MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 9, 2010

KALAU NAK BERLAKON JADI CIKGU..SILA BUAT HOMEWORK DULU!


Okey, terus nak sambung entri sebelum ni tentang apa hal yang aku panas hati sangat kelmarin. Tapi sebelum tu aku nak tanya kamu-kamu semua, perasan tak kat Astro Prima sekarang ada drama Dia Atilia? Lakonan Zamarul Hisham, Almy Nadia, dan Fasha sendat. Perasan tak?


Ke aku je yang perasan? Haha.

Aku ni bukanlah minat sangat dengan pelakon-pelakon tu, apalagi Fasha Sendat tu...memang tak la. Tapi aku tertarik nak tengok drama ni sebab aku rasa drama ni ada unsur-unsur ciplak Filem Kuch Kuch Hota Hai. Itu yang buat aku naaakkk sangat tengok. Nak tengok sejauh dan sedalam mana penciplakan itu telah berlaku. Perghh bajet macam pengkritik filem jek.


So aku pun tekunlah nonton drama tu. Tak pasti episod pertama ke episod berapa, tapi yang pastinya memang sah drama tu tiru jalan cerita Kuch Kuch Hota Hai.


Itu ke yang buat kau panas hati sangat ni??


Ohh tidak tidak tidak. Lantakkan la depa nak meniru jalan cerita ke nak meniru jalan raya ke apa ke. Itu biasalah tu. Macam tak biasa pulak tiru-meniru ni. Sejak dari sekolah tadika lagi dah apply dah tiru-tiru ni kan? Jadi itu bukan halnya.


Yang buat aku panas ni sebenarnya adalah salah satu dari adegan yang ada dalam drama tu.


Ada satu part tu...


Si Fasha sendat ni berlakon sebagai guru...jadi adalah adegan dia mengajar dalam kelas. Bila scene si Sendat ni masuk kelas....dalam hati aku..

"uiii cantik baju dia..macam batik-batik moden."


Ala-ala macam jatuh cinta pandang pertama.....................sama baju yang di pakai Si Sendat tu. Aku ulang..jatuh cinta sama BAJU ye. Bukan orangnya. Heh.


Tapi masa tu kamera fokus pada bahagian atas badannya jek. Tak nampak bahagian bawah lagi. Suspen ni nak tengok bahagian bawah baju tu..mana tau laaagiiii santek kan?


Sekaliiiii....



Ternganga aku!!


Haaaa!! Nganga!


Apasal??



Lorr...rupanya Si Sendat tu pakai dress sampai paras lutut jek weiii! Takde sebarang seluar ataupun kain disediakan.


Serius aku marah.


Guru Melayu Islam pergi sekolah pakai dress paras lutut?? Itu pun tak sampai lutut aku rasa. Sipi-sipi jek.


Ye...Aku tau itu cuma lakonan. Tapi bagi aku, even itu cuma dalam drama tapi kalau nak berlakon watak cikgu, sila buat homework dulu. Kau kalau nak pegang watak pelacur la perempuan dot dot dot la pandai pulak kau buat homework tentang pakaian, gaya, cara hidup diorang bagai. Tapi bila dapat watak cikgu??? Alahaiiii......



Sedih aku.


Terasa macam profesion keguruan telah diperkotak-katikkan.


Emo!

7 comments:

  1. aii..ni baru first time saya berani interprem..bab2 fasha ni mmg iolss gemar..gemar sgt..gemar mengumpat..betul tu..dia tu tak buat research ke bfore blakon or tak penah gi sekolah dulu..tak penah tgk ker cikgu sekolah dia dulu pakai aper..hu.hu...sori..kelesaran sayer terserlah..

    ReplyDelete
  2. eee...sib baik i tak tgk cite tu.tak pasal je mulut terkumat-kamit mengutuk..
    mmg la kan..tak buat homwek la tu pasal etika2 ke apa ke..
    haish!tak tgk pun dh geram nih...

    ReplyDelete
  3. artis2 kt malaysia nih memang cmtu kot. susah nk buat homework psl watak diorang. watak cikgu paling senang tapi tu pon tak bleh buat. Lagi2 si sendat tuh plak yg blakon, harapanla nak tengok sbb kompem ntah pape.

    *first time bace & komen. hehe. tertarik ngan post nih.

    ReplyDelete
  4. betul!!! setuju sangat!

    1. tiru citer kuch kuch hota hei
    2. si pasar sendat pakai dress paras lutut.apakah???? sengal! tak leh terima betul. apa agaknya dia sekolah dulu cikgu pakai dress kot.ish ish ish....wat la research sikit.ye x?

    jom kita emo bersama! ;D

    ReplyDelete
  5. Wahh..nampaknya ada jgk yg marah ni. Hehe..Tapi memang btol..even kalau yang berlakon tu bukan Fasha pun, saya tetap emo. Ini bukan pasal yang pakai baju pendek tu Fasha ke apa ke...ini tentang etika pakaian guru yang telah dihina...cewaahhh! bahasa!

    =)

    ReplyDelete
  6. Wahh..nampaknya ada jgk yg marah ni. Hehe..Tapi memang btol..even kalau yang berlakon tu bukan Fasha pun, saya tetap emo. Ini bukan pasal yang pakai baju pendek tu Fasha ke apa ke...ini tentang etika pakaian guru yang telah dihina...cewaahhh! bahasa!

    =)

    ReplyDelete
  7. Kak, aku pun rasa nak marah ni..NGAAP!!!! aku pun tak suka si sendat tu, so turut ter reflect dengan tampalan yang akak buat ni. Herm, walaupun bukan seorang guru, tapi aku amat menghormati profesion perguruan..Teruk kan diaorang ni.. Guru adalah role model..(so kena la uat sedikit kajian, etika berpakain bagaimana)..
    menghampakan betul wayang/filem di Malaysia ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...