MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, May 29, 2011

BATU BERLIAN PADA CINCIN KAWEN ILANG!!



Sepasang suami isteri tengah santai-santai guling-guling depan TV sambil menonton Akademi Fantasia.

Tiba-tiba si isteri bukak topik tentang jari orang mengandung yang biasanya akan mengembang macam di pam - pam.


Isteri: Abang...cuba tengok jari kite ni. *sambil tunjukkan jari-jari tangan kanannya pada suami*

Suami: Kenapa dengan jari tu?

Isteri: Sekarang jari ni kurus je lagi *sempat lagi tu perasan jari kurus*, tak lama lagi mesti jari kite ni akan gemuk macam jari abang. *sempaaattt ngata suami sendiri*

Suami: Yeke?

Isteri: Iyelah...orang mengandung memang biasa jari akan mengembang. Nanti cincin kawen ni pun dah tak muat nak pakai dah. *sambil belek-belek cincin kawen*


Isteri: ABANG!!!


Suami: Kenapa??


Isteri: Cincin kite!!! Batu ilang!!




Dangg!!!


Gila sedih.

Cincin kawen aku hilang batunya. Dua biji batu pulak tu yang hilang. Adehlah..macam mana boleh tertanggal pun aku tak tahu. Rasa siangnya tadi masih elok lagi.



cincin kawen...aku hitamkan bahagian yang dah hilang batunya. Dua biji tuu.....haish!



Hadoilah!!


Mana nak cari ni??


Benda bukan besar-besar gabak senang nak nampak.

Ini batu kecik, halus.


Kalau pakai kanta pun belum tentu boleh jumpa.


Nak pergi ganti baru....kat Labuan ni takde kedai Habib. Ganti kat kedai lain boleh ke? Adeh..berapa ratus pulak la nak ganti berlian baru ni.


Hadoi!



1 comment:

  1. cincin kawin farah pun sama jugak..hampir setahum dah takde berlian sebijik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...