MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, December 25, 2012

Home Sweet Home


Dah sampai Labuan.

Alhamdulillah.

Barulah syok dapat hapdet guna laptop. Kunoooo sangat kan. Orang lain hapdet belog pakai telefon pintar macam kacang jek, aku tetap nak guna cara tok kaduk. Huhu.

Aidi adalah tido sepanjang dalam flight. Mujur. Dia memang mengantuk tahap gaban tu sebab malam semalam dia tido pukul 1 lebih pagi. Pastu pukul 5.30 dah kena kejut untuk siap-siap  Mandi pun tak. Aku lap-lap badan dia, tukar pampers, tukar baju and seluar je. Itupun dilakukan dengan mata dia terpejam tido. Kasihan sangat Aidi.

Best oh dah balik rumah sendiri.

Walaupun rumah sedikit bersepah.

Dengan toys Aidi merata-rata. Seingat aku, sebelum balik semenanjung dulu aku dah kemas semua toys Aidi, simpan elok-elok. So, siapa yang sepahkan toys Aidi?? Tak lain tak bukan pasti incik suami. Hahahaha!

Rasa warm and comfort sangat bila berada di rumah sendiri.

Betullah kata orang.

Mana pun kita pergi...best mana pun tempat tu..memang tak boleh lawan rumah sendiri.

Rumah manisku.

=)

1 comment:

  1. betul...!!!! macamane pon...umah sendiri gak yang paling besh..:)aku kalau balik umah makpak aku kat shah alam biler laki aku gi out stesen..walau selsesa macamane pon...tetap tak sabar2 nak balik rawang..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...