MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, May 23, 2011

RASA MACAM NAK PERGI SCAN BABY

Hai!

Terasa lama tak menghapdet belog. Eh jangan kata belog, rumah aku sendiri pun dah lama benau tak berhapdet. Berhabuk sana sini. Pagi tadi baru nak terasa geli geleman sendiri bila tengok dinding bilik tidur penuh sawang. Eiiii..bini siapa la malas benau ni. Tak boleh jadi, balik sekolah ni harus memulakan misi menghapdet rumah bagi cantik serupa mahligai syahdu. Haha.


Tapi sebelum hapdet rumah, haruslah aku hapdet belog dulu. Walaupun tak berapa nak ada cerita tapi tengoklah, mesti panjang jugak aku taip ni. Haha.


Last week aku dah selamat menjayakan diri mendaftar di klinik kesihatan. Mengandung dah nak masuk 3 bulan baru hegeh-hegeh nak bukak buku pink. Nasib baik tak kena hambur dengan nurse kat situ.

So far kesihatan aku berada pada tahap yang normal. Alhamdulillah. Nurse kata darah aku normal, takde masalah kekurangan darah, alahan pun tiada jadi sangat bertuah di situ. Cuma aku perasan pada buku pink aku tu nurse tulis aku ada satu risiko......risiko apa lagi kalau bukan risiko berat badan tinggi. Ate apa nak buat, sebelum mengandung pun berat aku dan menggunung tinggi. Nasib baik sejak mengandung ni berat baru naik 1 kg je. Kira normal la tu 3 bulan mengandung berat naik 1 kg. Kalau naik ber kg-kg mau nanges aku kat situ ketakutan. Haha.

Aku pikir-pikir cuti sekolah nanti aku nak pegi scan baby la. Agak-agak okey ke kalau scan baby yang berusia 14 minggu camtu? Aku bukan apa, kesian kat incik suami...setiap minggu beliau sibuk nak tau anak dia kat dalam ni dah camne rupa.

Dah ada kaki ke, kalau ada panjang mana dah kaki dia..Ada tangan ke, jari dah cukup ke, kepala dia dah besar mana, dah boleh tengok jantina ke.....aiiiii pendek kata macam-macam soalan kena tuju.


Mana yang aku boleh jawab tu aku jawab la. Tapi kalau sampai dia tanya soalan......



" macam mana gaya baby tido ek?"



Ate?? Camne aku nak jawabnya?


Alahaiii laki den!

1 comment:

  1. eerr..aritu mase ai mula2 ngandung..[sebelum keguguran 3 bulan]..ai nak buat buku pink tu tapi die tak kasi lagi... sedangkan mase tu dah masuk 3 bulan tau... pelik gak... nurse kate nanti dulu...
    tapi nasib baik tak buat..sebab..seminggu lepas tu baby ade problem kene buang..[sadis]
    nurse tu macam tau2 jer kan walaupon ai tak cek pon....huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...