MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, December 31, 2010

KAU TAHU TAK CIUM TU APA??



Dulu masa kecik-kecik, mak selalu pesan..

Kalau salam dengan orang yang lebih tua, kena cium tangan orang tu.

Yep. Baik mak. Memang ingat dan ikut pesan mak sampai sekarang. Salam dengan insan yang lebih tua, harus tundukkan kepala, bongkokkan badan, dan cium tangannya.





Bukan macam ini.




Ini salah ni. Tak cukup syarat.











Tapi serupa ini.





Reti??



*haa..larikkss!! Incik suami kejor!*

PROJEK JUTA-JUTA DI TAHUN BARU


3 jam lagi.

Eh tak sampai pun. Kurang lebih 2 jam 15 minit saja lagi.

Uhhhh berdebar pulak.

Ceh. Nak masuk tahun baru je pun. Apa lah nak debarnya. Rasanya macam malas nak buat entri kompilasi tahun ni. Nak rewind-rewind balik segala. Bukan apa, takut nanti berjela sangat entri, tak sempat pulak nak publish sebelum jam 12 malam. Hehe.

Yang pastinya tahun ni memang tahun penuh dengan kenangan. Penuh dengan rezeki. Bahagia melimpah ruah biarpun kadang-kadang insiden penuh emosi tunjuk diri. Rasa sayang pulak nak tinggalkan tahun 2010 ni.


Perkara yang paling meninggalkan kesan di hati di tahun ini.


Harapnya tahun depan tahun lebih berpelangi.


Selamat Tahun Baru 2011 semua!!















p/s: malam ni musti ramai yang dah berkira-kira nak buat "projek juta-juta". Harap rentikan!! Yang ada lesen...tak pe. Heh


DALAM BANYAK-BANYAK BUKU, BUKU APA YANG PALING BEST?? *buku lima*



Tempoh hari aku sempat singgah Popular Bookstore kat Ampang Point. Dah lama rasa tak masuk kedai buku. Uhuk uhuk..Niat hati nak sambar novel seketul dua. Tup-tup masuk sana aku terjumpa satu buku yang laaaaaagiiiiiiii best. Dua kali best untuk orang yang buta kuali macam aku ni. Buku apa??



Tadaa!!!



tak pasti aku nak amik gambar buku ke gambar bunga. Haha

Buku resepi.


Oleh Chef Hanieliza.

Siapa-siapa yang memang kaki skodeng belog masak-masak ni mesti familiar dengan nama Chef Hanieliza ni sebab beliau pun blogger jugak. Ada belog ternakan sendiri. Uiihhh...glamer dah beliau sekarang. Merata orang cari dia.


antara resepi yang mampu buat air liur meleleh ke pipi

Buku resepi beliau kat atas tu memang terbaik dari dapur. Tengok tajuk pun macam dah tergoda..1 resepi 1 hari. Huh, takde susah payah aku nak duduk menung pikir lauk apa nak masak dah sekarang.



resepi lagi..nomm nomm nomm

Tapi serius, memang best buku ni. Lauk pauknya memang lauk-pauk makan hari-hari. Tak macam sesetengah buku resepi yang dok gebang lauk-pauk yang hanya sesuai nak masak time kenduri. Tunjuk ajar cara memasak, bahan-bahan semua pun ditunjukkan dengan jelas dan simple.



Fuhh..meleleh.

Harga pun tak mahal. Kira berbaloi la beli buku ni dengan harga RM39.90 tolak diskaun 15% sebab aku bukan ahli Popular, kalau jadi ahli dapat diskaun 25% tau.

Bila balik Labuan, tunjuk buku ni pada incik suami...heh dia pulak yang teruja lebih. Siap tanya lauk mana satu aku teringin nak makan..dia nak tolong masakkan. Cewaahhh...semangat waja.


Eh bila baca balik entri ni nampak macam aku tengah entri advertorial pulak. Haha..Oh entri ini memang tiada sebarang bayaran. Aku lagi yang kena membayar adalah..nak bayar duit berokbeng lagi...kos membeli buku lagi, kos duit letrik terbazir sebab aku taip entri dalam bilik tapi TV dan kipas kat hall takde reti aku nak switch off. Haha. Jadi ini bukan entri pujuk rayu. Aku cuma nak rekemen sesuatu yang aku rasa bagus untuk kita share sajork.


Siapa yang berminat, bolehlah berkejaran ke Popular Bookstore yang terhampir kepada dua tempat perpuluhan sekarang jugak.


Zaasss!





P/S: Mahu masak Ikan Kembung masam manis dan Salad Telur Hancur guna resepi dalam buku. Hehe.

Thursday, December 30, 2010

PROSEDUR BUAT KAD NIKAH NEGERI SELANGOR

Okey, hari ini mood baik sikit, jadi nak buat pahala sikitlah untuk pembaca-pembaca sekalian. Heh.


Entri hari ni boleh dikatakan berguna buat Bride to be dan juga mantan bride sekalian...iaitu....PROSEDUR NAK BUAT KAD NIKAH. *hehe..kat tajuk pun dah habaq awai dah*


Ohh..berkenaan dengan entri lepas yang umur aku tentiba melambung jadi 42 tahun tu, aku lantakkan aje kat situ. Tak de masa dah aku nak patah balik ke Kajang nun betulkan segala, jadi aku proceed je buat kad nikah dengan berumurkan 42 tahun. Gila makcik-makcik. Huhu.


Okey, berbalik pada tajuk kita hari ni...mungkin ada yang masih konpius-konpius camne nak setelkan urusan nikah-nikah ni lepas kawen. Yela...selalunya lepas kawen ni mood happy manjang..rasa malas dah nak pikir hal-hal dokumen-dokumen nikah ni dah..serupa aku. 6 bulan kemudian baru hegeh nak pegi setel. Haha.


So kat sini meh aku tepek skit kekdah-kekdah yang patut kita buat lepas je dia terima nikahnya. Ohh lupa, kekdah kat bawah ni khusus buat pengantin-pengantin yang menikah kat Selangor. Untuk negeri-negeri lain rasanya prosedur tak jauh beza. Dua kali lima jugak.


1. Lepas je akad nikah, jurunikah akan berikan satu sijil nikah sementara kat suami. Itu adalah lesen L kamu berdua. Eloklah kiranya fotostat sebanyak 2 helai. 1 kamu simpan, 1 suami simpan, yang asal tu simpan la kat tempat yang selamat. Jangan sesekali tak bawak lesen L ni bila keman-mana terutama bila check in hotel. Datang pak haji pakai serban seramai 4 orang naya je kamu. Huhu.

2. Lepas balik dari hanimunan segala..pergilah terjah semula Pejabat Agama Daerah masing-masing. Senang cakap pergi Pejabat Agama kat mana isteri setelkan hal borang nikah beliau hari tu.

Nak buat apa pergi semula??


