MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, December 27, 2011

Susu Mama VS Susu Lembu

Okey sambung cerita entri yang lepas lagi...sekarang ni memang susah sikit nak cari masa nak sambung entri. Nasiblah, siapa suruh buat entri episod-episod, kan susah nak sambung-sambung. Muahaha.


Cerita pengalaman menyusukan Aidi...


Bila sampai je waktu melawat, maka penuhlah keliling katil aku dengan ahli keluarga yang teruja gembira nak tengok Aidi. Tapi Aidi macam biasalah..men tido je memanjang. Kenyang sangat ke dapat minum susu yang beberapa titik tu. Aku pun keliru. Tapi baguslah jugak kan..dapat lah aku rehat kejap.


Tapi bila dah ramai-ramai keliling katil, masing-masing nak merasa dukung pangku Aidi, nak tak nak terjaga jugaklah si kecik tu. Bila dah terjaga..nak tidokan balik bukan senang ye kawan-kawan, harus diupah dengan susu.


Susu??


Ohh..bila sampai waktu nak kena menyusukan Aidi memang nightmare sikit la untuk aku. Tambah pulak ahli keluarga yang melawat makin ramai, memang cabaran la untuk aku nak menyusukan anak time tu.


Bila Aidi ek ek ek nak susu jek, mulalah semua pun kerumun keliling aku nak tengok Aidi menyusu. Dah macam bahan pameran dah aku rasa. Habis semua boleh tengok Cik B aku.

Ate aku ni reti pulak time tu nak menyusu secara sopan santun tanpa menampakkan Cik B langsung sedangkan cara nak pegang anak ketika menyusu pun aku failed lagi. Jadi nak senang aku bukak je separuh butang baju aku. Senang. Sebenarnya menyusu anak ni tak jadi masalah besar kalau cuma orang yang berkenaan je ada sebelah aku, tapi bila dah semua pakat nak tengok aku demontrasi penyusuan susu ibu...merasalah kau stress sekejap kat situ.

Aku pernah baca..kalau ibu stress ketika nak menyusu, memang susu susah nak keluar. Jadi eloknya cari tempat yang privacy sikit untuk menyusu. Silap aku itulah..aku tak mintak diri untuk pergi bilik menyusu masa tu. Aku biar diri aku jadi bahan tontonan umum..aku biar semua orang dok kumat kamit ulang-ulang kata "susu tak keluar" "susu tak keluar", aku biar diri aku diselubungi stress ya amat waktu tu.


Itu memang silap aku.


Silap aku..yang masih hijau sebagai seorang ibu.


Sampai satu tahap aku rasa nak sorokkan muka dalam tong sampah sebab macam semua orang dah tau kekurangan diri aku *inverted nipple*. Kalau setakat tahu je takpe lagi, ini sampai dah boleh tengok live lagi camne rupa nipple aku. Ohhhh malunyaaa!!!


Tapi apakan daya...itu memang silap aku.


Bila hari dah makin petang...famili macam dah risau sebab Aidi belum berak kencing lagi. Bilik aku tu pulak elok-elok tadi ada 4 patients, sekarang dah tinggal 2. 2 orang lagi dah boleh balik dah since baby diorang dah berak dan kencing.


Aidi??

Belum nampak tanda-tanda nak berak dan kencing. Aku memang kalau boleh nak balik rumah hari tu jugak. Tak nak aku bermalam kat hospital lagi. Tak sanggup nak tempuh sepanjang malam berdua je dengan Aidi kat wad tu.


Tapi macam mana nak balik kalau Aidi belum buang air lagi? Paling sedih bila ada suara-suara kata macam mana Aidi nak buang air kalau Aidi tak dapat minum susu secukupnya. Ohh sedihnya time ni. Rasa macam seorang ibu yang gagal jek.


Tentiba aku teringatkan breastpump aku kat rumah.


Apa kata ku cuba pam susu. Mana tahu susu senang keluar kalau dipam.


