MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

INCIK SUAMI DAPAT TAWARAN BERLAKON MR. MAMA MUSIM BARU.



Aku tak pasti aku tido mimpi apa semalam. Mimpi indah gamaknya. Bukan apa, bangun tido pagi tadi tengok kain baju dah sedia berpusing dalam mesin basuh. Siapa yang basuh?? Ohhh...suami peliharaan rupanya. Sengih panjang la aku. Kurang beban satu kerja.


Tengah hari sikit, incik suami ajak *err sebenarnya aku yang beria nak ikut.haha* pegi pasar raya..nak beli barang dapur sikit. Aku pun capai tudung terus...vrooommm ke kedai. Incik suami capai bakul..pastu satu-satu barang dia masuk dalam bakul. Aku tengok jek, diam. Tak mau banyak cakap. Nampak macam hari ni incik suami mahu ambil alih tugas suri rumah tangga..jadi relakan saja. *padahal memang gumbira pong*



Balik rumah..santai-santai kejap sebelum tentiba beliau utarakan dialog begini..


"hari ni boleh tak kalau abang nak masak untuk ayang???"



Erkk?!


Benarkah???? Sambil lempang pipi sendiri takut ini adalah mimpi. *overrr!*




Ohhh memang indah rasanya mendapat layanan di raja pada hari Jumaat yang mulia ini. Heh.








p/s: incik suami pesan, jangan masuk ke dapur selagi dia tak siap memasak. Takut hilang konsentrasi katanyaaa....aicehh bajet peserta Master Chef. Paling koman pun boleh lah berlakon siri Mr. Mama musim baru. Huhu

9 comments:

  1. Hari Jumaat harusssssssss la rajin2. Hehehehe :D

    ReplyDelete
  2. ahahahahahah giler best dapat layanan diraja from husben hihi

    ReplyDelete
  3. yongnana seksinyer mr mama u kat dapur......ahaks..

    kotak memfollow teman ade kat sblh kanan entry tu....ade tulis GENG2 TEMAN.....

    ReplyDelete
  4. pesan kat dia masak kena pakai bajuuu........ heyyyyyyy...... maluuuuuuuuuu............

    ReplyDelete
  5. owh bahagia nya hidup mu wahai wan...

    ReplyDelete
  6. laki ko masak pe wan? lauk apa? hahahaha.... comel sungguh laki kamu yer..

    p/s: ni hasil dpt dr nota cinta kah? ekekeke...

    ReplyDelete
  7. Azlina...haha..rajin ada makna tu..haha

    Ieza..sangat best! Ni pun beliau dah masuk dapur lg buat menyediakan juadah makan malam..huh syurga!

    LeeAnem..seksi kah?auuuw! Okey skrg jugak sy zaass pegi memfolo u..=)

    Leonara...tula..degil budak tu..katanya aura tak cukup kalau pakai baju.ceh.


    Cik Fiza..Alhamdulillah..sofasogud.hehe


    Ninie..laki i masak kuew teow goreng je pun tadi..skrg dalam progres nak masak megi pulak katanya...heh menu memang agak bujang tapi layankan aje..

    ReplyDelete
  8. wow..bertuah..hb akak masak air pun tak berapa nk reti..hihi

    ReplyDelete
  9. tu baru sekali dia masakkan, dah suka kan ...ada kawan acik tu hari2 hubby dia masak bila balik kerja tambahan bulan Ramadan ni...senang banyak, ni disebabkan hubby dia sampai rumah cepat..yang dia plak sampai dekat2 kul 7 jadi tak perlu terjah bazar...alangkah bahagianya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...