MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, March 18, 2013

Nasib Baik ada Jamal.


Aku sebenarnya tak tahu nak hapdet apa. Sejak-sejak Aidi takde di sisi ni, idea nak berbelog pun macam tertinggal sama kat semenenanjung.

Kosong.

Makin hari makin rindukan Aidi.

Ada satu hari tu, sebab aku rindu sangat kat Aidi, so aku baring lepak-lepak atas tilam Aidi. Ambik bau kata orang. Tentiba aku terpandangkan Jamal si unta kesayangan Aidi kat tepi bantal. Terus aku ambik, aku cium Jamal berkali-kali. Ya Allah, kuat betul bau Aidi pada Jamal. Mana tak kuat, si Jamal tu lah yang suka di gigit, dipeluk, dicium setiap hari.




Hai, saya Jamal. Bukan Jamalul kiram tau. Haha.

Disebabkan Jamal je yang ada aroma Aidi yang kuat, jadi Jamal telah menjadi besfren aku sekarang. Ni pegi sekolah pun aku usung Jamal dalam henbeg. Ko hado?? Haha.

Apa cerita Aidi kat sana??

Hari tu dia demam, Alhamdulillah dah sehat.

Weekend hari tu, pah nya bawak ke klinik lagi sebab badan Aidi naik bintik-bintik macam ruam tu. Risau jugak kot campak lagi ke, infection ke apa ke kan. So depa bawak ke klinik.

Lepas tu pah Aidi bawak dia pegi shopping pulak.

Hamboiiiiii....manja sangat kan.

Siap dapat hadiah sepasang baju baru. Risik-risik kata rege baju seratus lebih. Uiii aiiii. Aku pun tak pernah belikan Aidi baju rege cenggitu. Mama cheapskate sikit. Haha.

Bertuah lah Aidi. Kat sana ramai sudi melayan dia. Tukang basuh berak pun siap boleh buat shift. Shif siang, orang ni basuhkan, shift malam, orang lain pulak take over. Gituuuuu.

Kalau aku call Aidi, dia bukan nak cakap pun dengan aku. Kalau buat 3g, pandang skrin telefo pun tak sudi. Merajuk lettew dengan mama dia ni. Takpe takpe, tunggu this Saturday, tau la mama pujuk. =)

Tak sabar nak ke Sabtu. Cepatlah masa berlalu.


Penutup entri.

Terimalah gambar Aidi dengan muka berani-berani takut sebab dah ter terbalikkan burger Aunty Nini dia. Kesian Aunty Nini kempunan. Siap menyany-nyanyi panggil batu belah batu bertangkup katanya. Haha




5 comments:

  1. 4 hr lg..sabar yong..aku tau perasaan rindu ko tu....

    ReplyDelete
  2. jamal diusung dalam beg? terbaekkk.. hihi.

    ReplyDelete
  3. sabar yer ..nanti jumpe aidi peluk cium banyak2 eh... comel aidi..muka tak bersalah..hehe

    ReplyDelete
  4. sabtu lepas org dgn haraz dok depan kerusi batu depan uma yong, cdg nk ajk aidi men taman. lupe plak dia takde, nasib tak ketuk pintu uma yong. kalo tak naya cek. baru tahu yang uma kite sgt la dekat, jalan kaki je. kalo nek keta, bapak jauh gle. hahaha..

    aidi balik t kte men taman dgn haraz yep..

    ReplyDelete
  5. hihi comelnye aidi terlangkup kan burger auntie nye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...