MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, December 6, 2012

Esok Nak Balik KL Dah


Huhuhu..

Eh lempang pulak kang nak start entri dengan "huhuhuhu".

Haha.

Aku dah siap kemas beg. Bapak berat beg aku. Beli luggage 20 kilo je. Entah cukup ke tak. Maklumlah, ramai pulak yang mengirim. Bapak mentua kirim rokok, pakcik pun kirim rokok, ada yang kirim coklat, lama-lama aku rasa macam nak kirim salam je lah. Haha. Harap-harap mampulah aku menarik luggage bapak berat tu esok.

Dengan stroller Aidi lagi.

Dengan Aidi lagi.

Diaper beg dia lagi.

Adududuh.

Sampai henbeg sendiri kena simpan dalam luggage. Tak kuasa Mak Jemah nak hangkut henbeg lah, diaper lagi, anak lagi, karang ada jugak aku rupa pokok krismas kang. Haha.

Jadi esok, pukul 10.35 pagi aku dengan Aidi akan terbang balik KL. Insha Allah.

Mulut aku ni dah 2 minggu dok berpesan kat Aidi..

"Aidi...nanti Aidi dengan mama nak balik kampung tau, kita naik kapatebang. Aidi jangan nakal tau, jangan meragam, jangan nangis, kalau nak susu..cakap elok-elok *boleh sangat anak aku bercakap*, Aidi nak tido, Aidi tido je mama peluk, be a good boy tau? Ingat pesan mama tau?"

2 minggu..setiap hari aku dok ngulang pesan benda yang sama. Harap kamu pahamlah pesanan bonda kamu ni ye.

Neves ohh.

Sebelum ni pernah je terbang berdua je dengan Aidi. Tapi Aidi dalam perutlah. Ni sekarang Aidi depan mata, dengan 1001 ragam dia. Aduhaaaaiii..macam nak pergi interview rasa debarnya. Haha.

Doakan kami selamat pergi and selamat pulang ye?

Eh, aku tak bawak laptop tau. Tak kuasa mak jemah nak menambah beban di bahu. Cukup-cukuplah. Tapi takpe..handfon cikai ku itu mampu je hapdet blog. Paling tidak update fesbuk. Alaaa..apa guna adik-adik yang dah kaya raya laptop sorang sebijik tu kan?

Bak Yong pinjam laptop kamu jap..nak hapdet belog katanyaaaa..

Oklah laling laling, i nak bermanja-manja dengan suami terchentaaa.

2 minggu tak jumpa hoi nanti.

=)

2 comments:

  1. yong dah dapat tukar semenanjung ker?

    ReplyDelete
  2. Azian..ni balik bercuti je..bukan balik terus.hehe. Tak mintak tukar ke semenanjung pun lagi. Rasanya tunggu Aidi nak masuk tadika kot baru kami balik semenanjung. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...