MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, December 26, 2012

Cerita Balik Semenanjung : Bestnya Ampang. =)

Aku nak hapdet cerita balik semenanjung ni. Tapi tak reti pulak nak mula dari mana sebab macam-macam aktiviti telah berlaku sepanjang 18 hari balik bercuti ke semenanjung.

Aku hapdet sikit-sikit lah ye. Kita buat episod-episod gitu. Ewaaaahhhh ada sangatlah orang nak tau cerita kau kan. Haha.

7 Disember 2012.

Masa untuk terbang pulang.

Flight adalah pukul 10.45 pagi. So aku dah plan dalam pukul 8.30 pagi tu nak gerak dah dari rumah. Saja nak ke airport awal sebab nak breakfast dulu. Kalau dalam flight baru hegeh-hegeh nak makan apa semua memang cari nahas je lah dengan Aidi ni. Huhu


Nak bertolak awal katanya..tapi si kecik ni dah pukul 8 pagi pun dok melena lagi. Siap tido dengan buku. Study hard ke malam tadi nak oiii.



Dalam flight, Aidi adalah behave Aku sebenarnya takde risau sangat Aidi buat perangai ke apa dalam flight sebab aku rasa Aidi dah familiar dengan flight environment. So dia takde masalah. Cuma aku sangat sangat risau kalau dia BERAK kat langit biru nun. Wuwuwuwuwuwu...mau nangis mama nanti. Haha. Tapi mujur..syukur sangat Aidi tak melabur dalam flight. Tapi sampai-sampai je rumah Ampang terus dia melepas. Selambak lagi. Haha.


Aidi dalam flight. Sangat behave. Tapi sempat je dia goda auntie sebelah sehingga auntie tersebut menghadiahkan sebiji biskut kepada Aidi. Heh.

Alhamdulillah selamat sampai LCCT kul 1 petang.

Tapi ada jugak insiden malang bilamana coklat Daim yang aku beli kat airport Labuan hilang. Huh. Last minit beli then aku simpan je plastik coklat tu dalam bakul stroller Aidi. Sampai-sampai LCCT, bila amik stroller tengok-tengok coklatku dah tiada. Mungkin tercicir. Takpelah takde rezeki.



Muka budak yang tengah jet lag tunggu mama claim baggage. 


Sorga sangat dapat balik rumah Ampang. Duduk kat rumah ni buat aku rasa macam bebas sangat. Kau nak tertonggeng ke, meniarap ke, melompat ke, menjerit ke, nak bermalas-malasan masuk dapur ke semua boleh. Haha.

Dahlah mama sangat memanjakan. Tiap pagi dia berjalan kaki beli nasik lemak 5 hengget untuk anakanda tercinta. Heaven ohhh bila celik-celik mata je....

" Yong, tu nasik lemak kamu atas meja. Dengan Milo ais sekali."

Perghhh!!

Bestt!!

Aidi pun macam seronok je balik kampung Ampang. Sebab apa?? Sebab dia boleh meneroka "memerintah" sesuka hati dia.

Dia merangkak masuk dapur lalu buka semua kabinet dapur pah ma dia.

Aku punya tinggi pitching melarang.

Tapi pah ma nya selamba je buat dialog..

"takpe takpe...biarlah dia punggah apa pun dia nak punggah. Takpe..biarkan je."

Heh.

Tak boleh nak buat apalah bila kasih sayang opah sudah melebihi segalanya.







Eh ingat nak tutup entri dah. Rupanya ada lagi sekeping gambar. Huhu.

Tataplah...

Chicken Chop super heaven yang aku santap di Dagang Avenue, Ampang pada malam pertama sampai KL. 




Sumpah sedap.

Tambah sedap bila semua makanan adalah di belanja oleh adikku yang dah kaya jadi peniaga FELLINA.

=)

3 comments:

  1. nasi lemak lima hengget? hahahha.. banyak mana tu. :P

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nk tunggu entry aidi pakai baju lip lap lip lap tuu...he3

    ReplyDelete
  3. Salmia..saiznya je mcm 5 hengget. Harga tak tau la berapa. Lebih apa dah ditaruk ayam madu lah, paru lah, telur mata lah..huhu.

    Puansazusarin....tungguuuuuu..heh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...