Yess!! Itu idea terbaik aku rasa dah time tu.


Terpaksalah mak balik rumah kejap amik breastpump aku. Dengan pam yang belum steril lagi, botol pun masih dalam kotak lagi. Ayoyo...kesian kat mak kena buat semua tu.


Tak lama pastu mak sampai balik ke hospital. Aku pun semangat kobar-kobar nak pam susu. Psdahal nak pasang part-part pam pun terkial-kial lagi, terpaksa tengok instruction. Hehe.


Bila dah siap pasang semua, dah ready nak pam, tentiba terpikir..


"boleh ke guna breastpump kat hospital ni? Botol susu memang sah-sah dilarang bawak, tapi breastpumo boleh ke?"

Ahh sudah...takut pulak.


Terpaksa lah mintak permission pada doctor dulu. Bila doctor kata okey..barulah berani nak pam.


Nerves jugak ni nak pam susu pertama kali. Tapi demi Aidi..cekal je la hati ni.


5 minit..


10 minit..

15 minit...


Hmmmmm.....kecewa.

Yang keluar masih lagi kolestrum.

Susu pekat...sedikit jernih...adalah dalam sesudu kecik kuantitinya.


Mengenangkan itu adalah kolestrum, maka sayang kalau disia-siakan..macam biasa aku calit guna jari dan bagi Aidi hisap.

Tertido jugak budak tu...Alhamdulillah.


Elok je jam tunjuk lebih kurang pukul 5 petang...Kakak katil sebelah bagitahu baby dia dah berak dan kencing dah. Dia dah boleh balik petang tu. Oh no!! Takkan aku nak kena tido berdua je dengan Aidi kat bilik 4 katil tu malam ni? Ahhh tidak!!

Tentiba hati tergerak nak check pampers Aidi. Mengharap ada sesuatu di bawah punggung Aidi..keh keh keh.


Rasa rasa....eh eh basah. Aidi dah kencing. Yeay!!


Angkat punggung Aidi..ada kesan-kesan kuning. Macam berak..tapi tak banyak.

Terus panggil nurse untuk tengok.

Nurse kata okey..boleh balik petang tu jugak.

Alhamdulillah...lega..


Bila balik rumah, terus sedaya upaya breastfeed Aidi lagi. Kali ni bf dalam bilik sendiri, mengharapkan sedikit privacy walaupun ramai jugak yang cuba menceroboh privacy diri. Maka diri akan stress. Bila stress, susu segan silu nak keluar.


Sudahnya.....aku terpaksa buat keputusan yang sangat berat.


Memang sangat berat. Kalau boleh aku taknak amik keputusan camtu. Tapi bila dah banyak sangat kata-kata godaan, kata-kata pujukan, tambah lagi hati aku pun macam sayu je tengok anak minum susu beberapa titik tu....sudahnya aku setuju dengan cadangan orang tua supaya bagi Aidi minum susu formula buat sementara waktu.



Ahhhhh......tak suka tak suka.


Tapi pikir-pikir balik..takpelah, ini cuma sementara. Aku janji dengan diri sendiri aku usaha sehabis daya bagi Aidi susu badan lepas ni. Janji!!


Jadi hari pertama tu minum la Aidi susu formula. Aku suruh incik suami beli susu Anmum. Beli kotak kecik je. Kang beli besar-besar kang terus psiko taknak menyusu badan pulak. Tak maulah.

Masuk hari kedua....aku usaha lagi pam susu.


Alhamdulillah...kali ni susu dah mula menampakkan alirnya. Walaupun cuma sesudu besar, tapi cukup untuk buat aku senyum. Paling tidak aku yakin aku mampu keluarkan susu.


Hari ketiga...


Susu semakin bertambah kuantitinya. Walaupun tidaklah mencurah-curah tapi sekurang-kurangnya susu dah mula boleh mengalir masuk ke dalam botol. Sebelum-sebelum ni susu yang keluar cuma tertinggal kat corong pam je. Tak masuk dalam botol pun.





