MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

REVEAL OF THE SURPRISE



Planning nak surprise kan ibu-ibu sempena Hari Ibu hari ini nampaknya berhasil!


Aku ni duduk jauh...nun kat Labuan ni. Jadi nak bersama-sama ibunda-ibunda sekalian menyambut Hari Ibu amatlah tak dapat. Yang dapat cuma mengirimkan sedikit hadiah tanda ingatan sajork.


Jadi kiranya seminggu jugaklah aku hempas pulas planning surprise untuk mak-mak aku ni. Aku plan nak deliver cupcakes ke rumah mak-mak aku tersayang sebagai pengganti diri pengubat rindu. Huhu Gigih la meng sms, meng emel, menge call ramai tukang buat cupcakes sekitar KL dan Perak. Nasib baik jumpa...dan masih available. Kalau tak, ada jugak anak menantu yang bancuh cupcakes sendiri dan pos direct dari Labuan ni ha. Haha.



Jadi hari ni mak pertama yang terkena surprise adalah mak mentua nun di Kuala Kangsar nun. Tapi sebabkan rumah mentua dalam kampung, aku tak reti nak bagi direction jalan ke rumah kat baker tu. Jadi aku mintak hantar ke pekan Kuala je, nanti adik ipar aku akan pegi amik. Ni kira komplot dengan adik-adik ipar la ni. Eh dengan abah mentua pun sama sekali komplot. Mak sorang je yang masih tak tahu. Hehe.


Dan cupcakesnya adalah seperti ini.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terliur pulak aku.

Alhamdulillah mak seronok dengan kejutan ni. Lepas tu ada satu statement tu aku pulak yang terkejut. Mak kata kalau adik-adik ipar aku tu tak bagitahu siapa yang kirim kek tu pun dia dah tahu dah aku yang kirim. Perghh! Memang mak ada 6th sense nampaknya. Lepas ni kalau nak bagi hadiah kat mak lagi tak payah attached wishes card pun takpe, mak tengok pun dah tahu siapa yang bagi. Hehe.


Mengikut komen mereka, cupcakes adalah sangat sedap! Siap panggil sedara-mara berdekatan untuk share the happiness. Suka!


Kemudian dalam petang-petang sikit, insan kedua yang terkena kejutan kek adalah Mak. Errr maksud aku mak kandung. Mak kata tiba-tiba ada orang tak dikenali call bagitahu ada depan rumah nak hantar kek. Mak pun apalagi...terkujat la. Hehe..


Lepas-lepas je dapat kek terus mak call aku. Aku tak pasti orang yang deliver tu memang dah siap-siap mention nama aku as a pengirim atau camne, tapi yang aku tau mak terus call aku ucap thanks dengan gembiranya.


Dan ini adalah cupcakes untuk mak.
.
.
.
.
.
.

sweet!


Paling tak boleh blah, selepas lebih 3 jam kek dah sampai kat rumah pun mak masih tak makan-makan lagi kek tu. Mungkin tak sampai hati nak makan kek secomel itu. Huhu. Cepatlah makan, nak tahu sedap ke tak.


Lebih kurang setengah jam lepas cupcakes delivered to mak, baker tu sms aku bagitahu cupcakes already delivered to both houses. Rumah mak dan rumah mama/cikyah. Tapi kenapa mama @ cikyah langsung tak call-call aku pun. Takkan kejam sangat dapat cupcakes terus buat-buat sombong dengan aku kot? Ish tak boleh jadi.


Jadi baik aku yang call sendiri. Entah-entah cupcakes tersalah deliver ke rumah orang lain. Mampuih rugi aku. Heh.



Aku: Hello mama...

Mama: Helllloooo!!*dengan nada sangat gembira ye*.

Aku: Mama tengah buat apa tu?


Mama: Ni ha...tengah tengok cikyah ambik gambar kek ni....*dalam hati aku..sampai hati taknak ucap tenkiu kat aku..kijam!*


Aku: Ooooo..siapa bagi kek tu? *pura-pura tanya lagi.haha*


Mama: NINI YANG BAGI...patutlah dia tak nak ucap selamat hari ibu kat mama hari ni, rupanya dia nak bagi kek..*Nini adalah adik aku yang tinggal sebumbung dengan mama. Apa motip nak deliver-deliver kek?*




Hati aku time ni memang dah mengecik dah. Camne boleh Nini pulak yang masuk dalam plot cerita ni..musykil!


Aku: Mama, kek tu yong yang hantar la. Bukan nini...*direct je aku terus terang.huh*


Mama: Eh yeke? Yong ke? Orang tadi kata kek ni Wan Nor Fadzlini yang hantar...Mama ingat nini la hantar.


Adeh! Camne pulak boleh jadi nama Wan Nor Fadzlini ni...Wan Nor Fadzlina la yang hantar. Adeh..susah jugak kalau nama beza satu huruf je, silap dengar sikit abis.Yang tak salah pun boleh jadi yang tertuduh bersalah. Huhu.


Tapi bila aku kata aku yang hantar terus mama and cikyah percaya 100%. Memang tak syak lagi. Hehe.


Cupcakes untuk mama dengan cikyah sama macam cupcakes mak. 100% sama. Takde beza.


Reaksi mereka pun sama. masing-masing tak sampai hati nak makan. Mama lagi best, terus sorok cupcakes dalam peti ais takut ada tetamu datang and nampak cupcakes..hati tak berapa ikhlas nak jamu. Ceh!


Alhamdulillah..aku seronok sangat bila semua mak-mak aku seronok.


Tapi....tapi....tapi....


Ada satu benda yang buat aku ralat dan menyesal sangat.



Aku lupa nak order kek untuk Mak Da aku.


Waaaaaaa!!!! Camne boleh lupa ni????


Sori Mak Da..


Yong tak sengaja.


Tapi tak pe, aku dah pesan pada mama untuk tinggalkan beberapa bijik cupcakes untuk hantar ke Mak Da malam ni.


Nasib abik rumah mama dengan rumah abah dekat jek.


Kalau tak....


setahun ralat aku tak ilang.


Haih!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...