MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 27, 2012

Cerita Balik Semenanjung : Birthday Aidi Episod II


Fuh fuh fuh...berpeluh mak jemah nak siapkan entri.

Habis cerita kenduri kendara.

Kalau ikut jadual aku, lepas selesai kenduri sepupu aku 9hb tu, esoknya 10hb aku nak balik rumah mentua. Rumah mentua aku ni kat Kuala Kangsar jugak, kat Manong. Jadi tak jauhlah. Aku mintak tolong Pak Nyah aku hantarkan.

Tapi sebelum tu sempat singgah Klinik Kesihatan dulu untuk check up aidi setahun.Wowww weee..anak aku dah nak setahun dah. Kiranya Aidi cucuk awal 2 hari dari birthday dia yang sebenar. Apa ada hal kan?

Berat dia terkini adalah 9.5 Kg.

Hantapp kata orang Perak. Huhu.

Asalkan Aidi sehat besar Alhamdulillah dah bagi aku.

Okey, balik rumah mentua tanpa incik suami rasanya takde kesan sangat bagi aku. Aku okey je dengan famili mentua. Diorang layan aku macam anak sendiri, so aku memang rasa sangat selesa. Even nak terberak pun aku boleh announce bagitau kat mak mentua yang aku nak berak. Kau hado?? Haha.

Agenda terbesar balik rumah mentua kali ni adalah untuuukkkkkkkkkk

SAMBUT BIRTHDAY AIDI EPISOD 2!!


Yeayyy!!

Sehari sebelum 12.12.12 menjelma, kami dah berbondong-bondong shopping barang-barang nak masak kat Tesco Sri Iskandar. Aku bajet nak beli barang masak kat wet market je, sekali kakak ipar aku ngajak ke Tesco. Ohhhh aku setuju lah sangat. Aku kan suka berjalan-jalan even duit ada ngam-ngam je ni. Haha.


Abah mentua bercadang nak masak pulut kuning, rendang, dan bihun goreng.

Mak mentua pulak planning nak buat kuih lapis dengan agar-agar kemian.

Abis aku buat apa??

Hahahaha.

Nasiblah dapat menantu tak reti masak macam aku ni. Gedik nak buat besday anak, tapi masak tak reti. Huhu.


Abah masak menu dia kat luar rumah jek. Sebijik meriah macam nak raya. Dah lah masak rendang. Memang suasana di Aidilfitri la hari besday Aidi tu.



Amsyar dan Iman yang menyibuk tok wan nak masak.


rendang baru nak jadi. Memang terbaek la rendang abah mentuaku.



Aku memang takde keje sangat on that day sebab semua kerja dah dilakukan secara bergotong royong. Tambah pulak abang ipar aku yang sama-sama duduk Labuan ni pun ada kat kampung jugak, jadi memang ramai lah famili. Sama-sama buat kerja.

Habis kuat pun kerja aku, tu ha...gantung belon. Keh keh keh.


Flagline "Happy Birthday" guna balik yang episod 1 dulu. Tak payah nak membazir sangatlah. Even besday boy punya attire pun aku ulang tayang yang dulu punya jugak. Ada aku kesah?



Deretan makanan. Sampai kena gabung 2 meja makan. Pheww!



Candy buffet table adalah takde. Yang ada ini jek. Jadilah kan.



Okey, mempersembahkan birthday cake Aidi Episod 2.


Tadaaaa!!!!





Rainbow cake dengan decoration theme Upin Ipin In a Rainbow!!

Aku tempah dari home baker kat Kuala Kangsar. SHARIFAH TOUCH




Sumpah sedap kek ni.

Siapa tinggal area Kuala Kangsar, pastu tengah cari-cari kek sedap..sila contact Sharifah ni. Recommended.

Harga kek adalah RM150. Bagi aku berbaloi dengan rupa dan rasa kek. Tambah rasa berbaloi bila semua tetamu pun kata sedap. =)


Okey sambung cerita besday lagi.

Aku ni dalam kepala dok imagine yang besday Aidi nak sambut sederhana je lah. Famili-famili kecik kami jek. Sekali rupa-rupanya mak dengan abah dah gigih menjemput sanak saudara yang lain, jiran-jiran apa semua.

Memang ramailah tetamu hari tu. Siap ada tetamu kata patutnya kena pasang khemah baru kena. Keh keh keh. Kalau pasang khemah kang orang ingat Aidi bertunang pulak. Hahaha.

Syukurnya...ramai tetamu sudi datang majlis Aidi. Thanks sangat kat mak abah sebab sudi jalan sana sini, call orang itu ini untuk ngajak ke besday cucu sorang ni ha.




Paling best, kedua-kedua moyang Aidi pun ada sama.

Yang kanan moyang belah abah mentua. Yang kiri belah mak mentua. Lucunya bila moyang-moyang Aidi ni panggil Aidi "Amry", nama abahnya. Gamaknya Aidi saling tak tumpah macam incik suami kecik-kecik dulu kot. Itu yang moyang-moyang Aidi panggil Aidi "Amry" tu. "Amry.............ooooo Amry" depa panggil. =)







sempat bergambar dengan mak. Slim sangat mak aku. Aku jugak yang gajah.

Ada lagi kejutan yang abah aku buat.

Diam-diam rupanya abah jemput jemaah surau datang baca doa selamat kat rumah lepas solat Asar.


Ohhhh bestnya.

Ada orang datang doakan kesejahteraan Aidi.

Terima kasih banyaklah pakcik-pakcik semua. Moga berkat doa-doa yang dipanjatkan. Aminn.







Sebabkan tetamu agak ramai, rumah pun dah penuh. Maka aku macam blur sikit bila masa aku nak mula acara potong kek ni.

Kek belum potong lagi ni oiii.

Bukan apa, pakcik-pakcik surau yang datang baca doa tadi duduk bersembang tengah-tengah rumah punyalah lama. Huhuhu.

Biasalah orang veteren. Bergosip memang hebat. Aku seganlah nak cakap apa, jadi aku diam je lah sampai abah pulak yang tanya bila nak potong kek? Kih kih kih.

Mujur pakcik-pakcik tu semua memahami. Depa pun beransur untuk bagi laluan Aidi potong kek.


Apalah tok wan pakai baju katuk je. Uhuk uhuk.




Seperti biasa..mama yang akan teruja lebih. Aidi cool je. 


Inilah rupa kek tu belah dalam.

Rainbow layer.




Alhamdulillah..laku kek Aidi. Sekejap je dah tinggal suku.

Memang majlis hari jadi Aidi kali ni di luar bayangan aku.

Aku tak pernah bayang majlis akan jadi meriah gini. Kalau bukan sebab usaha, penat lelah mak dengan abah mentua..mungkin semua takkan jadi macam ni.

Overall, aku puas hati sangat.

Seronok bila tengok mak dengan abah gembira layan tetamu.

Biras aku, Kak Ija tu kata....selama 5 tahun dia jadi menantu keluarga ni, dia tak pernah lagi tengok mak abah gembira macam ni raikan tetamu. Selalu kalau ada apa-apa kenduri mesti buat kat rumah tok *rumah tok incik suami, depan rumah FIL je*, termasuk kenduri kawen anak-anak. Ini pertama kali abah buat majlis kat rumah sendiri.

Aku senang hati.

=)


2 comments:

  1. Bertuahnya dapat mak ayah mertua yang sporting habis macam nih... Beruntung si kecil Aidi...dah lah sambutan birthday berepisod-episod.... Happy Birthday lagi la sayang.....

    Seronok baca entry birthday Aidi..
    Nak tunggu episod 3 lak nanti...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...