MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, December 4, 2012

Jangan Beli Teats Ini.


Hari ni dating lagi.

Tapi hari ni dating bertiga dengan incik suami sekali. Banyak pulak agenda dalam senarai hari ni. Antaranya nak beli teats Tommee Tippee untuk Aidi.

Aiii semalam kata dah beli. Nak beli lagi keww??

Ya, nak beli lagi sebab yang semalam tu AKU SILAP BELI.

Sebelum ni, aku beli teat untuk 6 months++ yang macam ni. Teats nombor 3.


And Aidi memang okey dengan teats ni. Memang flow dia laju sikit banding dengan teats newborn and 3 months ++, tapi okeylah. Dah budak pun dah besar kan. Kesian pulak kalau pakai teats newborn. Jenuhlah dia nak menghisap sampai habis 8oz susu. 

Since kat rumah ada 2 je teats nombor 3 ni, itu yang semalam aku nak beli lagi. Tapi bila sampai kat kedai tentiba aku ternampak teats yang ni.




Nampak macam sama kan?

still 6 months ++ jugak.

Tapi perasan tak kat sebelah tulisan "6 months ++" tu ada satu simbol bentuk macam segitiga tu. Prasan tak?

Aku memang perasan sangat kewujudan simbol tu dan dalam kepala otak aku terus cakap 

"Ohhh ini untuk baby yang dah ada gigi ni." (padahal kalau tengok banyak kali dah macam bentuk ovari wanita dah pun.Ahaks)

Jadi tanpa berfikir panjang aku terus amik dan bayar. Balik rumah sterilised bersih-bersih. Dan pagi tadi aku try bagi Aidi minum susu guna teats baru. Ceaaaa..semangat gitu. =)


Sekali.................


Ya hampunnn.

Punya laju susu mengalir. Sampai tak sempat-sempat Aidi nak telan susu. Tau-tau je susu dah penuh dalam mulut.

Mujurlah aku tergerak hati nak duduk and perhati dia minum susu waktu tu. Kalau lepas aku bagi botol then aku blah buat keje lain , camne?? Mau tersedak anak aku.


Rupanya itu bukan teats untuk baby ada gigi. Aku je memandai buat teori sendiri. Dah aku nampak bentuk simbol tu macam gigi je kan. hahahahah. Rupanya simbol tu bermaksud itulah rupa bentuk lubang puting tu. Selalu lubang pada puting bentuk bulat kecik cenonet je kan, ha yang ni bentuk dia segitiga camtulah.

Memang gajah.

Bodohnya aku tak perasan.

Bila aku tengok Aidi dah macam orang berkumur susu je dah, aku amiklah botol tu tukar teats lama. Sempat aku tonggengkan botol susu Aidi tu, tu diaaaaa...macam Niagara waterfall susu mengalir keluar.

Bahaya ohh puting tu.

Kata Tomee Tippee botol susu Anti Colic, dah tu kenapa ada teats yang macam tu??

Ke anak aku je yang ketinggalan sangat tak reti pakai teats "canggih" cenggitu?

Ish, sumpah aku takmau beli teats tu dah. Aku nasihatkan korang pun janganlah beli teats yang ada simbol "gigi budak" tu. Nak beli, beli teast yang just tulis "6 months ++" tu jek. Teats nombor 3.


2 biji teats Niagara Waterfall yang aku beli tu dah selamat dikebumikan dalam tong sampah dah.

Trauma katanyaaa....

Heh.

9 comments:

  1. hahaha kelakar...

    sampai bila2 akan igat

    ReplyDelete
  2. kalau tak salah aida, teats yg cenggitu boleh gune kalo kite topup cereals/nestum kt dlm susu anak..kire solids tu boleh keluar bile baby isap..hehe wallahualam

    ReplyDelete
  3. ish dasyat..beware la psl ni..noted!! Hehe

    ReplyDelete
  4. hik2 kelakar yongnana

    tp mmg nampak cam rupe gigi ;p

    ReplyDelete
  5. ya allah wan....bikin suspen.....
    dahlah gambar post teats 6m+ colour hijau...serius suspend, baca tak lompat2 tu.....kot ada hal apa, kuman ke apa...adoiyai..
    sebab kita memang pakai tommee tippee, memang ada perasan teats "gigi" tu, tapi tak ambil yang itu, sebab anak kita sampai setahun pakai yg newborn..nak buat mcm mn..makpaknya alpa...teats tak bertukar setahun....
    habis baca.....legaaaaaaa....
    hahahahha

    ReplyDelete
  6. yong yg tu untuk nestum lah..kita pun terkena.

    umar guna NUK.

    tengok saiz 0-6 m. okay noted.

    tapi tak perasan saiz L!!!

    bila kita tengok kenapa terbelah, nk kata umar gigit, mustahil jeee...

    baca balik kt bekas puting tu, dia cakap saiz L untk nestum atau solid food..

    tapi takde tersedak, cuma adik kata comot time minum tu.

    natijahnya, dia suka flow laju. kalau menetek slow slow, mulalah aangin je umar raihan tu...

    ReplyDelete
  7. mmg ada pun teat dia.. and botol dia pun ada dua jenis.. satu yg untuk teat anti-colic and satu lagi yg tuk biasa nya..

    ReplyDelete
  8. Aku sejan tukar botol dah tak pernah pakai tt..botol yg selambak tu aku pakai kat breast pump...seb baik gak ar bp aku pon jenis tt...

    ReplyDelete
  9. Klakar la cerita awak ni,,, hehe
    Oooo baru tau pasal simbol tu... Nampaknya mmg kene lebih berhati2 n baca btol2 kalo nak beli teats.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...