MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, May 27, 2011

WAKTU TEPAT UNTUK SCAN BABY


Hai!!


Hari ni seronok betul. Mana taknya, last day sekolah untuk penggal 1 ni. Esok dah mula cuti 2 minggu. Memang best.

Cuti sekolah ni terasa nak pergi scan baby. Terasa rindu pulak pada buah hati pengarang jantung kat dalam perut ni. Huhu.


Tadi aku ada terbaca info tentang scan. Bila waktu yang paling afdal untuk kita ibu-ibu ni terjah klinik/hospital untuk scan baby. Aku ingat boleh pergi scan suka hati jek, rupanya silap. Nampak nau kurang ilmu. Uhuk uhuk. Jadi sekarang dah tambah sikit ilmu, aku nak sharing lagi caring la dengan kamu-kamu semua. Mana tahu ada gunanya.


Menurut artikel yang aku baca kat sini, ada beberapa peringkat scan yang perlu kita jalani. Kalau ikutkan klinik kesihatan yang selalu kita pergi buat check up tu biasa diorang akan suruh scan bila kandungan dah 5 bulan ke atas jek. Tapi sebenarnya awal dari tu pun kita dah kena scan baby. Ini untuk kebaikan baby dalam kandungan jugak.


Bilanya?


1. Imbasan Awal ( 6 - 8 minggu)

Ini adalah scan pertama yang biasa kita akan buat. Tujuannya untuk kenal pasti samada kita mengandung normal atau kandungan bermasalah seperti kandungan luar rahim atau kandungan anggur. Masa ni jugak sebenarnya kita dah boleh detect denyutan jantung baby walaupun rupa baby tu masih tak nampak sangat. Sangat kecik macam biji kacang

Aku berpeluang scan baby masa usia kandungan 6 minggu setengah. Memang boleh nampak kantung baby, dan denyutan jantung baby. Degup degap dengan lajunya. Superb!



2. Imbasan NT (Nuchal Translucency) (10 - 14 minggu)

Bagi aku imbasan kedua ni penting. Sangat penting. Imbasan NT ni lah yang akan tengok risiko kecacatan pada baby terutama risiko penyakit sindrom down dan kecacatan jantung. Andai kata ditakdirkan baby sindrom down, masih ada jalan untuk perbaiki keadaan. Kalau ikut kata artikel tu, ibu akan dikehendaki jalani Ujian Amniosentesis. Apa ke benda ujian tu aku pun tak pasti. Boleh la kita sama-sama tanya incik google nanti. Hehe.

Jadi atas alasan itulah naluri aku untuk pergi scan baby minggu depan jadi makin kuat. Siapa tak risaukan anak oiii...Berdoa agar kandungan aku sehat sejahtera. Aminn..


3. Imbasan Booking (10 - 14 minggu)

Imbasan yang ini pun boleh dilakukan antara waktu yang sama dengan imbasan NT tadi. Tapi Imbasan Booking ni lebih kepada untuk kesan samada kita mengandung satu nyawa ke atau dua nyawa. Atau mungkin lebih. Pendek kata untuk tengok kita hamil solo atau kembar.


Seronok kan kalau dapat tahu kita hamil kembar. Dari dulu aku tunggu bila lagi nak dapat ahli keluarga kembar dalam famili sebab arwah tok (nenek) belah abah adalah kembar sepasang. Jadi ada chance la kan? wink wink!


4. Imbasan Anamoly ( 20 - 24 minggu )

Okey, masa ni saiz baby dah agak besar. Dah 5 bulan ke atas. Memang biasanya klinik kesihatan sendiri akan jalankan imbasan yang ni. Imbasan kali ni nak tengok keadaan baby dengan lebih detail. Doktor akan tengok keadaan otak baby, muka, mulut (untuk kesan risiko sumbing), paru-paru, jantung, dan sistem perkumuhan baby.

Mungkin jugak masa ni kita dah boleh nampak jantina baby. Bergantung la..ada baby suka bagi surprise pada mama papanya. Time tu la dia nak bersila panggung sorokkan anunya. Hehe.. Comel!


5. Imbasan berikutnya ( Sehingga penghujung kehamilan)

Ini imbasan biasa la bagi ibu-ibu yang dah masuk peringkat hujung-hujung kehamilan. Masa ni doktor lebih tumpukan pada ibu. Ibu-ibu yang berisiko kena kencing manis, darah tinggi, diabetes akan diberi perhatian lebih.

Imbasan waktu ni juga boleh tentukan sama ada keadaan bayi normal atau songsang, ada komplikasi waktu bersalin atau tidak, dan sebagainya.


Jadi jangan culas untuk buat pemeriksaan ikut masa yang telah ditentukan okey?


So setakat ni itu je la info yang aku paham. Kalau nak baca info-info tentang kehamilan dengan banyak lagi, bolehlah ke www.majalahpama.com.my. Banyak info best kat situ.


Okey..daa!

10 comments:

  1. Korset PB RM1299 Baru dan Original. Warranty Seumur Hidup. Cepat sementra stok masih ada.

    ReplyDelete
  2. i did the first one :) .. xsabar nak go for the rest...tq for d info ^ ^...follow u here :)

    ReplyDelete
  3. i baru masuk 6minggu lebih kot masa 1st checkup,tapi doc tak scan lagi..dia cakap kecik lagi..so, next checkup baru dia scan..

    ReplyDelete
  4. usia kndungn i sdh 8 mggu 5 hari. tapi bila scan kntung nmpk besar tapi kosong. xnmpk apa2. i musykil ni krna ank ptma n msh blom ada pglman. mnurut doc pd usia sbgini spttnya sdh klhtn jlas nmun msh ksg n doc juga hairan. mohon pndapt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda..sepatutnya pun dah boleh nampak dah. Kalau kantung kosong tu maybe janin x jadi la kot. Wallahuallam. Apapun cuba dptkan 2nd opinion dari doktor lain klinik lain kita tgk mcm mana. Insyaallah kalau ada rezeki...ada lah tu. =)

      Delete
    2. Sy dh 6mgu tp pg scan still x nmpk ape2 nti doc suh pg lg kalau x de jgk kne refer hsptal tkt luar rahim. Tah la.:-(

      Delete
  5. nice sharing... 1st dulu 3 kali scan spnjng kandungan, yg 2nd nih dah 2 kali scan stakat 5 bulan... ingt nk scan lagi utk tgk gender lak kt swasta nnt...

    ReplyDelete
  6. tq for info.skg bru tahu

    ReplyDelete
  7. Semlm doctor scan kat Klinik kesihatan data baru 14 minggu tp rahim tinggi..doc takut Ade fibroid..2 × cser kan...rupa2 nye ada twin dalm perut saya..sehingga hari ni saya masih caye xcaye ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...