MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, March 23, 2013

Minggu depan takde entri tau?


Ada lah dalam setengah jam lagi ni sebelum aku kena bergegas siap nak ke airport. Sempatlah mak jemah taip hapdet sikit. Aku balik KL nanti ni tak bawak laptop. Incik suami request tinggalkan laptop untuk dia, nak tengok gambar-gambar Aidi kat fesbuk katanyaaaa.. Alahaiii abah. Siap pesan, nanti letak gambar Aidi banyak-banyak tau. Abah dah angau bangau lettew kat anak. Heh.



Malam ni ada tournament futsal dengan famili.

Ewaaaahhhhh!! Cargas sangat kan famili aku siap nak futsal-futsal bagai. Tapi aku memang awal-awal dah register masuk kelab wanita cun pegang pom pom je lah. Cun ke???? Haha. Nak sepak bola memang takdelah. Kang kaki orang yang aku sepak kang naya je. Haha.

Aidi??

Ooohhh Aidi haruslah masuk gelanggang. Lawan Shaqil katanya. Orang lain main futsal 7 sebelah lah apa, Aidi dengan Shaqil lawan futsal satu sebelah. One by one kekdahnya. Haha

Jersi dah ready dah ni.


Ni jersi hadiah dari pah Aidi. Beli lama dah, tapi masa beli tu takleh pakai lagi sebab besar. Sekarang memang sedang eloklah sizenya.

So, go Aidi go Aidi!! Selamanyaaa.....selamanyaaa....selamanyaaa....harimau malaya.. Elelelele la haaa aaaa haaaa aaaa. Ewaaahhh.

Tengoklah malam ni apa jadi. Aku takut futsal cancel, yang on ya, lepak kedai mamak reramai sambil pekena nan cheese dan teh tarik tiga layer. Perghhh!! Mengalir air liur.


Esok, adik perempuan kesayangan aku pulak nak bertunang.

Kenduri oiiii!!!

Semalam dia forward gambar pelamin dia. Aku suka.

Pelamin yang tak macam pelamin sangat. Lebih kepada background untuk bergambar. Tapi nantilah lepas majlis baru kita haplod gambar. Tak suspen lah kan reveal pelamin awal-awal.

Pastu next week nak bawak Aidi pegi Aquaria KLCC. Bawak Aidi tengok fish. Mesti dia seronok. Mamanya lagi berdouble seronok. Beronok-ronok gituuu. Haha.

So kesimpulannya, aku tak bawak laptop. Mungkin takde sebarang entri sepanjang minggu depan. Kasi can lah aku ngulit Aidi sampai puas. Rindu oiii.

Okeylah, jam dah menunjukkan pukul 8 pagi. Sari berita penting. Panggg!!!

Aku nak mandi dulu. Nanti pukul 9 abang kesayangan yang gagah perkasa itu akan jemput bawak pergi airport. 

Tata sayangs!!!

2 comments:

  1. wah seronok jadi cikgu macam yong..seminggu tu cuti..nikmatnyaaa..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kije sebagai cikgu. Budak sek cuti, cikgu pun cuti lah yeee....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...