Untuk tuntut sijil nikah yang betul. Sijil nikah ni ada dua. satu untuk suami, satu untuk isteri. Masing-masing boleh ambil sendiri punya sahaja. Tak boleh nak wakil-wakil. Macam kes aku, suami tak dapat balik KL hari tu, jadi aku ambil aku punya saja. Yang suami punya masih elok di marinate kat PAID nun.

Tiada sebarang bayaran dikenakan sebab kita dah bayar siap-siap masa akad nikah dulu.



3. Lepas dah dapat sijil nikah, semak dulu setiap maklumat yang ada sebelum balik. Takut-takut jadi macam aku, umur terus jadik 42 tahun. Huh..Kalau ada yang silap, bolehlah cepat-cepat inform balik kat pegawai PAID tu, kalau semuanya okey..jom chalo betey!



4. Bila ada masa terluang, bolehlah pergi zaass ke Shah Alam untuk buat Kad Nikah pulak. Senang kalau ada kad ni,,tak payah lagi nak kelepet-kelepet salinan sijil nikah sampai lipat 8..pastu selit-selit dalam wallet sampai kembung. Leceh.


Jadi macam mana nak buat Kad Nikah ni??


Senang..Nak buat kad nikah ni tak perlu ada dua-dua suami dan isteri pun takpe. Salah seorang saja pun dah cukup.


- pergi kedai gambar, ambil gambar berukuran i/c (1 gambar suami, satu gambar isteri. Kalau kat Selangor, suami tak wajib bersongkok tapi ISTERI WAJIB BERTUDUNG)

- Fotostat depan belakang 1 salinan sijil nikah yang betul. Nak selamat, bawa sekali sijil yang asal.


- Terus ke JAIS kat Shah Alam. JAIS ni terletak kat Bangunan Sultan Idris Shah, betul-betul sebelah Masjid Shah Alam yang cantik tu. Nak senang meh aku tepek alamatnya.

Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 4, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK
Shah Alam
No tel: 0355143463/3478


Sebelum naik tingkat 4, tinggalkan i/c kat kaunter pelawat di tingkat bawah Menara Utara *menara selatan dan utara ni sebelah-sebelah jek* untuk dapatkan pas. Pas ni kita akan guna untuk swap kat pintu masuk Bahagian Perundangan Keluarga tu nanti. Kalau takde pas..tak boleh masuklah jawabnya.


Pastu terus ke tingkat 4 Menara Selatan. Terus ke kaunter bagitahu nak buat kad nikah. Nanti diorang akan bagi satu slip form, isi.

Pastu buat pembayaran sebanyak RM40 untuk dua keping kad. Bayar kat situ jugak. Sebelum-sebelum ni kaunter pembayaran kat Tingkat 9 Menara Utara, tapi sekarang dah ditukar. Permohonan kad dan pembayaran di kaunter yang sama. Senang.

Pastu bagilah slip form tadi, salinan sijil nikah, dan gambar kamu laki bini.


Tunggu sekejap untuk dapatkan resit pembayaran...dan selesai.


Kad akan siap dalam masa 5 hari bekerja. Better call dulu sebelum pergi ambil kad.


Kad kamu akan lebih kurang ini. Ini contoh sajork.




Sekian. Terima Kasih

Tuesday, December 28, 2010

UMUR MENINGKAT MENDADAK SELEPAS NIKAH



Pada suatu hari yang cerah..aku gagahkan kaki untuk ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat kat Kajang nun untuk menuntut sijil nikah aku yang dah terperam terperap ter marinate lama kat sana. Dalam hati ni neves jugak takut-takut kena "kompang" dek pegawai sana gara-gara lambat nau nak ambilnya. Yelah...dah lebih 6 bulan. Kalau kat U nun dah abis dah satu semester. Huhu.

Tapi neves tak neves kena jugak pergi ambil. Maka pergilah aku..ambil nombor giliran, tunggu barang 5 minit, sampai turn terus habaq pi kata nak ambil sijil nikah.

Habis..


Sekian..



















Eh eh silap, ada sambungan lagi.

Sijil nikah dah ambil, maknanya selesai satu perkara. Lepas ni boleh pegi buat kad nikah pulak. Sampai hari yang dinanti, aku pun chalo la ke Shah Alam nak buat kad nikah kat MAIS. On the way nak ke sana tu hati ni tergerak nak tengok semula sijil nikah aku tu. Apa ceritalah agaknya, hari tu lepas-lepas ambil terus simpan masuk dalam fail jek.



Aku pun bacalah satu-satu info dalam sijil tu.


Nama suami.....yes betul, bukan kawen dengan orang lain.

Nama aku pun..yes correct. Laki aku tak kawen dengan salah orang.

No i/c pun tiada kesalahan..dua-dua pun betul *walaupun aku bukannya hafal sangat nombor i/c suami..buat-buat betul je la.haha*


Tentiba...


Mata tertumpu kat satu ruang..








Erk?


Biar betul??


Tengok sekali lagi...ishhh..benaran???



Konpius aku..


Kamu tengoklah sendiri..maklumat tu betul ke tak..














Tuuu....kat bahagian umur tu.



42 tahun???!


Hurm.....*sambil buat jari bentuk V kat bawah dagu*



Monday, December 27, 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010...*hopefully*

Oiii semua orang kampung!!

Malaysia menang bola oiii!!

3 - 0 oiiii!


Mari kita bergumbira lalalala..



Haha..


Eksaited aku tengok bola semalam. Menjerit bersorak sampai nak terkeluar anak tekak.


Errr tapi kat rumah je la. Nak pegi stadium tiket tak ado. Huhu..


Tak sabar nak tunggu Rabu ni..2nd half of final.


Hoyehhhhh!



Friday, December 24, 2010

GAMBAR KAWEN DAH lama SIAP!

Kalau ada makanan yang dah terbiar selama kurang lebih 7 bulan, agak-agak kamu mahu makan lagi tak??

Of course la a big no no kan?

Tapi hari ni aku nak tepek benda basi...berusia lebih dari 6 bulan. Boleh dikategorikan sebagai perkasam. Jadi, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke muka belog. Baru puas hati. Heh

Maka dengan ini, tataplah wajah gedik bajet ayu kontrol hensem pengantin lama ini.


Err kalau ada rasa nak memual ke terloya ke...baldi merah ada kat tepi. Huhu.

Silakan..silakan...


Ini muka depan storybook. Menyampah pulak aku tengok pompuan gedik cium-cium suami sendiri tengah taman tasik. Haha..

Ini pulak gambar-gambar masa majlis akad nikah. Omaigod! Memang tak syak lagi yang aku memang cun.................................hanya selepas ditepek bedak 7 lapisan ozon, dan di edit guna potoshop. Natural beauty??? Heh..sila tanya laki den.






Majlis sanding..Aku memang tak nampak apa dah hari ni. Mata dok kedip-kedip sampai tak kenal tetamu dah. Mulut je maintain senyum sampai keras bibir. Itu yang senyum renyih semua sama jek. Bibir dah keras katanyaa...haha






Sesi bergambar di luar pintu. Memang letih gila dah time ni. Tapi cer tengok wajahku, ada rupa letih?? Takde kan...al-maklumlah..nest top model, musti kena pandai cover letih. Haha..Pengsann!




