MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, February 8, 2013

Ooooo dah pandai sekarang yek.


Hari ni last day sekolah sebelum bercuti panjang. Weehoooo!!

Sekolah hari ni pun macam ala-ala heaven je sebab boss takde. Yahooooo!!!

Haha.

Kalau nak cuti je bukan anak murid je melompat-lompat, cikgu sama terkinja. Seronok aih dapat cuti. Boleh duduk rumah melepek dengan Aidi.

Budak bertuah tu memang makin banyak akal dia sekarang.

Dah pandai mengamuk.


Pandai drama.

Kalau mama abahnya marah sikit pun dia punya cebik tu macam kena maki hamun. Drama lebih. Tambah lagi sekarang kalau dia tak dapat apa yang dia nak, memang dia tiarapkan badan dia atas lantai. Merampus-rampus gitu. Eiiii tak kuasa mama nak layan tau. Aku biarkan jek. Mujurlah perangai guling-guling atas lantai ni dia buat kat rumah depan mama abah dia je, kat luar dia tak berani. Tak taulah tak berani ke atau belum berani. Haha. Kalau dia berguling atas lantai kat mall siap la kau Aidi. Ini adalah amaran!! Haha.


Aidi dah boleh berjalan elok dah sekarang. Dia tak mau merangkak dah. Keje dia nak berjalan je. Tengok tv pun sanggup dia berdiri dari duduk.

Bila aku bagi rocker suruh duduk dalam rocker...

Ini pulak projek dia.












Haishhh!!

Anak...anak...

Bila dia dah boring dengan projek rocker dia, mulalah cari tender projek baru. Projek rocker kita kasi tinggal macam tu je, takpe takpe..nanti mama kita tolong kemas. Haih!!


Mujur projek baru ni ilmiah sikit.

Reading time!!



Alhamdulillah Aidi ada minat ke arah buku. Walaupun dia tak tahu lagi apa fungsi buku semua tu, tapi bila dia ada minat nak pegang, belek, geget, bermain dengan buku-buku pun aku cukup senang hati dah.

Tak sabar tunggu sikit masa lagi untuk introduced pensel and kertas pulak.

Contengan pertama Aidi nanti aku nak simpan, nak frame siap.

Simpan bikin pusaka.

Haha.

4 comments:

  1. amboi Aidi jd pomen ye...sonok tgk pkembangan ank kn...:-)

    ReplyDelete
  2. heheh...budak cerdik memang macam ni..ade jer akal nyer...:)

    ReplyDelete
  3. comel aidi dengan projek rocker nye..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...