MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, March 31, 2013

Another Pregnancy Journey

Ramai yang dah dapat teka apa benda yang nak diumumkan tu. Jadi marilah aku terus buat pengumuman rasmi di blog terchenta ini.

YES, IM PREGNANT AGAIN!

=)

Alhamdulillah..syukur atas rezekiMu ya Allah.

Itulah..sejak-sejak Aidi kena tinggal kat KL aritu, ramai pulak yang mendoakan Aidi dapat adik, ha kan dah masin mulut mengkeme. Huhu.

Aku memula tu takdelah bajet mengandung ke apa. Cuma tanda-tanda kecil tu adalah jugak aku perasan, tapi aku buat vodo je.

Antaranya kerap ke toilet. Aku anggap cuaca sejuk, selalu hujan, tu yang kerap kot.

Tapi bila balik KL minggu lepas, aku mula rasa sakit bawah perut. Macam crampt gitu. Pastu siap sakit sampai ke punggung. Pun aku buat tak tau je sebab aku pikir aku nak period ni. Memang tengah tunggu bulan datang je ni. Pastu dah sibuk-sibuk dengan kenduri bertunang apa semua. Tak de pikir pasal crampt perut dah. 2 3 hari lepas kenduri baru perasan balik sakit crampt tu. Nak-nak lepas angkat benda berat, memang sakit.

Tolong mama buang sampah 3 4 bungkus besar dan berat. Lepas buang sampah aku tak boleh jalan. Kena berdiri statik sambil kemut apa yang patut tahan sakit.

Bila dukung Aidi pun satu hal..ya hampun budak tu berat nak 12 kilo dah aku rasa. Memang sakit pinggang dibuatnya.

Jadi hati aku dah tak sedap. Ini tanda nak period ke apa ni??

Neves oiii!

Dahlah baru "berhoneymoon" kaaaaannn. Haha.

Jadi aku pun  zaaasss la pi beli upt kit. Beli dua terus. Haloba kan? Haha.

Atas nasihat geng geng gojes, aku pun buatlah test. Malu memang malu sebab masa ni period belum delay lagi. Tapi lantaklah...tak try tak tahu kan? Heh.

Dan hasilnya.....





Senyum.

Aku mms gambar ni ke incik suami, dia boleh pulak call aku balik cakap ni gambar apa, dia tak paham. Coi!! Orang baru nak romantik-romantik bajet nak terima ucapan ilebiu ke apa ke kan, sekali dia tak paham puleeekkkk.. Kenalah aku explain pulak.

Incik suami antara orang yang seronok.

Yelah, ingat tak lagi dulu dia ada cakap nak baby lagi sebagai azam tahun baru dia?? Insyaallah tercapailah azam tu.

Setakat hari ni...period dah delay 3 hari. Masih awal. 

Keadaan aku pun masih okey, Alhamdulillah. Cuma cepat penat. Kalau mendukung Aidi 5 minit pun penatnya macam  merentas desa 5 kilometer. Lelah!

Aku pun belum pergi jumpa doktor lagi.

Buku pink lagilah belum ada hati nak pergi bukak. Haha.

Tunggulah, hujung minggu depan ke baru pergi klinik untuk scan baby. Yelah, nak jugak aku tengok keadaan baby kat dalam ni, okey ke tak, ada ke tidak kantungnya, jantungnya, kedudukannya betul ke tidak dalam rahim apa semua kan? Penting tu untuk tau. Kalau semua okey, then baru aku proceed dengan bukak buku pink. Alah, Aidi dulu pun aku dah 11 minggu baru hegeh-hegeh pegi bukak buku. Ni baru 4 minggu ++, santai-santailah dulu. Hehe


Tadi aku buat upt test lagi, kali ni guna clear blue pulak. Retis pakai clear blue, ko pun nak clear blue jugak. Dah lah bapak mahal. Boleh beli dinner plate 2 set tau tak? Mujur mak yang bayarkan. Hahaha. Tak senonoh kan, upt test pun masih mak bayarkan. Bahahahah!




Katanya aku mengandung dalam 2 - 3 minggu. Kalau ikut kiraan doktor, kira mengandung dalam 4 - 5 minggu.

Masih awal.

Masih perlukan jagaan rapi.

No more lasak-lasak.

Keje paling lasak aku boleh buat adalah dukung Aidi. Budak tu pun sekarang boleh tahan manjanya. Biasalah..orang nak dapat adik memang gitu

=)


Eh, nak bagitau..seronoklah bila sekali lagi kita dilayan bagai princess dek suami. Makan dah tentu-tentu dia sediakan double.

Hehe.

Oklah..nanti hapdet lagi tentang adik baby.

Doakan aku dan kandungan sehat-sehat sentiasa okey?

Tata.










14 comments:

  1. Tahniah... Teringinnya nak menambah sorang lagi.

    ReplyDelete
  2. tahniah yong.. jadi yong tak join la kem kadet bomba minggu neh..?

    ReplyDelete
  3. Congrtas YongNana!! saya salah sorang silent reader kamu..i'm happy for u ;) take da greatest care of urself ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah yong..terase nak join the club la pulak..hhehehe

    ReplyDelete
  5. tu lah, honeymoon tak ingat anak!!!
    kakakakakakkaak....
    take care yong.

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis bakal dapat next baby.. Rezeki murah.. saya pun sedang menunggu giliran bersalin due November ni hehehe.. due kita berhampiran minggu kot kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...