Dan habis......

Sekian.

Nak baca lebih banyak cerita tentang kawen-kawen aku, sila kelik sini dan sini..

Thursday, December 23, 2010

JUMPA ARTIS HEBAT DI IKEA * ceaaaa *

Semalam pegi IKEA. Sorga sungguh. Memang dah lama mengidam nak ke IKEA ni.

Jadi sampai je sana terus pegi keluarkan duit dengan banyaknya. Bajet nak beli banyak barang la konon. Nampak beg shopping besar kaler kuning tu, terus hangkut sangkut kat bahu. Penat sangkut kat bahu, aku seret atas lantai pulak.


Banyak benau benda yang aku rasa nak beli. Tapi memandangkan aku ni nak bawak balik segala benda tu ke Labuan, maka segala benda perlu dipertimbang termasukla berat setiap barang yang nak dibeli dan juga berat duit yang perlu dibayar. Aku sedar aku balik KL ni bukan semata-mata nak kayakan tokey IKEA semata. Banyak lagi tokey-tokey perniagaan yang aku nak kasi upgrade pendapatan mereka bulan ini. Haha.



tengok..berus jamban pun nak beli. Macamlah kat Labuan takde jual berus jamban. Haih!






Bila beg kuning dah makin penuh, maka jalan yang harus dituju adalah kaunter pembayaran. Yang tak menyangkanya on the way nak ke kaunter tu aku ternampak satu hamba Allah ni.





Dalam hati..





"ehhh macam kenal la mamat ni..."








Ah kau..mentang-mentang suami takde kat sisi tentiba je macam kenal lelaki-lelaki lain. Dasar! Haha.








Opp nanti dulu..nanti dulu..tak abis story lagi.








Dalam dok aku dok rewind memori cepat-cepat tu terus aku terpandang seorang wanita ayu bersopan santun memakai tudung dibelakang lelaki tadi. Dan terus aku tanpa segan silu dan ragu-ragunya merenyih lebar sambil mengeluarkan dialog..


" adakah ini Shalin????"





Dengan nada yang agak kuat..Mungkin boleh kedengaran dalam jarak 10 meter ke depan. Haha.

Nasib baik wanita tersebut tersenyum sambil menghulurkan tangan. Maknanya betullah itu adalah Shalin. Kalau salah..memang al-malu al-mana nak letak mukalah aku kat situ. Haha. Jadinya betullah..lelaki yang aku macam kenal tadi tu adalah suami Shalin. Sah-sah la aku kenal sebab suami beliau pun selalu buat kemunculan ekslusif dalam belog Shalin ni.

Memang tak sangka boleh jumpa member belog kat IKEA. Terus feeling glamer. Haha. Siapa-siapa yang nak kenal Shalin dengan lebih dekat, bolehlah terus ke www dot shalin zulkipli dot com. Panggg!!! Meraban nombor lapan ye kau!





Klik sini kalau nak ke belog Shalin.








Klik here.

Tuesday, December 21, 2010

KL MENJERIT. AHAKS!

Ini adalah entri auto publish.

Ketika kamu baca entri ini, aku Insyaallah sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur tanah air ku. Yeeeehhaaa!


Sorganya dapat jejak kaki ke KL semula. Tapi mengenangkan sang suami ketinggalan di Labuan, sayu pulak hati. Subuh tadi pun dah cengeng-cengeng menghantar beliau ke muka pintu pegi kerja. Nak cebik-cebik mengalahkan nak pergi Haji. Huh..


Tapi takpela, since incik suami bagi keizinan penuh, doa restu tak putus-putus untuk aku pulang ke KL, jadi aku rasa seronok jugak. Beliau siap dah bagi lampu hijau awal untuk aku pergi ke maaaanaaaaa saja aku nak pergi kat KL nanti. Yes!


Agenda seminggu ni memang banyak. Musti aku bizi. Aku nak amik gambar kawen, dah siap terperam lama dah kat umah OP, nak amik sijil nikah, buat kad nikah *selama ni kami bergantung pada Lesen L jek, kalau kena terjah dengan JAWI sini mampuih. Haha.


Lagi nak ke mana ek..ohhh mahu ke IKEA, ke Uptown Danau Kota, mahu tengok wayang secara marathon *serius Labuan takde panggung wayang*, cerita DUA ALAM ada tayang lagi tak? ekekekeke..


Mana lagi nak pergi ye? Banyak tempat nak pergi ni. Kalau sesiapa orang KL orang Ampang yang terserempak dengan aku nanti tegur-tegur lah. Ahaks! Bajet terkenal.


Hmmm ada satu benda lagi nak bagitau. Aku tak bawak laptop aku balik. Berokbeng pun aku tinggalkan kat incik suami untuk dipelihara. Jadi kalau takde bahan bacaan baru nak baca selama seminggu ni hampun la ye..korek-korek lah entri lama buat mengisi masa terluang.



Membaca kan jambatan ilmu.


=)

AKU DARI KACA MATA SUAMI *errr tapi beliau tak pakai cermin mata*


Baru aku perasan yang aku selalu bagi bayangan, membayangkan, memberi bayang-bayang incik suami ke kamu-kamu semua. Incik suami aku gitulah, ginilah, bla bla bla tak sudah. Nampak nau aku ni pengkomen terbaik abad ini. Haha.

Tapi kali ni aku dapatkan sedikit review dari incik suami mengenai aku pulak.


Bak kata tajuk kat atas nun..camnelah rupa aku dari kaca mata suami...


Hurm..


Neves pulak nak tahu kan...






jeng jeng jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Gemuk . Bulat . suka pakai skirt pendek *ntah bila ntah* . cacat jari kaki mahupun tangan *ceh* . bibir bak Angelina Jolie *woot wooot* . muka patsegi iras biskut kraker .


Paling tak boleh blah...



BUNCIT!


Sekian.

Sunday, December 19, 2010

AHAD MEMANG SINONIM DENGAN CUTI...ERR JUGA MELODI.

Hari ni Ahad kan kan??

Ahad yang best...hari cuti *padahal memang sekarang pun hari-hari cuti*, ada Melodi kat TV, ada cerita hindustan bersiri-siri, ada sang suami di sisi.yang paling best kalau hari ni ahad bersamaan dengan 19 Disember maka dengan ini diumumkan ESOK GAJI!!



Wakakaka! *kecoh!*


Hari gaji pun nak kecoh la kau ni Yong...berjuta liun lagi orang gaji esok..okey jek..maintain water cooler gitu. Huh.


Dan kalau hari ni Ahad...maknanya lusa...ya L.U.S.A aku akan terbangggg pulang ke KL!!


Double yeay a.k.a double kecoh. Haha.

