MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

PEMENANG MENEKA LOKASI PERTAPAAN AKU PAGI TADI. *jeng jeng jeng*



Yeahhh!! Sekarang aku nak umumkan pemenang bagi pertandingan meneka dimanakah lokasi pertapaanku. Nampaknya sudah ada pemenang. Penyertaan pun amatlah menggalakkan....DUA orang sajork! Nampak nau belog ko ni memang cabuk Yongnana oii. Haha. Walaubagaimanapun, kepada yang meneka, tenkiu bebanyak aku ucapkan. Walaupun kamu tahu aku memang tak akan bagi adiah punya tapi kamu tetap mahu teka. Haha. Betul pulak tu tekaan beliau. Syabas mere bettey!


Jadi betullah..gambor gunung berkabus berbayu itu adalah Gunung Kinabalu. Memang betul aku sendiri yang snap gambar tu. Itu memang aku tak tipu. Tapi bab aku pergi bertapa ke dalam gunung tu memang sah-sah menipu. Huh, Yongnana nak panjat gunung?? Mintak hampunnnnn! Baru naik bukit 10 kaki pun boleh tercabut kuku kaki, ada hati nak panjat gunung?? Heh.


Apa kau buat kat kaki gunung tu Yongnana oii? *kena kata kaki gunung je la sebab sedar diri tak mampu nak mendaki.haha*


Okey, aku sebenarnya pergi ke Kundasang, Sabah 1 hingga 5 hb baru ni.


Pernah sampai??


Kalau yang memang Sabahan tu rasanya takde hal la dengan Kundasang tu. Tapi bagi aku yang perantau ni memang jaaakuunnn!

Bangun pagi-pagi bukak pintu bilik terus boleh nampak Gunung Kinabalu yang selama ni aku dok eja baca je namanya dalam buku geografi, tapi sekarang dah depan mata. Mau tak kedip-kedip mata aku ni?? Heh.

Tapi malangnya aku bukan pergi berbulan madu sekian kali ye. Oh no no no...Aku pergi bawak budak, jadi guru pengiring untuk Program...err program apa namanya lupa pulak aku. Panjang namanya.. Jap, aku tepek gambar.



ha..itulah nama programnya.Panjang nau. Malas nak taip. Kamu baca je la. Hehe.



Sebahagian dari para peserta tengah tekun dengar briefing dari jurulatih. Atas feri dah ni, nak ke Menumbok. Ni la first time aku naik feri duduk atas bumbung. Hehe..


Kami bertolak naik feri dari Labuan jam 7.30 pagi,. Kamu tahu pukul berapa kami sampai Kundasang??




Jam 5.30 petang!!


Adoi!


Berapa kali aku tido, bangun, tak sampai-sampai jugak lagi. Punyalah jauh. Jalan pulak macam ulang sawa kekenyangan..melingkar-lingkar. Huhu..Tapi bestlah..pengalaman.





Inilah Kg. Sinisian, homestay penginapan kami. Memang best tinggal sini. Aircond punyalah besar...dalam bilik, luar bilik, sampai ke bilik air pun ada aircond. Hehe. Kadang aku rasa nak mandi pun nak kena pakai sweater. Ate, sejuk bebenau. Terasa seperti tiada lemak pulak bila aku duduk sana, padahal lemak mak aiiiiii...sebesar tayar lori ada kat pinggang ni. Haha.


Tadi dah bagitahu kan aku ni guru pengiring je kan? Just mengiring budak sampai ke tempat yang dituju jek. Bila dah sampai sana, apalagi..kami yang cikgu-cikgu ni berjimba la. Budak-budak lantakkan mereka..diorang ada program, korang dengar la ceramah bagai tu sampai kecut tangan kaki. Haha.. Cikgu-cikgu mahu membuat lawatan sambil belajar. Haha

Paling best bila aku dapat pergi ke tempat ini.




Ladang lembu!!


Err betul ke panggil ladang?? Ke kandang?? Ke ladam?? ke rumah penginapan lembu?? Ahhh..lantakkan. Janji aku dapat jumpa sedara jauh aku ni. Hahahah!


Kamu tengok lembu-lembu tu? Gemukkkk!!! Kaler hitam putih pulak tu. Susah nak jumpa kat tempat lain. Kat New Zealand je banyak.


Jadi aku pun feeling berada di New Zealand la kejap. Hehehe..



ceaaaa! Tengok, tengok..kat New Zealand ni. Hehe



Subhanallah.....Cantiknya. Terpaku terkaku terkelu aku tengok pemandangan ni. Nak terkencing pun ada sebab terlalu sejuk. Heh.


Rasa tak nak balik pun ada. 5 hari je kat sana, mana cukup. kurang-kurang 2 minggu la baru betul feeling jadi orang gunung. Tapi bila teringat kat incik suami yang kesepian di rumah nun terus hati meronta-ronta nak balik. Rindu katanyeeee...haha geli!


Tentiba aku teringat iklan susu dulu-dulu tu..


"ada 6 juta lembu di New Zealand!"

" Apa???! 6 Juta???!!"


Iklan susu apa ya tu? Lupa pulak aku.hiks!

4 comments:

  1. Syok eh pi Kundasang? singgah Kinabalu Park tak?

    ReplyDelete
  2. Wan, saya kat sini dah nak dekat 2 taun tapi tak penah sampai sana. Aduh duh duh. Husb tak suka sangat bab2 nak berjalan jauh ni. Lagi pulak dia yang bawak kete sorang2. Tambah dengan keadaan jalan yang macam tu, memang dia tak minat. Huhuhu...penah la sampai Ranau, tu pun sebab hantar patient.

    ReplyDelete
  3. parents sy penah naek gunung ni..sy tak penah..hahaha...tapi memg teringin nak naek..mak sy naek smpai lata laban ek name stesen kat atas gunung tu..bleh trun smpai 8kg =)

    ReplyDelete
  4. wah cm best je.. cm kt obesi plak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...