MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, December 1, 2012

Kemas Laci Baju Aidi



Tak berapa hari lagi nak terbang balik semenanjung. Yeeehhaaaa!!

Seronoknya.

Tak sabar sangat.

Tapi memandangkan gaji lambat lagi nak keluar, jadi aku taklehlah nak havoc-havoc sangat dulu. Duit tinggal cukup-cukup untuk 2 lagi episod besday Aidi. Huhuhu.

Tunggu 18hb baru boleh menjoli. =) Aku siap dah gegoda incik suami supaya bagi separuh daripada duit bonus dia kat aku. Miahahahaha!

Eh bukan apa..nanti yang aku nak shopping pun baju dia jugak, seluar dia, spender dia jugak. Haha. Pastu nak beli baju anak dia jugak, jadi hulur-hulurlah sikit khennnn.

So dah tau yang nanti mesti aku shopping baju bajan Aidi melambak-lambak. Jadi ada baiknya aku kemaskini dulu laci baju anak aku tu. Dah macam hapa dah aku tengok.


Drawer Aidi ni ada 5 tingkat.

Tingkat atas sekali baju jenjalan. Ini memang laci paling jarang bukak, so baju-baju kat dalam ni paling tersusun sekali. Almaklumlah..Labuan. Nak berjalan ke mana lah sangat kan.

Tingkat kedua adalah untuk baju daily wear. Untuk pakai siang-siang. Ini laci paling selalu aku bukak katup. Jadi paham-paham je lah. Kui kui kui. Ini keadaan baju-bajan dari laci nombor dua yang aku keluarkan.. Dah macam belacan dah aku tengok lipatan baju ni semua. Haha.




Laci nombor tiga laci untuk baju tidur. Banyak jugak baju tidur Aidi ni. Penuh selaci. Tapi bila aku check balik, banyak yang dah sendat mendat. Baju tidur Aidi yang paling banyak yang dah kecik. Memang aku pun jarang beli baju tidur baru. Kau pakailah baju tidur yang mama beli sebelum kau lahir tu dulu. Baju lengan panjang jadi lengan tiga suku, seluar elok sampai buku lali jadi sampai betis. Tapi kalau baju tu besar..dah besar sangat pulak. Kasihan sangat anak aku. Huhuhu.


Ni je baju yang tinggal lepas aku kemas-kemas and asingkan baju yang dah mengecik. Baju yang mengecik ke Aidi yang membesar tak tahulah.


Baju siang.



Ini je yang tinggal. Isk isk isk..dah sikit baju Aidi. Nanti kita shopping ye nak? *alasan.hehe*


Ni baju tido.



Pun sama...dah susut. Sebelum ni ada lebih kurang 30 pasang baju tidur, sekarang tinggal ni jek. Uhuk uhuk.

Takpe takpe..18hb akan menjelma jugak. Haha

Walaupun baju-baju Aidi banyak yang dah kecik, tapi sebenarnya Aidi ada je baju yang belum berpakai. Tag harga pun belum bukak hoi.



Semua baju ni besar. Kebanyakannya opahnya belikan. So ada yang besar. Baju oren yang tengah tu aku rasa tunggu Aidi masuk tadika baru boleh pakai kot. Besar Ya Rabbi Opah Yang nya beli. Takpelah, Kita simpan dulu ye. Jangan nak lelong pulak. 


Siap kemas 2 tingkat laci, aku bukak laci ke 4. Laci ni aku simpan sapu tangan, stokin, kasut, bip, and topi.


Tapi kau tengoklah rupa laci dalamnya.



Hazabedah!!!

Hahahaha. Tak senonoh kan? Thats why la aku nak hapdet laci-laci ni bagi cantik. Keh keh keh.

Tengok kasut Aidi.



Bersusuuuuunn.

Kasut aku pun takde banyak macam ni. Untung kau nak.

Tapi kasut-kasut ni pun banyak dah kecik. Barisan atas tu semua nak kena simpan dah. Dah sendat. Yang boleh pakai pun yang row bawah tu jek. Itu pun yang 2 pasang belah kiri tu aku baru beli. Jadi nampaklah banyak sikit kasutnya. 


Tengah aku kemas-kemas laci ke 4 ni lah bos kecik tu bangun tido pulak. Ish..rosak ana punya program.



Resaksa dah datang menyerang!! Habislah....

Yang bersepah-sepah keliling Aidi tu semua barang-barang yang nak kena simpan. Banyak jugak rupanya.





Dia mengacau sampai aku kemas laci paling bawah ni ha.

Laci bawah ni aku simpan towel, blanket, dengan napkin.

Kemain banyak napkin Aidi yang aku bawak datang sini. Nak lagi banyak ada kat rumah Ampang. Aku bawak datang Labuan dalam 10 helai je tapi selai pun aku rasa aku tak guna. Jadi marilah kita simpan. Tinggalkan selai je dalam laci.

Selimut yang Aidi pakai tu adalah selimut paling aku saaaayyanngg sangat. Ini memang takkan aku jual. Aku nak simpan je dalam laci Aidi setiap masa supaya aku tak lupa tentang kewujudan selimut kesayangan tu. Eh, ni siapa punya selimut ni sebenarnya?? Haha.

Finally aku dapat jugak hapdet laci anak teruna aku.

Gambar laci dah cantik memang takdelah sebab bos kecik tu kecoh nak aku layan dia lah apa lah. Jadi aku siapkan kerja pun laju-laju.

So laci Aidi nampak macam dah ada baaanyaakk ruang untuk baju baru.

Im waiting for you...PAY DAY.

=)

4 comments:

  1. untungla aidi....baju byk lagi pon mama dah nak shopping baju utk dy lagi...hehehehe

    ReplyDelete
  2. bnyaknyer kasut aidi.. aqib x suke pkai kasut..klu pkai kn cnfrm dia x nak berdiri.. dok try nk buka kasut

    ReplyDelete
  3. banyak nyer kasut Aidiiiiiiiiiiiiiiii...!!! qaleef ade 2 pasang kasut jer dok ulang...hurrmm..tetibe rase nak gi GM klang esok gi carik kasut die..heheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...