MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, May 25, 2011

TIPS BUKA BUKU PINK


Okey, kali ni rasa nak share kekdah-kekdah nak pergi bukak buku pink bagi ibu-ibu yang mengandung. Jadi entri ni amat sesuai untuk mereka-mereka yang baru disahkan pregnant, atau yang belum disahkan pregnant tapi Insyallah akan pregnant satu masa nanti. Anak-anak dara yang belum kawen pun boleh baca...entri ni sesuai untuk tatapan mata umum. Kategori U.=)


Pertama sekalinya kita kena tahu kenapa kita kena bukak pink. Apa kebendanya buku pink buku pink yang selalu bakal-bakal ibu dok sebut-sebut ni.


Buku pink *atau ada jugak yang panggil buku merah* adalah buku rekod kesihatan untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebaik sahaja kita disahkan pregnant, kita dah boleh p daftar diri kat mana-mana klinik kesihatan/desa yang berdekatan dengan rumah kita. Kalau zaman dendolu, mak aku kata kena tunggu 3 bulan baru boleh p bukak buku pink ni, tapi sekarang ni lebih afdal bukak seawal yang boleh. Kalau boleh hari ni sah mengandung, esok pegi la serbu klinik kesihatan terdekat dah. Bukan apa, baik untuk diri kita and baby jugak sebab doktor boleh pantau kesihatan kita lebih awal.


So camne nak bukak buku ni?

1. Datang ke klinik kesihatan atau klinik desa yang berdekatan rumah.

Lagi dekat lagi bagus sebab nanti masa dalam pantang, nurse-nurse dari klinik tempat kita daftar ni la yang akan datang melawat kita kat rumah untuk pantau kesihatan kita and baby dalam pantang nanti.


Aku tak pasti buku pink ni boleh bukak kat klinik swasta ke tidak. Kalau ada yang tahu, boleh share info kat ruang komen di bawah.


2. Bawa dokumen yang diperlukan

Datang klinik tu jangan datang melenggang kangkung ye kawan-kawan. Sila datang dengan dokumen lengkap. Kalau tak lengkap, silap-silap nurse tu suruh balik je..datang semula esok. Kang penat badan je cenggitu.


Dokumen yang perlu dibawa adalah:

- 2 salinan sijil nikah
- 2 salinan kad pengenalan isteri
- 2 salinan kad pengenalan suami
- gambar berukuran paspost suami dan isteri (2 keping setiap seorang)


3. Datang awal.

Biasa klinik ni bukak jam 8 pagi. Jadi jam 7 pagi tu elok la kamu-kamu terpacak dah depan pintu klinik. Macam kat klinik Bebuloh yang aku pegi tu, kul 7 pagi tu diorang dah bukak dah pintu, jadi kita dah boleh masuk amik nombor giliran dan duduk la diam-diam sampai nama kita dipanggil.


Kalau terasa nak datang lambat pun boleh jugak, tapi melangut lama sikit la kat klinik tu nanti. Silap haribulan nombor giliran pun abis dah.


Macam kes aku haritu, aku datang kul 7.30 pagi. Tu kira dah lewat la tu sebab nombor giliran aku adalah nombor 25. Kemain ramai dah sampai awal, tempat duduk pun dah penuh. Jam 11.30 baru nama aku dipanggil. Kul 12 baru setel semua. Huh..letih menunggu.


Jadi better datang awal.


4. Berterus terang dengan nurse bila nurse tanya soalan-soalan tentang diri kita.

Nurse biasanya akan soal macam-macam soalan.

Kita merokok ke tidak, husband merokok ke tidak, keturunan kita ada penyakit berbahaya macam kencing manis, darah tinggi etc ke, alahan ada ke tidak, kalau ada, alahan yang macam mana, pemakanan kita macam mana? Ada minum susu ke tidak, ambil apa-apa suplemen ke tidak...aiiiii pendek kata jawab je semua soalan dengan jujur dan arif lagi bijaksana. Jangan sembunyi-sembunyi takut akan efek pada laporan doktor nanti. Kalau nampak macam nurse tu marah-marah kita ke hapa...kita diam je la. Ada la sebab dia membebel tu. Huhu.


5. Jangan malu jangan segan.

Hahaha..aku sendiri pun malu bila part ni. Tentiba ada satu masa tu nurse suruh aku baring atas katil yang disediakan.

Mula-mula dia check mata.

Lepas tu dia check jari tangan. Tengok-tengok kot-kot dah mula bengkak ke tidak agaknya.

Lepas tu dia check kaki. Dia tanya ada urat-urat yang mula timbul ke tidak. Aku pun tak pasti kenapa dia nak tahu tentang urat ni. Aku jawab takde. Kaki aku pun memang susah nak nampak urat sebab terlebih isi. Haha.