Uishh bestnya nak balik kampung halaman. 3 bulan duduk berteleku kat Labuan ni memang la tak bape best. Jadi best pun sebab ada incik suami kat tepi dan juga ada gaji. Itu je sebab jadi best. Haha. Tapi lusa aku dapat balik KL..balik Ampang yooo! Hohoho teruja teruja.


Tapi yang tak bape bestnya *ah kau ni ada je yang tak best antara yang best* aku pulang seekor diri. Incik suami tak dapat join sekaki...tak dapek cuti. Sob sob sob...Berat wei hati nak tinggal suami 7 hari. Aritu pegi Kundasang 5 hari pun dah gedik-gedik kaki nak balik, ini 7 hari..uishh memang makan hati.


Sabarlah ye wahai incik suami. I pergi tak lama *ceaa tentiba ber i i pulak dengan suami sendiri*. Nanti I balik Labuan bawak kan ole-ole kegemaran u ya.


Kata mahu jam tangan Casio PRG 130 yang bernilai RM700 tu...


WHAT???


RM700??!


Err tak jadi beli.


heh.

Saturday, December 18, 2010

RASA BAHU DAH SENGET SEBELAH MENANGGUNG BEBAN.

Pejam celik pejam celik cuti sekolah cuma berbaki 2 minggu je lagi. Cepat betul. Rasa macam tak puas lagi aku berjola-joli berjimba di rumah, bangun tido lewat, duduk kat sofa tengok TV memanjang sampai rasa macam vontot dah kena paku kat situ. Huh memang belum puas.


2 minggu lagi. Berhadapanlah aku dengan cabaran besar tahun depan. Kata aku ni cikgu baru posting, jadi pergi balik sekolah selama 2 bulan sebelum ni macam tak dikira sangat. Nama pun itu orientasi. Jadi tak kira. Tapi mulai tahun depan baru kira. Aku pun dah diberi beberapa tugas dan tangungjawab yang boleh tahan mencabar jiwa dan raga. Memang boleh pengsan 3 minit bila tahu aku dapat tugas-tugas ini.


Tugas apa??


Okey kita mula dengan yang paling ringan ye.



1. Guru Kelab Pengguna.

Ini aku rasa takde masalah besar. Aku tengok Kelab Pengguna pun selalu muncul sebagai kelab teraktif sepanjang tahun. I loikeee! Cuma aku belum dapat input lagi apa aktiviti Kelab Pengguna kat sekolah aku ni. I'll check it out.


2. AJK Buku Pengurusan Sekolah.

Hmm..silap ni. Patutnya yang ni duduk atas sekali sebab tugas ni paling ringannnn sekali. Tugas aku cuma datang sekolah waktu awal-awal cuti aritu, duduk depan komputer copy paste mana yang patut, edit-edit sikit, buat selama 2 minggu dan siap! Memang dah siap dah pun buku pengurusan ni. Jadi tugas ni dah setel. No need to worry anymore *perghhh ber BI pulak kau*


3. Guru Penasihat Pandu Puteri dan Renjer

Yess! Ini aku memang suka. Ini memang aku yang mahu. Bagusnya sekolah aku ni sebab cikgu-cikgu diberi pilihan untuk tentukan unit uniform/persatuan/sukan mana yang mereka nak join. Kalau unit persatuan yang dipilih tu dah penuh or whatsoever, barulah kita akan diberi pilihan yang lain. Jadi aku memang pilih Pandu Puteri dan aku dapat Pandu Puteri. Yeay!! Bolehlah pakai uniform Pandu Puteri lagi sambil nyanyi lagu " laici kang semangkuk dua kupang" atau pun lagu "kodok ngorok rukutuk rukutuk". Hahaha!



4. Guru Matapelajaran Kemahiran Hidup ERT Tingkatan 1.

Fuh..cikgu KH rupanya aku next year. Redha je la. Walaupun opsyen aku masa di UPSI dulu adalah Perdagangan, degree aku masa kat UiTM pulak adalah Perakaunan, tentiba dapat mengajar KH. sedikit larian 100 meter di situ. Tapi takpe, kata aku guru bitara, sentiasa bersedia. Ceh!

Takde masalah untuk ajar KH. Walaupun aku ni menjahit pun boleh patah jarum, tapi aku dah ada sedikit skil memasak. Jadi aku tak khuatir lagi di situ. Heh. Aku akan didik anak murid sampai boleh dapat A setiap kali exam walaupun harapan adalah agak tipis sebab aku dapat kelas 4 yang terkebelakang dalam seluruh tingkatan. Huh. Memang cabaran.


5. Guru Matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1

Ini aku suka. Tapi jawatan ni macam belum confirm sangat sebab aku belum dapat hitam putihnya. Kelas mana aku kena ngajar, berapa waktu seminggu semua aku tak tahu lagi. Cuma Ketua Panitia memang ada bagitau aku yang aku kena mengajar BM lagi tahun depan untuk Tingkatan 1. Takde hal la...aku memang peminat tegar BM sedari dulu. Tengoklah hasilnya, siap ada belog lagi sekarang buat latihan mengarang. Hahaha!


6. Guru Kelas 1 Lavandulla

Wow! Dapat pegang kelas la tahun depan. Errr best sangat ke dapat pegang kelas? Siap ber wow wow segala. Emosi terlebih. Huhu. Tapi bagi aku dapat pegang kelas memang pengalaman yang bagus. Kita dapat kenal budak-budak dengan lebih dekat. Aku suka tu. Tapi al-malangnya aku dapat 1 Lavandulla. Kamu tahu Lavandulla tu kelas hapa?? Itu adalah kelas paling corotttttttt sekali dalam tingkatan. Kalau setakat corot akademik takpe lagi. Boleh diajar. Unfortunately, mereka ini biasanya corot serba serbi. Kelas 1 Lavandulla tahun ini je pun boleh buat aku jadi bingai. Boleh baca entri ini kalau nak tahu pengalaman aku pertama kali masuk kelas 1 Lavandulla dulu. Harapnya, budak-budak 1 Lavandulla tahun depan adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Hoh..neves nak tunggu 3 Januari.


Dan tugas aku yang paling besar paling biggest tahun depan adalah ini.


Jeng jeng jeng...






















7. GURU DISIPLIN!!

Pergh! Tak agak! Aku tahu badan aku memang dah sedia ada memenuhi piawaian. Tambah lagi recommendation dari guru-guru lain yang mengatakan aku memang sesuai.



Macam nak terhenti jantung bila dengar Penolong Kanan HEM bagitau kat aku..


" Wan, awak ni cikgu garang..jadi saya bagi awak jadi guru kelas 1 Lavandulla dengan guru disiplin ye."


Baik kak...saya yang menurut perintah.



What??? Garang???


eiiii...tak sesuaii tau. Aku ni punya selama ni kontrol lemah lembut, dalam belog pun dialog ayu-ayu je semua..Tak sesuaiiii tauu. *PANGGG!*


Ye ye..aku memang garang.. sebab tu laki aku sampai isytihar beliau adalah penyu. Sekian

Friday, December 17, 2010

INCIK SUAMI DAPAT TAWARAN BERLAKON MR. MAMA MUSIM BARU.



