MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 29, 2013

Lusa jek lagi


Tengah layan lagu raya ni hoi dalam bilik disiplin. Hahaha.

Isnin dah hari ni. Lusa je lagi..lusa jek. Aihhh tak sabar aihh nak balik raya. Biarlah tahun ni raya rumah mentua dulu pun, aku memang takde kesah sangat. Lagipun kampung mentua dengan kampung aku dekat sesangat. Kat Kuala Kangsar jugak dua-duanya. So takde efek sangat nak sedih sedih bagai.

Incik suami lagilah berdouble happy dia. Hari ni last day dia duty. Dah tu duty 12 jam je pulak tu. Selalu duty 24 jam. Kemain dia nak raya ni. Esok dia dah cuti. Kita suruh dia cuci rumah bersih bersih na sebab aku kena sekolah lagi sampai Rabu.

Baju raya kasut raya segala mak nenek persiapan raya kami 3 beranak kira setel dah lah. Semua ada dah. Aku dengan incik suami ala kadar dah lah. Yang tak terlebih kadar biasalah budak kecik tu je lah

Syukurlah ada jugak rezeki Aidi berbaju raya tahun ni


Eh eh sempat lagi mama tambah koleksi. Haha

Part tambah koleksi tu sebenarnya ada lagi yang aku tambah. Tapi mintak terus hantar ke rumah Ampang. Senang. Tak payah aku nak berangkut angkut penuhkan beg apa semua. Pos ke Ampang je lah senang. Ada sepasang baju denga sepasang kasut lagi. Kemain ko Aidi kasut sampai 2 pasang.

Sebenarnya takdelah nak sakan sangat pun belanja raya tahun ni. Bajet pun ketat kan, kata pun bonus 500 sajorkkk. Hahaha.

Jadi berpada pada lah.

Balik kampung nanti banyak nak pakai duit lagi.

Duit minyak duit tol.

Duit nak hulur kat mak abah buat beli bahan mentah nak masak lagi.

Duit belanja hari hari lagi.

Dan jangan terkejut lah ye orang Kuala Kangsar kalau jumpa aku dok ralit soping lagi kat Arena Square pulak. 

Hahaha.

Ok lah..bye.

7 comments:

  1. amboiii..berderet hah baju raya aidi..hehehe..banyaknye

    ReplyDelete
  2. memang dah ada anak ni... diorg je lah punya persiapan mengalahkan setahun raya ha.. ni pun aisya punya kasut belum jumpa.tok abah siap bagi duit buat beli kasut.untung btl budak2 skrg kan....

    ReplyDelete
  3. wah...akhirnya blk ke semenanjung juga berhari raya ye Yong...Alhamdulillah.baru la meriah kan..:)

    ReplyDelete
  4. kte thn ni biar ank dgn apaknye jela beraya.smlm shopping semata utk apak aje.mak dpt pn bkn tuk raya.haha

    ReplyDelete
  5. semapt datang rumahd aku yong 3hb...hoii yong balik hoii

    ReplyDelete
  6. Seronok nak balik kampung....siap cuti awal...mmng sakan ar raye tahun ni..tuh aku rase nnti blk kompem2 shopink baju aidi lg tuh..heheh..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...