MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, May 25, 2011

HAZAMA HANTAR SMS SAYANG SAYANG KAT AKU!



Sekarang ni ramai yang tengah demam Akademi Fantasia.




Tiap kali AF muncul, memang ramai yang sanggup perabiskan kredit untuk mengundi, chatting @15 la bagai.

Kamu ada tak cenggitu?


Aku memang.......


Dari dulu aku memang peminat setia AF tapi sekali pun aku tak pernah buang hatta satu undi pun untuk budak-budak AF ni. Tak koser! Jadi tukang tonton je sudahlah. Bagi sokongan moral. Uhuk uhuk.


Aku memang suka tengok AF dari musim pertama lagi walaupun time tu rumah aku belum ada astro pun lagi. Tambah pulak time tu masih lagi kat Uitm Segamat, jadi memang susah sikit lah. Tapi sanggup tu aku balik KL every week semata-mata nak tengok AF. Tengok pun kat rumah mak kat Subang. Masa AF1 ni memang terasa la feel dia sebab baru lagi. Bila ada yang tersingkir memang siap nanges siap mintak tisu lagi nak lap air mata. Coi!


Sekarang ni aku ngaku AF memang tak sehebat dulu dah. Ntahlah..macam ada yang tak kena. Mungkin stage kecik, buat pun dalam studio jek. Dulu dalam dewan/stadium. Jadi rasa macam kurang umpph dah.


Tapi yang bestnya sekarang ni ada HAZAMA!




Hohoho...aku dari konsert prelude AF4 dulu lagi aku dah rasa nak sign up masuk fan club Hazama ni. Serius best kot mamat ni perform. Masih terngiang-ngiang lagi dulu dia nyanyi lagu "zakiah..zakiah..". Aku pun hairan nape Hazama lak lepas masuk AF 4 dulu.


Tapi sekarang....


AF9 semakin best dengan kehadiran Hazama.


Sampai incik suami yang sebelum ni langsung tak pernah tahu apa itu Akademi Fantasia pun dah register masuk kelab peminat tegar AF dah sekarang. Baik diari, kenangan Afnil, trek selebriti, konsert mingguan apatah lagi....memang tak tinggal.


Kadang merajuk jugak sebab kalau dia tengah tengok rancangan-rancangan tu, jangan harap dia nak layan aku bersembang dah. Kalau dia bercakap pun, mulut je bergerak tapi mata terpaku kat TV. Ceh!


Bila aku mengomel, dia balas balik...katanya aku yang ajar dia layan AF ni.


Haha..memang pun.



Tak sabar nak tunggu konsert minggu ni. Nak tengok siapa dapat imuniti.


Kalau Hazama tak dapat imuniti pun takpe...


Sebab aku nak tengok dia perform lagi minggu depan sebelum pegi final.


Wahhh! Keyakinan memuncak beliau akan ke final.


Padahal nak undi...nan hado.


Tak kisahlah..yang penting aku bayar bil astro bulan-bulan. Astro kaya jugak.





p/s: malam tadi tido mimpi Hazama send sms tulis sayang sayang....Ni kalau incik suami tau ni mau bersara dia tengok AF dah. Huhu

1 comment:

  1. Saya pun minat Hazama. btw, salam perkenalan.. KAwtimmm.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...