Aku tak pasti aku tido mimpi apa semalam. Mimpi indah gamaknya. Bukan apa, bangun tido pagi tadi tengok kain baju dah sedia berpusing dalam mesin basuh. Siapa yang basuh?? Ohhh...suami peliharaan rupanya. Sengih panjang la aku. Kurang beban satu kerja.


Tengah hari sikit, incik suami ajak *err sebenarnya aku yang beria nak ikut.haha* pegi pasar raya..nak beli barang dapur sikit. Aku pun capai tudung terus...vrooommm ke kedai. Incik suami capai bakul..pastu satu-satu barang dia masuk dalam bakul. Aku tengok jek, diam. Tak mau banyak cakap. Nampak macam hari ni incik suami mahu ambil alih tugas suri rumah tangga..jadi relakan saja. *padahal memang gumbira pong*



Balik rumah..santai-santai kejap sebelum tentiba beliau utarakan dialog begini..


"hari ni boleh tak kalau abang nak masak untuk ayang???"



Erkk?!


Benarkah???? Sambil lempang pipi sendiri takut ini adalah mimpi. *overrr!*




Ohhh memang indah rasanya mendapat layanan di raja pada hari Jumaat yang mulia ini. Heh.








p/s: incik suami pesan, jangan masuk ke dapur selagi dia tak siap memasak. Takut hilang konsentrasi katanyaaa....aicehh bajet peserta Master Chef. Paling koman pun boleh lah berlakon siri Mr. Mama musim baru. Huhu

Thursday, December 16, 2010

ASAL USUL YONGNANA1881...*lepas ni jangan tanya lagi.heh*



- Yongnana1881 -


Nama yang seakan misteri. Ceaa bajet hebat. Tapi memang ramai yang bertanya kat aku soalan-soalan padu begini..


" Wan, nape kau bubuh nama belog kau 'Yongnana'. Yongnana tu apa?"

"Wan, Yong tu apa? Singkatan bagi payung ke? Tahu lah kau ni besar..ibarat payung yang memayungi."

Heh.

Itu soalan yang kira aras rendah lagi tu. Masih boleh aku jawab tanpa mengulangkaji pelajaran. Tapi bila orang tanya soalan maut yang satu ini....


" Errr...kenapa ada 1881?? Kamu ni lahir tahun 1981 ke? Besday kau 1.8.1981 eh?? "

" Wan...1881 tu nombor kad pengenalan kau ek?"


Errk?!

Garu kepala jugak aku nak menjawab. Mungkin kamu-kamu pun ada yang asik bertanya dalam hati..apakehey la si Yongnana ni nak bubuh nombor-nombor bagai kat nama dia..dah macam kereta, ada plat number. Heh.


Jadi hari ni, meh la aku reveal kan asal usul kejadian nombor 4 angka yang selalu aku usung sana mari tu.


Segalanya bermula dengan ini..


klik untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna


Sebelum apa-apa..kenalkan, yang berdiri nombor 7 dari kiri, berbaju gaun merah pink, berkulit hitam si tampuk manggis, berambut lurus bagai memakai helmet....heh, itulah aku ye. Kenalkan..kenalkan.


Yep. Ini keratan akhbar tahun berapa ntah..1990-an gitu. Aku ada kat kampung belah mak time tu. Tentiba ada 2 orang *ke 3 ntah* lelaki datang rumah tok. Sorang datang bawak kamera ala-ala DSLR, sorang lagi datang bawak pen dan kertas. Heh..yo yo je kau. Macam ingatan tu kuat sangat. Percaya je la yee...


Aku time tu kecik *tapi badan besar*, jadi aku tak bape paham sangat tujuan lelaki-lelaki tu datang. Adakah mahu masuk meminang?? Ohh..tidakk. Mereka berborak-borak dengan pakcik makcik, dengan Tok dan Pah *dah arwah dah sekarang*..gedebak gedebuk bagai, tiba-tiba semua ahli kelurga dipanggil keluar untuk sesi bergambar.

Aku yang terpinga-pinga ni ikut je la arahan. Kereta masing-masing disusun elok-elok, pastu kami yang manusia-manusia ni pulak kena susun. Pastu dapat arahan suruh buat-buat melambai gitu. Konon nak bagi mood ceria la tu. Tapi cuba kamu tengok rupa aku..ada ceria?? Huh..aku memang tak reti bergambar..apalagi nak kategori fotogenik..fotogedik. Never! Eh tetiba emosi.

Jadi silalah baca karangan panjang berjela yang abang wartawan tu dan buat. Itulah cerita kenapa aku sibuk duk kepit 1881 sepanjang hidup ni.

Kesimpulannya..

'Yong' adalah singkatan bagi along @ long @ anak perempuan sulung bagi orang Perak.

'Nana' adalah nama konon-konon manja untuk aku masa kecik dulu sebelum dapat adik. Bila dapat adik..terus upgrade nama jadi Yong. Jadi aku merge kan nama-nama aku tu jadilah Yongnana. Heh.

'1881' tu....errr kamu bacalah sendiri karangan SPM di atas.


Itulah alkisahnya.....


Tapi jangan risau, ini tak perlu hafal. Tak masuk dalam UPSR, PMR, SPM, STPM, PTK, M-TEST dan segala bagai peperiksaan penting yang ada di Malaysia.


Sekian.






p/s: bila duduk kat Labuan ni, aku risau aku tak dapat nak amik plat kereta 1881 sebab kat sini plat kereta berjalan amatlah slowly...nak abiskan plat LD saja makan 2 tahun. Bilalah LE 1881 nak keluar....................haih!


Wednesday, December 15, 2010

KERETA MURAH UNTUK DIBELI



Aku memang makan hati betul tinggal kat Labuan ni. Tiap saat tiap detik asik makan dalam jek. Mana taknya...aku toleh je kanan...


Zzzupppp!

Vios lalu..


Toleh kiri pulak..

Perghhh Honda City kot...

Telan air liur.

Paling tak boleh blah bila depan mata dengan kacak bergayanya.....Civic pulak berdesup.

Woo wooo wooo!

Ini memang menimbulkan kejelesan melampau. Memang syurga bagi penggemar kereta kalau tinggal di Labuan ni. Orang yang duduk kat rumah kayu sikit lagi nak roboh pun sudah ada kereta. Kereta tak nak canggih pulak. Paling tidak bukan kancil la yang berada di laman rumah.

Aku? Bila pulak nak ada kereta ni??

Adoi..itulah yang merunsingkan ni. Aku bukan takmau beli...nak beli.Dah ada kat showroom dah pun. Tinggal nak bawak keluar jek.

Bila?

Heh. Tentiba rasa nak nyanyi lagu Mila..bila cinta? Mila..Bila cinta? Lalala....*lempangg!*

Okey serius sekarang.