Jadi dapatlah aku masukkan susu tu dalam botol susu Aidi dan bagi Aidi minum.

Memang satu kepuasan bila dapat bagi anak minum susu badan kita sendiri..walaupun aku tak mampu nak bagi secara direct feeding, at least aku mampu suapkan susu aku sendiri ke dalam mulut Aidi. Itu dah cukup buat aku.


Hari ketiga ni jugak kami dapat detect Aidi macam kena kuning. Nanti ada masa aku story dalam entri lain la cerita kuning ni ye.

Balik pada cerita susu ibu...

Alhamdulillah..makin hari susu makin banyak keluar.


Masuk hari keempat aku dah mampu pam susu lebih kurang 10 oz sehari. Masih belum cukup untuk tampung keperluan seharian Aidi. Aidi minum susu 2 oz setiap kali sebanyak lebih kurang 10 kali. Jadi aku masih kena tampung keperluan Aidi dengan susu tepung dulu. Bukan senang aku nak pam susu 20 oz sehari time tu. Aku nak menguruskan diri aku pun kelam kabut lagi, jadi masa untuk mengepam pun haru biru lagi.


Tapi makin lama aku makin biasakan diri. Rasanya masuk hari keenam aku dah tak bagi Aidi susu formula dah. 100% susu badan sahaja.





Masa ni sekali pam aku boleh dapat 4 oz. Aku pam 5 kali sehari dah boleh tampung keperluan Aidi untuk satu hari. Syukur...

Esoknya aku kena bangun awal pagi pam laju-laju lagi untuk bagi Aidi minum. Aku terpaksan terkejar-kejar mengepam sebab aku memang takde stok EBM dalam peti sejuk. Kalau kata aku pam susu pukul 6 pagi, pukul 9 pagi nanti Aidi akan minum. Aku pam susu pukul 10 pagi...pukul 12 tengah hari nanti Aidi akan minum. Jadi memang susu akan fully utilised. Takde stok lebih dalam peti ais.


Cuma bila dah masuk hari ke sepuluh camtu, barulah ada balance-balance susu dalam 2-3 botol *1 botol 2 oz untuk sekali minum* dalam peti sejuk dipenghujung hari. Kira bolehlah di brought forward ke hari esoknya.






Memang rasa sedikit susah bila setiap hari terpaksa terkejar-kejar pam susu untuk kenyangkan perut Aidi. Tapi itulah..bila dah jadi mama ni, apa saja sanggup buat untuk anak kesyangan. Masa ni baru rasa nak insaf mengenangkan pengorbanan mak kat aku dari kecik sampailah sekarang. Huhu..


Aku ada beli nipple shield untuk bantu aku breast feed secara direct, tapi aku macam tak berapa reti nak guna nipple shield tu. Aidi pun macam tak berapa biasa nak hisap puting palsu tu. Kadang-kadang bila aku terasa nipple aku macam timbul sikit, aku cuba-cuba jugak bagi Aidi belajar hisap, tapi idak le dia reti dah.Dia dah terbiasa hisap puting botol.





Kadang aku terpikir jugak....


Bersalah ke aku tak dapat nak direct feeding Aidi??


Perlu ke aku rasa malu sebab tak dapat nak menyusukan anak seperti kebanyakan wanita normal lain??


Aku pun tak tahu.


Yang aku tahu...aku dah cuba sedaya upaya untuk mengenyangkan perut Aidi dengan susu badan aku sendiri.

Aku selalu cakap kat Aidi..


Aidi anak mama...mama akan cuba sehabis baik bagi Aidi susu mama...bukan susu lembu.


Harap Allah permudahkan urusan penyusuan susu ibu untuk aku dan Aidi.


Insyaallah...



Gambar penutup entri..