Pastu ni part paling segan.....dia suruh bukak bra. Haha. Nak tengok breast kita sesuai atau tak untuk menyusukan baby. Merasa la kena pegang breast dek nurse tu. Selama ni incik suami je.....teeettttt!

Kemudian dia check perut. Nurse tekan-tekan sikit mungkin nak cari kedudukan baby. Alih-laih tak dapat dikesan. Nurse kata mungkin baby kecik lagi. Padahal aku tahu sebab apa tak rasa.....sebab lemak perut tebal 4 inci! Haha.


6. Alert dengan temujanji seterusnya.

Sepanjang pemeriksaan tu nanti nurse tu memang akan bebel-bebel manjang. Macam-macam dicakapnya. Jadi kena alert takut terlepas pandang the next appointment. Biasa awal-awal ni memang banyak appointment. Nak kena amik darah la, nak kena check gigi la, kalau kandungan ada masalah..ha merasa la appoitment lagi. Tapi kalau semua dah okey appointment cuma sebulan sekali jek. Dah hujung-hujung nanti baru kerap sikit.


7. Simpan buku pink di tempat yang selamat.

Lepas dah selesai semua, balik la ke tempat asal memasing. Buku rekod kesihatan kita tu tadi sebenarnya ada dua, satu untuk simpanan kita, satu untuk simpanan klinik. Jadi yang untuk simpanan kita tu simpan la baik-baik di tempat yang selamat dan mudah diingat. Sebab bila ada pape emergency, kena gegas ke klinik atau hospital, buku tu la yang nak kena kita hangkut sama. Pastikan suami sama tahu kat mana kita simpan buku tu. Nanti bila dan panik-panik sakit tu memang takde kuasa kita nak ingat kat mana kita letak. Pandai-pandai la suami yang cari.



Sekian sahaja lah laporan untuk kali ini.


Kepada semua ibu-ibu yang mengandung, jaga diri jaga baby. Jangan culas makan vitamin dan minum susu okey!


Selamat Mengandung!

13 comments:

  1. maria dulu bawa sekeping je salinan surat nikah..;)

    ReplyDelete
  2. 1st time nih drop komen..selama ni jadi silent reader je..hehhe..mekasih ye buat entry pasal buku pink ni..mmg tgh carik sikit ilmu pasal bukak buku pink ni..

    nk pegi bukak next week lah..:)

    ReplyDelete
  3. saya terlepas no 1, tu yg waste time.. n no 2 tu, wajib ke? sijil nikah saya x amik lagi kt pejabt agama...

    ReplyDelete
  4. tq..good info..utk sy yg bru nk bt buku pink.. :)

    ReplyDelete
  5. salam yong nana nk tny masa 4 jam b4 jpe doc tu awk bt apa. boleh klua brekfes x...lamanya nk tgu..

    ReplyDelete
  6. nana...kalau kat klinik tu ada kantin, boleh je nak keluar makan. Tapi kna pandai agak la nombor giliran kita akan dipanggil bila. Kalau terlepas kang..naya je kena amik nombor semula.huhu.

    Macam saya dulu, x keluar memana pun. Duduk la melangut kat kerusi menunggu tu selama 4 jam. Bersabar sangat kan? Hehe

    ReplyDelete
  7. wah dasat sgh kesabaran tu. sy ni esok nk g bukak buku pink kat situ. tjpe blog awk ni ms gugel klinik bebuloh ni.
    thank u sgt2 tulis detail giler, byk info dpt ni

    ReplyDelete
  8. wah dasat sgh kesabaran tu. sy ni esok nk g bukak buku pink kat situ. tjpe blog awk ni ms gugel klinik bebuloh ni.
    thank u sgt2 tulis detail giler, byk info dpt ni

    ReplyDelete
  9. info yg sgt3 berguna.. last week bru sy dpt tau yg sy hamil...esok nk apply cuti la g wt kad pink~ trima kasih kpd tuan empunya bloq atas info ni =)

    ReplyDelete
  10. Salam..sblum dtg klinik tuk register buku pink ni,kne cek kt klinik swasta dlu ke utk pgesahan yg kite pregnt?Sbb kwn2 kte mcm tu..tq

    ReplyDelete
  11. salam kenal, TQ untuk perkongsian ni. memang sebelum ni cek hamil kat hospital universiti & tak tahu tentang nak buat buku pink kat KK ni. entri ni amat membantu. TQ ya sis :)

    ReplyDelete
  12. Salam wbt.Alamak,saya ingatkan kena bawa i/c je utk buka buku pink,rupa-rupanya banyak gak ye klinik kesihatan minta..Huhu.Harap sempat settle esok..Thanks utk info=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...