MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 13, 2013

Kesunyian apakah ini?


Kekok betul rasanya semalam. Hari pertama tanpa Aidi, memang kekok.

Selalu bangun pagi, mesti akan jenguk bilik dia dulu. Tengok apa gaya dia tido. Sekarang, bukak pintu bilik cuma nampak tilam kosong je.

Selalu nak pergi sekolah, aku mesti sarat dengan macam-macam benda. Tangan kiri kendong Aidi, tangan kanan galas hand bag dan beg Aidi, belakang ada lagi beg laptop. Macam pokok krismas meriahnya. Sekarang, aku lenggang kangkung je. Amik hand bag dan chalo. Kekok sangat.

Selalu balik sekolah mesti tak sabar-sabar nak jumpa Aidi. Kepala dah membayang-bayang dah apalah yang budak ni buat kat rumah Mak Long dia. Semalam, aku drive kereta terus je balik rumah. Janggal.


Balik rumah pulak, rumah kosong. Sunyi.


Arghhhhhh!!!!

 Kesunyian apakah ini??

Bila aku duduk kat sofa, tengok TV...macam terasa-rasa je Aidi ada dalam rumah. Macam terbayang-bayang dia dok kedek-kedek berjalan dari bilik dia ke ruang tamu. Sampai ada sekali aku tersasul menjerit..."Aidiiiiiii..buat apa tu??"


Padahal mana ada Aidi.


Aduhaiii...mama dah gila bayang.

Tu belum tengok abahnya lagi. Lagi mabuk kepayang.

Setiap jam dia call aku tanya keadaan Aidi. Jadi aku pun call lah mama kat KL nun untuk hapdet keadaan Aidi kendian laporkan pada abahnya pulak.

Kat rumah, bila duduk berdua tu topik perbualan semua tentang Aidi. Abahnya sampai dok gigihlah kumbar balik video-video Aidi yang ada dalam telefon aku ni, tengok penuh tekun, pastu terkekek-kekek sorang diri. Walaupun dah puluh-puluh kali dok ulang tengok video yang sama pun takde masalah. Yang penting rindu pada anak terubat sikit.


Semalam, sempat jugak buat video call dengan Aidi.

Alahaiiiii rindunya.

Nampaknya setiap malam kena buat video call.

Biarlah Aidi belum pandai sembang dalam telefon pun. Yang penting dapat tengok live aksi si kecik itu.

10 days to go.

Bertabahlah Yongnana!

6 comments:

  1. adeh, kalau mama umar raihan ni mau teriak tiap minit yonggggg oiiii.....
    takpe....10 hari lagi..sabarrrrrrrrrrr....

    ReplyDelete
  2. sedihnya jauh dengan anak..kalau anis pun macam tu agaknye..mabuk kepayang..kalah masa bercinta..hihi

    ReplyDelete
  3. patutla tingkap bilik aidi terbuka je.. yong, td pagi ujan lebat.. awat tak tutup tingkap uma..? huhu..=)

    ReplyDelete
  4. biasa la yong..1st time berjauhan dgn anak..dulu time syasya nenek eh jaga kt kg dok mengira hari nak balik kg utk jenguk dia..bila dia nampak je kita..terus tepuk2 dada nak nenen..hehe

    ReplyDelete
  5. Yong..sumpah hampir menitik air mate bace...sebak rase hati..aku dpt rase perasaan tu...

    Eerr.hormon nk dtg bln kot...huhu

    ReplyDelete
  6. sedihhnyaaaaaa..hrmmm tak dapat nak gambo!! pegi kerja pun asyik rindu kat Taska..nikan jauh dimata...tabahkan hati ye Yong..Blogwalking di malam hari :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...