kan? Dasar!!

Pergilah aku pusing-pusing ujana tu cari kedai jual buggy.

Jumpa.

Tapi tak banyak choice. Yang dijual tu semua sama sebijik sejiban dengan buggy-buggy yang aku tengok orang tolak-tolak tadi. Gamaknya semua pun beli kat kedai ni. Haha, standardlah Labuan takde choice.

Ada dua jenis.

Satu jenis seat tak boleh baringkan. Harga RM135. 

Satu lagi jenis seat boleh baringkan. Harga RM149.

Pheww!!

Buggy bodoh-bodoh tu pun rege kemain beratus. Aku ingat rege puluh-puluh je. Dah tu berpeluh aku dengan incik suami berpikir nak beli ke tak nak beli ke tak.

Reason nak beli...

Sebab nampak anak orang duduk dalam buggy tu macam syok je banding duduk dalam stroller. Rasa lebih bebas and opened.

Hehe. Itu je reason. Padahal stroller ada ni dalam kereta. Haha.

Bincang punya bincang last-last beli je jah. Tong tong duit dengan incik suami. Sweet kan nak beli buggy anak pun kena tong tong duit. Pangg!!

Hasilnya....

Hurmmm...bolehlah. So so je lah penerimaan Aidi terhadap kereta baru dia tu.

So so pun..last last terlena jugak dalam tu.

Dah puas meraung merempan bagai..akhirnya terlena jugak.

Tido duduk je jemah oiiii






Okbai!





5 comments:

  1. saya terkonfius jap, apa beza buggy dgn troli hehehe

    ReplyDelete
  2. Jenis ragka besar aidi ni..lanak aku 9 bln lbh kurang 10 kilo...tp masih boleh pakai baju saiz new born to 3 month...lg pelik...huhu..

    ReplyDelete
  3. Tumpg iklan. Kalo nk order bedak arab KOKURYU super summer cake & handmade brooch boleh visit our FB Page TOMEYtomam Collections..❤

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...