MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 28, 2011

CIKGU BANGGA DENGAN KAMU...TAHNIAH!



Cuti sekolah dah bermula! Yeay!

Makna kata hampir semua budak sekolah kat Malaysia baru selesai exam tengah tahun, termasuk sekolah aku. Jadi masa cuti ni adalah masa untuk marking paper budak. Kebanyakan paper aku dah siap mark dah, cuma tinggal 2 kelas lagi je. Sehari pun boleh selesai tu. Huhu.

Dalam tiga subjek yang aku ajar (sejarah, KH, pend. moral), aku paling gembira dengan result pelajar subjek moral aku.


Dulu, masa ujian bulanan 1..separuh kelas gagal subjek moral okey. Aku pun jadi down. Tertanya jugak, aku yang tak reti ngajar ke atau budak yang tak makan diajar. Memang stress. Lastly aku buat kesimpulan budak-budak ni masih terkejut dengan perubahan format peperiksaan. Yelah masa PMR paper moral 100% soalan objektif. Senang..soalan dah dibagi, jawapan pun dah disediakan. Pilih je la jawapan mana berkenan. Sekarang naik form 4, ha amik kau..100% subjektif. Soalan struktur dan esei. Meroyan tak meroyan jugaklah nak menjawab.


Jadi aku banyak bagi tips cara nak jawab soalan, camne nak tackle soalan and so on...dan hasilnya adalah.
.
.
.
.
.
.
.
.



ada dua orang budak belum jawab exam sebab pergi camping. Tapi tengok markah the rest...peningkatan ketara. Tahniah!





Kelas ini pun..ada jugak dua orang gagal tapi markah masih meningkat.




Kelas ini pun...bagus anak-anak. Tapi tetap kena usaha lagi. Harap-harap by exam hujung tahun rekod markah kamu akan biru semuanya.



100% meningkat!!


Terkejut pulak aku.


Walapun masih ada dua tiga ketul budak yang gagal, yang spesis memang susah nak makan ajar..tapi markah gagal mereka masih lagi meningkat dari markah ujian bulanan yang lepas. Jadi masih boleh ucap tahniah di situ.


Bagi aku peningkatan prestasi tu sangat penting berbanding berapa banyak bilangan A. Tambah pulak kebanyakan pelajar sekolah aku memang bukan jenis yang suka target A untuk setiap matapelajaran, mereka lebih suka target untuk lulus jek. Kalau dapat lepas markah lulus tu kira tahap hebat dah la tu. Susah jugak nak ubah mentaliti budak-budak ni.


Jadi strategi aku, tekankan pada peningkatan prestasi. Dengan harapan satu hari nanti mereka mampu jugak capai markah cemerlang.


Aku selalu ungkap ayat ni pada pelajar-pelajar aku...


"Letakkan cita-cita kita setinggi langit, sekurang-kurangnya kita mampu mencapai awan"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...