MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, December 3, 2012

Kau Takde Keje Lain..Makaaannn Jek.


Hari ni rasa macam satu hari yang panjang. Dan penat.

Seawal 7 pagi dah berkuntau sorang-sorang mencuci dua-dua bilik air. Phewww!! Mencuci bathroom bertemankan raungan budak kecik memang satu pekerjaan yang tak best. Elok-elok semua kotoran aku boleh setal sampai setel terus jadi 80% setel jek. Pekak telinga aku dengar Aidi memekik suruh mamanya keluar dari bilik air. Ceh.


Tapi Aidi hari ni comel tau.

Cer tengok, comel kan?




Aku bagi dia try makan epal sendiri hari ni. Aku gigit sikit dulu, then bagi dia pegang and gigit sendiri. Comel sangat tengok. Masa gambar ni di snap sebenarnya dia tengah dok buat aksi "sedaapppnyaa...sedapppnya" dengan menggeleng-gelengkan kepala dia. Kadang sampai pejam-pejam mata punya nak feel makanan dia tu sedap sangat. Padahal?? Haha.


Hari ni jugak aku keluar dating dengan Aidi. Just two of us. Incik suami kerja, jadi...chalo betey!

Seronoknya jugak jenjalan berdua.

Beli dia baju tido 2 pasang *yang morah-morah je*

Beli t.shirt selai untuk pakai wedding cousin aku nanti. Tema ocean blue katanyaaaaa. Berpusing-pusing aku cari baju kaler ocean blue. Sudahnya aku beli je lah t.shirt Polo kaler biru. Biru laut ke biru apa ke entahlah. Janji biru.

Sempat jugak rembat teats untuk botol susu Aidi. Aidi ada 5 biji botol. 3 biji masih lagi pakai puting NEWBORN. Padahal anak dah nak toddler dah pun. Jadi marilah kita tukar puting untuk 6 months ++. Baru sedap sikit nak minum susu.

Entahlah apa lagi aku beli tadi. Yang penting lepas tapau KFC terus balik sebab Aidi dah start enjin. Sebelum enjin dia menderum lagi kuat baiklah aku balik. Lagipun aku tengah tunggu durian crepe.


Yaaaa.....jangan ingat Labuan takde durian crepe.

Ada yo!





Harga standar harga Key Ell. RM10 untuk 5 bijik.

Rasa memang sedap. Mabeles!!

Aku beli 10 biji. Aku dah bedal 3 biji dalam masa 3 minit. Incik suami makan 2, pastu dia dah serender. Makanya yang 5 biji lagi dalam peti tu confirm aku yang punya. Lalalalala.

Baru dapat tau kat Labuan pun ada orang buat pavlova. Selama ni telan liur je tengok orang upload gambar pavlova bagai. Tengok masterchef masak pavlova pun berpuluh kali aku telan liur sendiri.


Sekarang tak lagi.

Esok iols nak order pavlova pulak.

Yiiiihhaaaa!!!






8 comments:

  1. entah kenape aku tak suker makan doyan cripe ni...tekak aku kot..huhu...aku makan doyan real tu lagi puas..;p

    eeaahh..pavlova tak pernah makan lagi walaupon sekarang ngah popular gilerrrrrr.....

    ReplyDelete
  2. hoi,mai sejibik crepe! bajet hidup berjiran ni.hehe

    ReplyDelete
  3. yong. seriously terhibur baca blog ko nih! <3

    ReplyDelete
  4. yong, nanti kalo pavlova tu sedap bgtao eak. mao order jugak. haruslah daku menunggu komentar dr mentor br order. huhu..

    ReplyDelete
  5. nak tumpang tanya..kat mana ek kat labuan leh dapat durian crepe tu?boleh tlg share?mengidam nie..hehe

    ReplyDelete
  6. Lily...durian crepe tu saya order dari "Nurul Jaffar". Search kat fesbuk. Tapi dgr citer katanya dia dah close order dah untuk Durian crepe. Last siang tadi. Tapi cuba je lah contact and tanya, mana tau dia boleh buat lagi. =)

    ReplyDelete
  7. laa yeke..nnt nk try contact die..hrp2 die trima lg order..tetiba mengidam bile da ade kt labuan nih..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...