MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, March 14, 2013

Demam Pulak Dia.


Pagi tadi aku tak sempat nak call mama. Awal pagi aku dah bizi dengan kelas, bila free...bateri hand set pulak dah kiok. Jadi kena tunggu balik sekolah, charge bateri apa semua baru boleh call mama kat Ampang nun untuk hapdet tentang Aidi.

Mama kata....

AIDI DEMAM!!

Siap masa call tu mama tengah nak bagi Aidi makan ubat. Sempat pulak mama cakap.."eiiiii susah nau nak bagi dia ubat. Macam kamu Yong kecik-kecik dulu". Sempaaaattttt je kan nak kondem aku pulak. Haha.

Aku memang dah gigil lutut dah time tu dengar Aidi demam. Mama pun ceritalah kronologi macam mana Aidi demam.

Tengah malam......
Aidi start nangis-nangis tak henti-henti. Tak boleh nak tidur. Nini call boiprennya ajak pegi klinik. Yang lucunya, kat klinik doktor sempat tanya Nini..."KENAPA PERUT ANAK AWAK MACAM NI ??" Boncet kata ko!! Hahaha. Kalau aku yang bawak pegi klinik mesti doktor tak kata apa, sebab perut mama pun boncet. Si Nini tu kurus selim melim, memang tak percayalah doktor. Hahaha.


Siang esoknya..
Mama bagi Aidi ubat ikut time. Panas badan dah surut. Tak panas dah. Aidi makan nasi macam biasa. Tengok TV macam biasa. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia akan merengek-rengek nak ikut orang tu balik. Mama kata, ada sorang jiran ni datang rumah. Aku panggil dia Kak Chik je. Badan Kak Chik ni memang montel-montel macam aku. Aidi punya manja dia duduk atas riba Kak Chik tu lama. Mama kata Aidi ingat itu mama dia kot. Dia rindu. Huhu.


Mama pun rindu kamu Aidi.

Mencurah-curah pulak air mata aku lepas letak fon tadi. Pastu terus kedaung tido sebab nak hilangkan sedih. Huhu.


Aku rasa lah, selain rindu mama abah dia ni, Aidi rindukan rumah dia. Dari hari Ahad 3hb yang lepas dia tak balik-balik ke rumah dia ni ha. Itu yang jadi dia nak ikut semua orang balik tu dengan harapan orang akan bawak dia balik rumah dia kat Labuan ni.

Kesiannya Aidi.

Mama minta maaf ye sayang.

Mama bukan tak sayang Aidi, mama bukan dah tak nak jaga Aidi, Mama terpaksa tinggalkan Aidi sementara kat sana sebab itu je yang terbaik buat masa ni.

Im sorry sayang.

Moga Aidi cepat sehat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.



7 comments:

  1. sabar Aidi sayang... ini yang terbaik buat masa ni.. semoga cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedihnya..aidi rindu sangat kat mama tuh..kata blogger hana kalau kite teringat kan anak, sedekah kan al-fatihah..moga dia dlindungi Allah swt selalu..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. semoga aidi cepat sembuh. aduh sebak hatiku bila baca entry ini. terasa sangat jadi ibu-ibu ni bkn lah satu perkara yang mudah ;(

    ReplyDelete
  4. ermm..rindu kt rumah sendiri tu..pandai dah ye nak ikut org balik..sian yong..tabahkan hati ye..

    ReplyDelete
  5. sedihnye rasa..& rasa xnk berpisah ng anak walaupun sekejap..

    sabar ea mama aidi..dugaan yang Allah berikan macam2..hope kita kuat hadapinya..

    cuti sek.dah xlama..semoga dpt bersama aidi semula ;)

    ReplyDelete
  6. Eeee...malas aku nk bace (tp bc gak) sbb kalau bace jer aku rase nak nanges...sedih giler kat hati aku...sebak..lg2 part ko kate die nak soh org hntar die blk umah ko tu.....hurrmm...sabar yer aidi...awak kan anak yg cerdik dan baik......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...