Aku nekad Insyaallah by tahun depan *bape hari je pun nak tahun depan dah.hehe* aku nak rembat sebijik kereta kat Labuan ni. Plat number idaman..LE 1881. Perghh!

Aku pun dah mula survey-survey dah. Kalau ikutkan nak jek aku booking kereta ini sekarang.


sumber: honda.com.my

Walaweii...Civic kot. Memang bernafsu sungguh aku. Civic kaler putih. Huishh..tak boleh tahan. Harga pun takdelah mahal mana...*ceaaa bajet kaya*, dalam 90k. Bulan-bulan adalah dalam RM900. Rasa macam okey jugak ni. EPW pun ada dalam RM930..Lepas la bayar duit kete. Hahah.


Pengsan!!

Kalau aku amik Civic ni nampaknya memang aku laki bini kena berumahtangga dalam kereta je la. Tak payah sewa rumah. Kau gila nak abiskan dekat RM1000 duit gaji untuk kereta jek? Oh tidak!


So..nexttttt.

sumber: honda.com.my

Jazz.

Jazz ni kalau lalu depan mata aku memang terteleng-teleng kepala aku dibuatnya. Terpegun kot. AKu suka design Jazz ni. Comel. Pastu aku pun mulalah berangan, siap buat kira-kira lagi berapa aku nak kena bayar kalau aku amik Jazz ni. Huh.

Tapi satu hari tu aku ada curi-curi hendap interior Jazz siapa ntah, adeh...sempitlah wei. Aku risau vontot aku ni sendiri pun tak muat nak duduk kat seat tu. Haha. Tipu gila. Tapi betullah, bagi aku Jazz ni agak sempit sikit. Sedikit tak berbaloi dengan bayar RM700+ sebulan tu. Jadi reject. Heh.


Seterusnya..

sumber: honda.com.my

Honda City.

Hmm..City ni amat affordable. Design pun boleh tahan menawan, harga pun memang da boom la kat sini. Jimat minyak lagi. Terus buat aku letak Honda City antara the final two pilihan aku. Hehe.

Murah tau City kat sini..dalam RM58k camtu. Bulanan RM618. Aku dah kira dah. Memang okeylah untuk minah kedekut macam aku ni.haha.


Ada satu lagi kereta yang jadi the final two aku.

Ini.

sumber: google images

Vios memang paling murahlah dalam banyak-banyak kereta aku mention tadi. Kalau agak-agak duit tak bape nak ada..tapi nak jugak pakai kereta luar, hmm Vios la saranan aku. Bulan-bulan dalam RM500++ jek. Sampai kadang aku rasa orang kat Labuan macam tak pandang dah Vios..kira dah macam kereta cikai-cikai je kat sini. Wahhh mulut kau pedas ye Yongnana...hehe hampun CEO Toyota.

Tapi bagi aku Vios ni cantik. Murah lagi. Jadi sebab tu aku letak Vios ni sebagai final two aku.


Antara City dan Vios..


Manakah yang akan jadi pilihan kalbu??


Jeng jeng jeng....






Tentiba nanti aku pakai kereta ini jek.



Tak salah kan?? =)

Monday, December 13, 2010

SURAT PENTING BUAT SUAMI......KU



Berkali-kali aku cuba dail nombor fon dia tapi tak dapat. Langsung takde sebarang bunyi. Bunyi "Tuuuttt" pun tidak. Apa lagi nak berdering. Caller ringtones lagilah takde sebab dia memang takde langgan. Aku cuba guna kekdah remaja zaman sekarang pulak..guna SMS. Taip panjang-panjang..bila tekan butang "send"...huh, kedaung perginya. Tak sampai. No coverage katanya. Mungkin kabel belum cukup tinggi kat Labuan ni.


Jadi takpelah..sendiri pilih nak duduk di pulau ni, maka pasrahlah. Cubaan untuk menghubungi laki sendiri gagal nampaknya malam ni. Call tak dapat, sms pun cannot go. Pusing kepala aku. Sudahlah aku ada benda penting nak bagitau ni. Tak boleh tidak. Mesti kena habaq pi kat dia.


Jadi sudahnya aku terpaksa guna kekdah ini. Kekdah yang sedikit kuno, amik masa agak panjang untuk sampaikan mesej tapi mungkin paling meninggalkan kesan. Yang penting dia harus tahu hal ini. Penting!



Aku mulakan dengan menulis front page dulu. Ini kira macam alamat la. Tapi sebab dah memang tinggal serumah, tak de kuasa aku nak tulis alamat rumah sendiri panjang-panjang kat muka depan. Jadi tulis yang ringkas, tapi padat sudah.




Kemudian teruskan dengan menulis mesej yang penting amat-amat penting tadi. Jangan ada tertinggal satu butir perkara pun. Tulis kesemuanya. Biar dia tahu. Heh.



Heh. See? Maklumat pentingkan itu?? Sangattttt....



Dan last sekali..poskan.

Tapi adakah logik aku pegi masukkan surat penting ni dalam peti surat? Siap letak setem bagai?? Oh tidakk..pembaziran itu. Guna alternatif lain selain peti surat. Lagipun peti surat tu tak selamat. Mudah diceroboh lanun-lanun tak berhati perut *apakah???*.

Jadi aku dengan ini mengambil keputusan untuk mengeposkan surat ini ke....................



sini.




Laci seluar beliau. Lebih selamat.


Jadi kita tunggu dia pulang esok pagi dan membuka "peti surat" beliau ni.


Apa agaknya reaksi, persepsi, konklusi, pepsi, nasi dan segala bagai si si si yang akan beliau berikan.


Yang penting..maklumat dah disampaikan.


Mission accomplished!

MAK DAH PESAN..NAK MAKAN BACA BISMILLAH.BARULAH TAK TERMAKAN &*%$ SENDIRI..

Malam tadi tido atas toto depan TV saja. Niat hati nak teman incik suami menonton bola..katanya Chealsea *ntah btol ke tak ejaan ni* lawan. Lawan apa ntah..susah nau aku nak pronounce..Tottenham? Totthem? Ahh lantaklah. Aku memang fail sikit bab-bab bola omputih ni. Jadi berkubanglah aku depan TV sampai ke pagi.


Subuh-subuh hari, bangun..siapkan incik suami pegi keje. Mandikan..pakaikan seluar kecik..pakaikan selur besar..pakaikan baju bla bla bla...sikat rambut..taruk minyak rambut sikit bagi extra hensem..bla bla bla...hantar incik suami ke muka pintu sambil melambai ala-ala miss universe langsung melayangkan kad merah sekeping...haha..tipu. Tentulah layangkan ciuman terbang. Haha geli!


Bila dah seekor diri di rumah, mulalah bosan. Layan astro...huh, kenapa semua cerita tak best ni?? Tengok jam, ohh baru jam 7.30 pagi. Patutlah....