Tak tahu kenapa..tapi suka sangat pemandangan ini. Walaupun katil bersepah larat...tapi di situ ada dua hero kesayangan saya. nokhtah.


=)

14 comments:

  1. cuba try makan supplement macam alfalfa pill, atau makan oat untuk tambah air susu.. boleh tanya orang tua tua untuk petua banyakkan air susu

    ReplyDelete
  2. tahniah wan..
    walaupun tak bagi direct tapi saya kagum semangat awk utk bagi susu ibu tu kuat..
    cuba tanya amalan org2 lama mcm mana nk tambah susu badan secara semulajadi melalui makanan..
    jgn stress sgt dan selalu niat dalam hati dan stimulate mind supaya produce more milk..
    wpn saya tak kawen lg tapi sy ada belajar masa undergrad dlu bab ibu dan anak hihihi

    tahniah ye..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. i love this entry!!

    awakkk, kite senaseb laa.. memang sama apa yg jadi kat kite dua.. dari kesah stress masa org kerumun kite kat wad masa kite nak nyusukan pastu sume org leh tgk cik B kite. benci

    pastu, smpi skg sy bg susu badan tru bottle :( ada masalah masa nak bg direct la.. bb hisap hujung puting jek. susu x keluar penuh ar. tp rasanya bukan salah bb, salah sy yg xpandai masukkan puting dlm mulut bb :(


    xpe wak, chaiyu2k bg susu badan. xdpt direct nak wat camne, bg ikut bottle je laa, asalkan dpt susu badan. kite mmg senaseb huhu

    tp lepas ni awk mungkin akan dgr suara2 yg komen pasal x bg direct laa, masa tu bersabar je laa ehh

    ReplyDelete
  4. terharu dalam mase yg same stress sangat biler bace..sori..tapi perkare macam ni memang menakutkan aku jugak..kite hanyer merancang..kite nak kan yg terbaik tuk anak kite..tapi keadaan boleh berubah..dalam keadaan macam ni..memang kite sanggup buat ape jer..hurrmm..tak per lah..yg penting ko dah usaha bersungguh2 untuk aidi.. dan semangat tetap kuat.. aku harap aku mampu jugak buat semua tu kalau aku jugak terpakse melalui keadaan macam ni..apepon..tetap masih boleh berbangga tau ngan hasil usaha ko tuk aidi tu..:) jangan stress lagi.. insyaallah..rezki tuk Aidi tetap ada..:)

    ReplyDelete
  5. yong....jgn susah hati...sy dulu pun gitu jugak...
    nipple sy smpai sakit asyik tarik pakai shringe tu...
    tp awk kena bagi direct feed gak...
    sbb bila baby feed ..susu kita lagi cepat terhasil...
    jgn takut klu baby nangis sebab tak dpt hisap...lagipun dia baby lagi kan..kita yg dah besar ni pun masih belajar lagi...
    inikan pula baby yang baru nak kenal dunia ni..
    kekdg baby nangis bukan sbb dia lapar je..mntau pampers dia basah ke..dia nak peluk ke...
    cuba jaya tau...
    bila baby dpt direct feed dgn kita lg senang,tk pyh lari2 nak pam ...smbil baring pun boleh...
    buat stok masa pantang ni...
    t dah mula kerja tak susah hati nak tgglkan Aidi kan???
    CUBA n terus CUBA...
    Selamat MEnyusukan Aidi...
    Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Anak KITA...hehehe

    ReplyDelete
  6. insyaAllah pasti berjaya..

    masa 1st time bg susu kat baby.. susu sy pun bertitik gak..tp alhamdulillah bb terus kencing lepas tu..

    & org sekeliling support BF..Alhamdulillah..

    but cabaran BF ni sentiasa ada kena kuat semangat ea ;)

    ReplyDelete
  7. Kk ipar saya pun susu xbyk..pas2 dia mkn sayur bayam hijau byk2..alhamdullillah makin hr makin byk...

