MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, April 10, 2013

Ini Je Lah Hadiah Besday Yang Boleh Bagi Pun

10 April.

Hari ni besday incik suami.

Tapi aku takde buat apa-apa preparation pun.

Kek takde.

Makan sedap-sedap takde.

Hadiah lagilah takde.

Tapi hati aku macam tak ralat sangat sebab semalam aku berjaya masak dan bagi dia makan sekenyang-kenyangnya.

Masak apa hoi?

ASAM PEDAS KATA KO!

Aku ni kan, sejak-sejak mengandung kali ni mood memasak tu memuncak sikit. Dulu masa Aidi, ke laut perginya mood nak masak tu. Tiap hari makan luar. Kali ni lain pulak. Pergi supermarket, nampak bersusun cantik bunga kantan, terus pappp!! Nak masak asam pedas. Padahaaalllll tak reti. Haha.

Jadi dengan muka tak malu aku merayu la resepi kat group gojes tu. Aku tau situ kalau kau mintak apa pun mesti dapat. Dah macam lampu aladin dah group gojes sana. Hehe.

Maka berkuntau la aku di dapur. Siap angkut laptop lagi buat intai resepi.

Lama jugak hoi bertapa kat dapur nak masak asam pedas ni. Kebas kaki ibu mengandung katanya. Haha

Lepas beberapa ketika maka terhidanglah ini...



Hahaha.

Kecoh pung pang pung pang sekali dua lauk jewww???

Haha.

Asam pedas ikan merah resepi dari Ciknaa.

Dengan ayam goreng kunyit air tangan suami.

Phewww!! Romantik kau tau memasak secara bergu gini. iols guna daput belah sini, uols guna dapur sebelah sinun. Pastu main laga-laga bahu, laga-laga vontot, pastu tercium pipi pulak. Auwwww!! Haha. Jangan layan, aku tipu je tu.

Aku sumpah tak reti masak asam pedas, ni memang 100% tengok resepi ni. Tapi alhamdulillah lah....


Suami iols makan sampai 3 pinggan!!

Licin nasik dalam periuk.

Selalu masak 2 pot nasik tu tak habis makan pun kami bertiga. Semalam siap tak cukup. Sian Aidi nak makan nasik lagi, nasik dah takde. Aidi makan lauk je lah lebihnya. Mama pun....nak tambah nasik, nasik dah habis abah bedal. Wuwuwuwu.


Tapi itulah yang buat aku senang hati.

Bagi suami makan air tangan kita sendiri.

Takde apa yang lebih membahagiakan seorang isteri bila tengok suami tersandar kekenyangan makan masakan kita sendiri.


Soooo....


HAPPY BIRTHDAY BABANG BUCUK!!

7 comments:

  1. pehhh..aku lak ngidam asam pedas...sdpnya..nk amek resepi satgi kt group aladin..haha..

    ReplyDelete
  2. wah itu pun dah kire hebat lah tu yong..alamak kecur air liur tengok asam pedas pepagi ni..

    dalam tu baby girl kot tu yang rajin masak..hihi

    happy besday kepada perwira negara ;)

    ReplyDelete
  3. sweet la kak yong ni tau..ni yg blh jadi sifu ikutan ni..hehe..
    p/s:epi besday jgk utk asben kak yong n congrats ek 4 2nd pregnancy..;)

    ReplyDelete
  4. dah jadi yeay..
    hidup air tangan isteri..!
    makin sihat la laki kite pasni yong :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..kecur air liur pepagi tengok asam pedas..asam pedas lawan dgn ayam goreng adalah terbaekkk..
    lapor dah perut pepagi ni..adoyaiiii..

    ReplyDelete
  6. wow... xper walaupun 2 jenis lauk jer..janji isteri masak n sedappp!!!! =)

    ReplyDelete
  7. wahh yong..tercucuk mate tgk bendi tu yong..hehehh..group gojes tu group apa..nak juga menyibuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...