MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, December 31, 2012

Tukar Susu Jugak Akhirnya

Selamat Tahun Baru 2013 laling!!

Wahh..menjelang tahun baru gini semua pakat nak hapdet status "Goodbye 2012, welcome 2013" belaka. Excited ye nak sambut tahun baru? Huhu.

Aku ni bukan nak buat entri mengimbas kenangan sepanjang 2012, tak payahlah la kan nak imbas-imbas. Kalau nak tau apa jadi sepanjang 2012 ni, aku klik je "2012" kat entri list kat tepi tu. Keluarlah semua isi cerita 2012. Huhu.

Ni nak cerita  ni...

Aidi ni sejak-sejak aku balik ke semenanjung hari tu, dia cirit birit. 18 hari aku kat semenanjung, 18 harilah dia gitu. Tapi masa tu aku takde risau sangat sebab ingat dia nak berkalih bulan. Nak berkalih umur dah pun. Jadi memang orang tua-tua kata itu normal. Jadi aku pun relaks je lah.

Jenuh sehari mesti tak kurang dari 5 kali dia memerut. Kebanyakannya adalah cirit. Sampai bocor-bocor tembus seluar.

18 hari kat semenanjung pampers yang digunakan adalah sebanyak 80 keping lebih. Macam air lalu je pampers tu jalan.

Baju bajan pulak toksah cakap. Baju malam je paling koman 2 kali kena ganti. Baju siang lagilah...selalunya mesti lebih 3 kali kena ganti baju dia. Pasai apa?? Pasai semua kotor kena cirit. Ada sekali tu, balik kedah..dia memerut sampai bahan buangan terkeluar melimpah ruah sampai ke lantai. Hohohoho..jangan banyangkan. Geli mengkeme nanti. Haha.

Perangai suka mencirit ni terbawak-bawak sampai sekarang.

Dekat 3 minggu anak aku mencirit, sampai bontot pun dah naik rashes, dah merah-merah...sanggup ke nak tengok?

Mulalah aku dah syak benda lain.

Ini bukan sebab nak berkalih bulan dah ni. Teruk sangat simptomnya ni. Hati aku kuat kata ini maybe sebab TAK SERASI SUSU.

Aidi kan baru jugak tukar susu step 3. Jadi aku macam syak dia tak serasi dengan susu tu. Tapi biasalah aku..asik nak wait and see je manjang. Yang anak ni dah pedih bontot menahan cirit. Kejam pulak rasa.

Oh ye, aku tak bawak Aidi ke klinik. Tak tahu kenapa. Aku macam dapat rasa kalau bawak ke klinik pun, macam tak membantu sangat. Lagipun sini takde klinik pakar kanak-kanak. Ada pun klinik biasa jek.

Jadi aku guna instict aku.

Kita tukar susu.

Ingat tak dulu aku ada pernah buat dilema nak tukar ke Enfagrow ke atau nak stay dengan Anmum? Ingat tak?

Kalau ingat bagus. Haha.

Tapiiii...masa aku nak cari susu baru tu, aku tak terus amik Enfagrow masuk troli and bayar.

Tak.

Susu pertama aku capai adalah Friso Gold. Heh.

Tak tahu kenapa.

Itu susu yang first aku capai.

Aku amik Friso, aku amik Anmum. Then aku compare ingredients dalamnya. Protein ni banyak mana, vitamins semua mana satu yang banyak, DHA ni berapa miligram, yang ni berapa miligram. Semualah aku compared sampai berpinar mata.

Aku boleh rumuskan, Anmum dengan Friso Gold ni lebih kurang. Harga pun tak jauh beza.

Tapi nak puas hati, aku compare pulak Friso dengan Enfagrow.

Ewaaahhh..nak jugak tu Enfagrow. Haha.

Compare compare compare punya compared..

Yes, memang Enfagrow lebih banyak khasiat dari segi kuantiti dan kualiti. Tak heranlah harganya mahal sikit.

Aku tak compare dengan susu mahal yang lain macam Isomil, Similac, S26 etc. Itu macam memang mahal betul. Aku tak mampu. Kita nak beri yang terbaik untuk anak pun kena tengok poket jugaklah kan? Huhu.

Jadi lepas dah kira-kira..susu paling baik yang aku mampu adalah Enfagrow A+. So aku nak cuba yang ni dulu. Harap-harap Aidi suka dan badan dia boleh terima.

So far....

Dah 3 kali Aidi minum Enfagrow.

Dan tadi dia dah berak. Dan bahan buangan dia dah cantik balik. Ewaahhhh...cantik sangat ke? Haha.

Tapi sebab dia baru minum hari ni, so aku macam tak percaya sangat lagi pada bahan buangan malam ni. Aku nak tengok esok. Kalau still cantik...maka, aku boleh lega sikit lepas ni.

Nanti aku hapdet.

=)

3 comments:

  1. yong, nanti update eh, aish bulan 4 ni dah setahun, tgh fikir2 jgak ni nk teruskan anmum or tukar susu lain

    ReplyDelete
  2. ok tak yong aidil minum enfagrow? syasya minum perisa vanilla.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far okey. Aidi berak setiap hari sekali atau dua kali. Takdelah berak berkali-kali sampai 5 6 kali mcm dulu.

      AIdi minum yang original je. Sedap eh vanilla?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...