Tekan-tekan remote lagi dengan harapan jumpa chanel menarik tapi hampa. Tetiba perut menjadi lapar secara otomatik. Terus ke dapur, bukak peti ais. Lepas berfikir selama 8 saat, aku buat keputusan untuk menggoreng nasik yang berlambak lebih semalam. Semalam aku merajuk dengan incik suami..jadi aku mogok lapar. Jadi nasik banyak berlebih.


Ketang ketung tukang ketung di dapur..


Siaplah nasi goreng.


Dengan lahapnya terus makan.


Sedap. Boleh kata ini adalah nasi goreng tersedap yang pernah aku buat. *ceeaaaa.memuji ke langit*


Tanpa malu dan segan terus menambah sepinggan lagi. *kauu!! Lapar betul!*


Ngap ngap ngap ngap....burppp!


Alhamdulillah kenyang..


Tentiba baru aku teringat satu perkara.




Alamak!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU BELUM GOSOK GIGI LAGI!!





Coii!


Rasa nak meloya bila teringat aku makan taik gigi sendiri!





Friday, December 10, 2010

CERITA MALAM JUMAAT YANG DOT DOT DOT...


Semalam adalah malam Jumaat.

Malam penuh dengan pahala.

Hehe..Mula nak pikir ke lain la tu. Tak payahlah..entri kali ni memang takde kena mengena dengan perkara-perkara sunat yang selalu orang buat pada malam Jumaat. Jadi tak payah nak sengih-sengih kambing di situ.


Ini cerita tentang ayam goreng.

Apa pulak kena mengena ayam goreng dengan malam Jumaat??


Ni nak habaq mai la ni..


Malam semalam...tengah best-best kami laki bini cari tiun nak tidur, jam pun dah tunjuk pukul 12.00 malam. Memang selayaknya la kami bertiduran.


Tapi.....tentiba incik suami bukak satu topik. Dengan suara yang manja meow-meow *sesuai la dengan MJ kan.haha*, beliau cakap gini..


" ayangg...ayam goreng yang ayang masak semalam sedapppp sangat. Tapi kan...tapi kan....*banyak tapinya di sini. Aku je tak larat nak taip*.....abang rasa isi ayam tu macam tak cukup masak lah yang..."


Terus aku tertoleh ke dia.


Heh? Tak cukup masak? Tapi aku tengok tiga pat ketul jugak masuk dalam perut dia semalam. Tak puas hati pulak aku. Tapi sebab incik suami menegur dan mengkritik dengan cara berhemah, maka aku cool la dulu kan. Kita dengar apa kata surveyyy!. Heh.


Jadi aku pun tanyalah apa kekdah-kekdah lebih baik untuk menggoreng ayam supaya jadi lebih sedap..lebih sedap dari ayam goreng KEI EP SI.


Maka di situ jugaklah incik suami keluarkan habis semua teori meori yang beliau ada tentang menggoreng ayam selama hidup 25 tahun ni. Serius macam lawak gila boleh sembang tentang ayam goreng atas katil di malam Jumaat. Haha.


Tapi kalau setakat bagi teori je apa cerita kan? Kalau terrer tunjuklah demo sekali. Barulah handalan kan? Lelaki...biasalah..pantang kena cabar kan? Terus beliau ke dapur capai kuali bagai..nak goreng ayam katanyaa..

Heh. Aku duduk je la perhati dari tepi. Kata isteri yang tak reti goreng ayam, jadi tengok je la skil suami yang gagah perkasa tu kan.


Ketung-ketang bagai nak terbalik kuali semua incik suami kerjakan dapur. Akhirnya siap jugak dua ketul ayam goreng depan mata aku. Tengok dari luar...hmmm..nampak yummy. Garing. Terliur dibuatnya. Tapi bila tengok isinya.....






Heh.


DUA KALI LIMA!!


Tapi biasalah lelaki.....mana nak mengaku silap kan?


Layankan ajelah..kata malam Jumaat. Dapat pahala kalau gembirakan suami. Huhu



Thursday, December 9, 2010

KALAU NAK BERLAKON JADI CIKGU..SILA BUAT HOMEWORK DULU!


Okey, terus nak sambung entri sebelum ni tentang apa hal yang aku panas hati sangat kelmarin. Tapi sebelum tu aku nak tanya kamu-kamu semua, perasan tak kat Astro Prima sekarang ada drama Dia Atilia? Lakonan Zamarul Hisham, Almy Nadia, dan Fasha sendat. Perasan tak?


Ke aku je yang perasan? Haha.

Aku ni bukanlah minat sangat dengan pelakon-pelakon tu, apalagi Fasha Sendat tu...memang tak la. Tapi aku tertarik nak tengok drama ni sebab aku rasa drama ni ada unsur-unsur ciplak Filem Kuch Kuch Hota Hai. Itu yang buat aku naaakkk sangat tengok. Nak tengok sejauh dan sedalam mana penciplakan itu telah berlaku. Perghh bajet macam pengkritik filem jek.


So aku pun tekunlah nonton drama tu. Tak pasti episod pertama ke episod berapa, tapi yang pastinya memang sah drama tu tiru jalan cerita Kuch Kuch Hota Hai.


Itu ke yang buat kau panas hati sangat ni??


Ohh tidak tidak tidak. Lantakkan la depa nak meniru jalan cerita ke nak meniru jalan raya ke apa ke. Itu biasalah tu. Macam tak biasa pulak tiru-meniru ni. Sejak dari sekolah tadika lagi dah apply dah tiru-tiru ni kan? Jadi itu bukan halnya.


Yang buat aku panas ni sebenarnya adalah salah satu dari adegan yang ada dalam drama tu.


Ada satu part tu...


Si Fasha sendat ni berlakon sebagai guru...jadi adalah adegan dia mengajar dalam kelas. Bila scene si Sendat ni masuk kelas....dalam hati aku..

"uiii cantik baju dia..macam batik-batik moden."


Ala-ala macam jatuh cinta pandang pertama.....................sama baju yang di pakai Si Sendat tu. Aku ulang..jatuh cinta sama BAJU ye. Bukan orangnya. Heh.


Tapi masa tu kamera fokus pada bahagian atas badannya jek. Tak nampak bahagian bawah lagi. Suspen ni nak tengok bahagian bawah baju tu..mana tau laaagiiii santek kan?


Sekaliiiii....



Ternganga aku!!


Haaaa!! Nganga!


Apasal??



Lorr...rupanya Si Sendat tu pakai dress sampai paras lutut jek weiii! Takde sebarang seluar ataupun kain disediakan.


Serius aku marah.


Guru Melayu Islam pergi sekolah pakai dress paras lutut?? Itu pun tak sampai lutut aku rasa. Sipi-sipi jek.


Ye...Aku tau itu cuma lakonan. Tapi bagi aku, even itu cuma dalam drama tapi kalau nak berlakon watak cikgu, sila buat homework dulu. Kau kalau nak pegang watak pelacur la perempuan dot dot dot la pandai pulak kau buat homework tentang pakaian, gaya, cara hidup diorang bagai. Tapi bila dapat watak cikgu??? Alahaiiii......



