MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 21, 2013

Kasi upgrade sikitlah.


Siang tadi, aku dapat call dari Astro. Mula ingat kenapalah..bil tertunggak ke? Aku bab-bab bil Astro ni memang aku tak amik tau, itu semua incik suami punya tugas. Aku tau tekan remote je. Haha.

Rupanya bukan sebab reminder bil tertunggak, tapi sebab depa nak bagi promosi best. Katanya akaun Astro terpilih. Yolah dik...entah kan semua pelanggan kau telefon nak bagi promosi kan?

=)

Aku ni memang pantang orang promosi-promosi ni. Kahkahkah.

Kata depa...nak promote 2ND DEKODER ASTRO DENGAN BAYARAN TAMBAHAN BULANAN RM50 SAHAJA.

CHANEL UNTUK 2ND DEKODER SAMA DENGAN CHANEL DEKODER UTAMA *aku pakai Superpack 1*

FREE ASTRO PVR *Hoyeaahhhh..boleh rakam rakam cerita lepas ni*

FREE ASTRO ON THE GO * Yeayyyy!! Astro di mana-mana. Di Kokdiang, Di pendang...di mana-mana*

FREE HARD DISK APA NTAH NAMA, UNTUK REKOD 2 CERITA SERENTAK. *Aidi rekod pocoyo, mama rekod certa jodoh, abah tgk bola live.haha*

PEMASANGAN SEMUA BENDA-BENDA NI ADALAH PERCUMA.


Korang agak-agak aku nak accept ke tak offer ni?

Ni panggilan fon je ni, takde masa panjang nak pikir, nak bincang dengan si pembayar bil ke apa. Aku kena buat keputusan cepat dan tuntas. Gituuuu..

Last-lastnya aku kata "I DO" je lah. Hamboiiii. Lepas dah letak fon baru call incik suami maklumkan. Matiklah kalau dia marah. Haha.

Alah..50 hengget je bang, toksah lah nak berkira sangat. Awak jugak yang selalu berebut remote dengan Aidi tu ha.

So makna kata sekarang ni, tak lama lagi Aidi ada peti telebisyen dan kotak astro dia sendiri. TV tu pakai TV lama je Jah, bukan beli TV baru ye. Kaya sangat mak bapak kau Aidi oi nak TV baru pulak. Haha.

Bila bilik Aidi dah ada TV, ada Astro..

Mulalah mama ni sebok berangan nak beli katil single untuk Aidi.

Eh nak beli wardrobe baru jugak.

Berangan nak set up bilik untuk toddler lah kononnya, no more baby's room.

Ewaaahhhh.


Kaching! Kaching! *sambil bukak dompet check duit*

Okbai!

2 comments:

  1. wah best nye ade 2 decoder..nak jugak promosi tuh..waaa

    ReplyDelete
  2. salam singgah.

    eh cam mana boleh sm ni. sy pun dia call juga ckp promosi bla2, terpilih..bla2...tapi sy tak amik =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...