MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, July 1, 2013

Baby A: 18 minggu


18 minggu sudah mengandung hari ni.

Alhamdulillah.

Kalau ikut kiraan last period actually baru 17 minggu. Tapi last check up hari tu doktor ubah aku punya EDD dari 8 Dec pergi ke 1 Dec. Maka usia kandungan pun otomatik besar seminggu. So 18 minggu la hari ni.

Perubahan??

Perut makin besar. Kain baju kurung aku pakai hari ni pun rasa macam dah susah nak zip. Bila duduk kang dengan sendirinya dia terbukak. Bahahahah.

Makan macam biaslah. Sentiasa berselera. Sampai nurse kat KK kata aku tak payahlah macam Vit C ke apa ntah tu yang menambah selera makan tu. So aku cuma amik asid folik and iron tablet je setiap hari. Sekarang dah rajin dah makan vitamin. Dah jadi rutin sebelum keluar pergi sekolah mesti telan dulu 2 biji tu.

Muka iols macam biasalah...berjerawat sesaja. Usap pipi belah sini, rasa gerutu gerutu. Usap pipi sana pun gerutu. Usap dahi lagilahhhh macam hapa je aku rasa. Nak buat camne kan, seri baby dah amik. Dulu ngandung Aidi pun gini jugak. Sampai ke badan berjerawat. Muka kusam, hitam, legam. Aidi dah amik semua seri mama. Tengoklah Aidi sekarang..comel kan dia? Kehkehkeh.






So aku rasa nak start minum aurawhite lah. Lama dah aku beli, dok bersimpan je kat dapur tu.18 minggu rasanya dah ok kot kan nak minum. Baby pun dah kuat insyaallah.

Semalam mak mentua call. Kemain kan aku....menantu kesayangan ni sampai mak mentua pulak call dulu. Kehkehkeh. Sembanglah macam-macam. Sampai satu part..mak cakap..

" Mak rasa pompuan kot dalam perut tu"

"Nape mak cakap macam tu?"

"Sajaaa lah. Tengoklah nanti. Mak rasa pompuan."

Hamboiiii mak. Kemain hebat menilik kan? Padahal dalam telefon je ni. Hehe.

Pompuan ke laki ke aku gembira jugak.

Nak nak hari ni aku dah mula dapat rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut.

Oh maiii!!

Perasaan indah tu datang lagi.

=)

9 comments:

  1. dah 18 minggu eh yong, kejap je rasa, dulu klu diri sendiri mengandung, lama betul rasanya, macam mengandung sepanjang taun, x beranak2 jugak..hahahaha

    ReplyDelete
  2. dorg kata kalau preggy,minum aurawhite tu bagus.nt susu pon banyak.

    ReplyDelete
  3. Kalau betul..dah sepasang...
    Best tue...

    ReplyDelete
  4. bestlah kalau dpt sepasang.. aidi n aida...hehhehehehehhe...

    yong, konfiden ke dgn aurawhite time2 preggy ni?dah baca btl2 ke isi kandungan dia? risau plaks...

    ReplyDelete
  5. rase mcm kejap je yong..rase baru tahu semlm ko peknen..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wah mesti putih melepak anak dara nanti.ekeke. cpatkan msa blalu :-)

    ReplyDelete
  7. mkn aurawhite nnt bby kuar putih melepak la yong.. :) ehhh jap je dh 18minggu...

    ReplyDelete
  8. Mak mertua ko tu doa tu....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...