Sedih aku.


Terasa macam profesion keguruan telah diperkotak-katikkan.


Emo!

Tuesday, December 7, 2010

APA BENDA YANG KITA BUAT GIGIH-GIGIH TAPI TIADA HASIL??


Ceh.

Stress ni sebenarnya. Semalam aku dah pulun-pulun taip satu entri nak bagi kamu baca *wahhh bunyi macam berniat baik jek*. Sekali bila tekan "publish", adeh...terus disconnected. Langsung aku malas nak bukak balik sebab geram. Jadi terus aku tutup lappy dengan harapan..


"ala....adalah tu dalam draft tu. Esok je la publish."


Sekali hari ni bukak..tengok, ada sepotong ayat jek dalam draft tu. Ayat-ayat yang lain yang pulun gigih aku taip semalam semua takde. Tak sempat nak autosave mungkin.


Kata Labuan ni pulau...Line memang hampagas.


Jadi nanti-nanti je la aku taip semula entri tu. Ada cerita panas yang menggelegakkan hati sanubari aku sebenarnya semalam.


Tapi nanti la ye. Aku mahu keluar sekejap. Ada hal penting.


Chalo!!

Monday, December 6, 2010

PEMENANG MENEKA LOKASI PERTAPAAN AKU PAGI TADI. *jeng jeng jeng*



Yeahhh!! Sekarang aku nak umumkan pemenang bagi pertandingan meneka dimanakah lokasi pertapaanku. Nampaknya sudah ada pemenang. Penyertaan pun amatlah menggalakkan....DUA orang sajork! Nampak nau belog ko ni memang cabuk Yongnana oii. Haha. Walaubagaimanapun, kepada yang meneka, tenkiu bebanyak aku ucapkan. Walaupun kamu tahu aku memang tak akan bagi adiah punya tapi kamu tetap mahu teka. Haha. Betul pulak tu tekaan beliau. Syabas mere bettey!


Jadi betullah..gambor gunung berkabus berbayu itu adalah Gunung Kinabalu. Memang betul aku sendiri yang snap gambar tu. Itu memang aku tak tipu. Tapi bab aku pergi bertapa ke dalam gunung tu memang sah-sah menipu. Huh, Yongnana nak panjat gunung?? Mintak hampunnnnn! Baru naik bukit 10 kaki pun boleh tercabut kuku kaki, ada hati nak panjat gunung?? Heh.


Apa kau buat kat kaki gunung tu Yongnana oii? *kena kata kaki gunung je la sebab sedar diri tak mampu nak mendaki.haha*


Okey, aku sebenarnya pergi ke Kundasang, Sabah 1 hingga 5 hb baru ni.


Pernah sampai??


Kalau yang memang Sabahan tu rasanya takde hal la dengan Kundasang tu. Tapi bagi aku yang perantau ni memang jaaakuunnn!

Bangun pagi-pagi bukak pintu bilik terus boleh nampak Gunung Kinabalu yang selama ni aku dok eja baca je namanya dalam buku geografi, tapi sekarang dah depan mata. Mau tak kedip-kedip mata aku ni?? Heh.

Tapi malangnya aku bukan pergi berbulan madu sekian kali ye. Oh no no no...Aku pergi bawak budak, jadi guru pengiring untuk Program...err program apa namanya lupa pulak aku. Panjang namanya.. Jap, aku tepek gambar.



ha..itulah nama programnya.Panjang nau. Malas nak taip. Kamu baca je la. Hehe.



Sebahagian dari para peserta tengah tekun dengar briefing dari jurulatih. Atas feri dah ni, nak ke Menumbok. Ni la first time aku naik feri duduk atas bumbung. Hehe..


Kami bertolak naik feri dari Labuan jam 7.30 pagi,. Kamu tahu pukul berapa kami sampai Kundasang??




Jam 5.30 petang!!


Adoi!


Berapa kali aku tido, bangun, tak sampai-sampai jugak lagi. Punyalah jauh. Jalan pulak macam ulang sawa kekenyangan..melingkar-lingkar. Huhu..Tapi bestlah..pengalaman.





Inilah Kg. Sinisian, homestay penginapan kami. Memang best tinggal sini. Aircond punyalah besar...dalam bilik, luar bilik, sampai ke bilik air pun ada aircond. Hehe. Kadang aku rasa nak mandi pun nak kena pakai sweater. Ate, sejuk bebenau. Terasa seperti tiada lemak pulak bila aku duduk sana, padahal lemak mak aiiiiii...sebesar tayar lori ada kat pinggang ni. Haha.


Tadi dah bagitahu kan aku ni guru pengiring je kan? Just mengiring budak sampai ke tempat yang dituju jek. Bila dah sampai sana, apalagi..kami yang cikgu-cikgu ni berjimba la. Budak-budak lantakkan mereka..diorang ada program, korang dengar la ceramah bagai tu sampai kecut tangan kaki. Haha.. Cikgu-cikgu mahu membuat lawatan sambil belajar. Haha

Paling best bila aku dapat pergi ke tempat ini.




Ladang lembu!!


Err betul ke panggil ladang?? Ke kandang?? Ke ladam?? ke rumah penginapan lembu?? Ahhh..lantakkan. Janji aku dapat jumpa sedara jauh aku ni. Hahahah!


Kamu tengok lembu-lembu tu? Gemukkkk!!! Kaler hitam putih pulak tu. Susah nak jumpa kat tempat lain. Kat New Zealand je banyak.


Jadi aku pun feeling berada di New Zealand la kejap. Hehehe..



ceaaaa! Tengok, tengok..kat New Zealand ni. Hehe



Subhanallah.....Cantiknya. Terpaku terkaku terkelu aku tengok pemandangan ni. Nak terkencing pun ada sebab terlalu sejuk. Heh.


Rasa tak nak balik pun ada. 5 hari je kat sana, mana cukup. kurang-kurang 2 minggu la baru betul feeling jadi orang gunung. Tapi bila teringat kat incik suami yang kesepian di rumah nun terus hati meronta-ronta nak balik. Rindu katanyeeee...haha geli!


Tentiba aku teringat iklan susu dulu-dulu tu..


"ada 6 juta lembu di New Zealand!"

" Apa???! 6 Juta???!!"


Iklan susu apa ya tu? Lupa pulak aku.hiks!

MERAJUK LALU BERTAPA



Nahhh! Berabad aku tak jengah belog ternakan ni. Merindu pulak rasa. Huhu..Komen-komen yang kamu drop pun baru kejap tadi dapat aku baca dan hayati lalu terus menekan punat "publish". Adoii!


Mana aku pergi???


Aku pergi bertapa selama 5 hari.



Pergi jauhhhhhhh....nun jauh di sana.



Merajuk.


Di sini.







Cuba teka kat mana ni?


Kalau betul dapat adiah. Hehe



Aicehhh..kacang jek ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...