MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 13, 2013

Cerita menarik sepanjang di KL *menarik ke??*


Sepanjang lebih kurang seminggu balik KL hari tu, ada beberapa cerita menarik tentang Aidi. Kalau aku ingat-ingat balik memang boleh buat ketawa. *ini sebenarnya taktik nak ubat rindu pada anak ni.haha*

Satu,

Masa dalam flight nak terbang balik semenanjung, aku dapat seat sebelah dengan seorang mommy muda yang ke Labuan untuk meeting. Maybe mommy tu rindukan anak dia *umur sebaya Aidi*, jadi dia mintak izin nak pangku Aidi yang masa tu tengah tido lena. How sweet that mama. Thanks!


Dua,

Aidi dah pandai minum guna straw masa kat KL. Pergi KFC minum milo pakai straw je sekarang. Tambah pulak pah ma nya rajin belikan milo kotak yang 6 pek kecik-kecik tu untuk Aidi. Untunglaaaaa..


Tiga,

Kalau pergi jenjalan mall, Aidi suka dilepaskan berjalan. Kendian dia akan berjalan laju-laju macam orang lari tak cukup kaki. Lepas tu jatuh gedebuk. Lepas tu bangun balik lari balik. Lepas tu jatuh lagi. Lepas tu apapuntakboleh. Haha.

Empat,

Pernah sekali aku beli roti kat kedai roti Jusco tu. Aku sibuk nak bayar roti, Aidi sibuk berlari dalam kedai roti. Siap nak masuk dapur kedai. Nak mintak kerja ke nak oiii?


Lima,

Aidi ada terhantuk kepala dengan pah ma dia. Tapi yang mengaduh sakit beria bukan Aidi, tapi pah ma. Aidi relax je terhantuk. Haha.

Enam,

Aidi sempat kutip 2 lebam di kepala sepanjang di Ampang. 1 betul-betul "bertelur" di kepala sebab jatuh stool masa tengah buat "persembahan". Satu lagi lebam tang pipi sebab jatuh terhantuk meja. Tapi guess what?? Aidi tetap cool..heh


Tujuh,

Mulut Aidi adalah riuh membebel sekarang. Kat KL, dia dapat satu pronounciation yang baru.

" apa kebenda benda benda benda"

Comel sangat bila dia sebut. Cuba korang sebut laju-laju. Comel kan? =)


Lapan,

Sangat suka makan. Pah Ma suapkan gulai tempoyak pun dia hadap je. Haish!!


Sembilan,

Rajin menolong mengemas rumah. Ni bukan mengemas yang "mengemas" tu. Ni betul-betul dia nak tolong kemas tapi idok ler dia pandai. Cer bagi dia feather duster, gigih dia sapu lantai lah perabot lah semua guna buku ayam tu. Bagi pulak penyapu, pun sama. Bagus, sikap rajin harus dipupuk dari kecik.Hehe.


Sepuluh,

Dah pandai simpan toys dalam bakul toys. Ini memang aku pun terkejut. Dulu Aidi cuma pandai kumbar toys je dari bakul mainan dia. Sekarang, pandai dah dia kutip satu-satu masukkan dalam bakul semula. Rasanya dia belajar melalui pemerhatian kot.


Last,

Berat Aidi yang terkini adalah 11 kilo lebih. Lebih tu berapa aku tak pasti sebab bukan guna penimbang digital. Yang penting mama kata badan dia hantap!!


Okbai.

3 comments:

  1. semangatnya aidi..11 kilo dah ek..huhuhu...sib dah boleh jalan sendiri kann..kalau x penat mama dia nk dukung..hehehe...

    ReplyDelete
  2. haha..comel nye aidi pandai cakap ape kebenda benda tu..siap try cakap lelaju kat sini..wahaha..

    ReplyDelete
  3. Comel jer...makan gulai tempoyak lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...