    ReplyDelete
  8. salam..bila baca entri ni sy sedikit rasa terharu sbb sy juga menghadapi masalah yg sama. Tp awak kira beruntung dpt fully kan dia sehingga skrg. Sy since day 2 sampai skrg dah 2 bulan sy masih lg bergantung pada susu formula. Entahlah tp sy maih berbangga ada jugak masuk air susu sy walau sedikit dlm mulut anak saya wpun campur2..Allah maha mengetahui.Insyaallah anak ke 2 sy akan cuba sedaya upaya bf anak saya sendiri

    ReplyDelete
  9. hmm..neves pulak nanti nak bf kat hospital..huhu..tp ada kwn2 ckp mmg guna pump tu utk stimulate susu..and also mkn supplement. :)

    ReplyDelete
  10. baby sy dh nak masuk 2 bulan minggu depan, sampai hari ini dia indirect bf. sebab dia mmg taknak minum direct kat badan so sy decide pam susu sekerap2nya sbb niat utk bf tu sejak pregnant. sgt sedeh bila baby xnak isap direct n dh byk air mata sy keluar sbb isu ni, tp Alhamdulillah, susu sy byk hasil dr kerap pam. sy pam manual awal2 besalin dlu. lepas pantang ni je baru pakai electric sbb susu dh byk xlarat nk pam manual. tp sy cadangkan jgn tinggal pam manual sbb manually pam walaupun susah n penat tp hasil dia lg byk.InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. ohh tambahan, sy paham sgt2 perasaan kita dh jadi mak2 ni mmg nak sgt2 direct feeding baby kita cam org lain tapi setiap yg terjadi tu ada hikmah sebaliknya. direct or indirect feeding tak menjadi masalah dan juga utk org yg beri susu formula saja kpd baby DON'T FEEL BAD. it doesn't mean mean u r a bad mother kalau u bg susu dalam tin kt anak u. as long as anak u kenyang dan sihat, itu yg lebeh utama. mmg semua org berlumba nk bf anak masing2 tp kdg2 bukan smua mampu atas masalah2 luar jangka.so sabar ja la.. ;)

    ReplyDelete
  12. Sejuk hati sy dengar komen kawan2 kat atas:p..Mmg saya sedih and feel bad because sy tak dapat fully bf due to lack of knowledge. n tiap2 kali people ask why n why tak bf setiap kali tu lah sy akan stress. Rasa diri jahat n sgt2 hopeless. But I'm glad that I have my mother who always support me eventhough she weird about my situation at first. Tp nak buat macamana situasi wanita skrg tak sama lagi mcm wanita dulu2 yang air susu melimpah2:p....

    ReplyDelete
  13. Terharu!!

    First sekali nak ucapkan thanks dulu pada semua yang bagi semangat, yang bagi petua buat mommy feel hopeless sorang ni. Huhu..

    Lepas dah baca komen-komen ni semua ni rasa mcm bersemangat waja sikit. Sebenarnya kita kena terima hakikat yang manusia berbeza-beza..jadi harus redha bahagian masing-masing. Yang penting kita dah usaha yang terbaik untuk anak kita.

    Stress dengan cakap-cakap orang??

    Hmmm..lantakkan lah!

    Mana yang elok kita amik buat teladan, mana yang agak-agak menyakitkan hati tu kita masuk telinga kiri keluar telinga kanan..heh.

    Yang penting Allah Maha Mnegetahui niat kita.

    Thanks again dear!!

    ReplyDelete
  14. wanie pernah rasa apa yg nana rasa... susu br nak ada, anak dh kena kuning.. pilihan yg ada.. susu lembu.. menitik air mata.. serious betul2 jatuh di pipi anak.. wanie tekad xnak guna susu lembu... wanie tuam ngan tuala panas.. lepas 2 pam..sakit mmg sakit.. tp demi anak.. redah je..

    Last2 husband suh urut dengan sikat rambut... alhamdulilah, susu x segan nak keluar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...