MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, January 1, 2013

Aidi 12 Bulan.

Aidi dah nak masuk setahun sebulan dah tak lama lagi. Tapi boleh aku lupa nak hapdet perkembangan Aidi yang ke 12 bulan. Huhu

Dulu pernah cakap dengan diri sendiri, aku akan hapdet milestones perkembangan Aidi setiap bulan sampai Aidi 12 bulan je. Lepas tu takde dah. Tunggu lah dia setahun setengah ke, 2 tahun ke, baru ku pahat di blog ni. Aiii kalau tiap bulan nak hapdet letihlah. Lagipun baby dah cecah setahun ni perkembangan diri dia lebih kurang je setiap bulan. So tak payahlah nak ulang banyak-banyak kali. Bosan mengkeme nanti. Huhu.

So far...mencecah umur setahun ni, Aidi is a big boy. =)

Masih belum boleh jalan. Tapi ada sedikit perkembangan. Dia dah boleh berjalan jika kita pimpin sebelah tangan dia.=)


Masa balik semenanjung haritu ramai yang kempunan nak tengok Aidi melangkah beberapa tapak. Aidi malas betul nak melangkah kat sana. Maybe sebab rumah-rumah yang dia stay semua jenis lapang tak banyak perabot untuk dia papah and meniti. So, dia jadi malas. Baik aku merangkak, lagi laju katanya. Heh.

Aku tak kisah sangat Aidi lambat sikit berjalan. Its okey. One day nanti dia akan berjalan jugak. So tak perlu risau.

Bercakap??

Huhuhuhu..ni yang berdebar ni. Budak ni nak jalan dulu ke nak cakap dulu ke tak tahulah. Tapi mulutnya memang riuh.

Kejap dia membebel dengan toys.

Kejap dia menyanyi sorang-sorang.

Kejap dia ajak mama dengan abahnya bersembang.

Memang riuh.

Sampai mak aku kata..."baru 2 orang cucu pah, tapi dah riuh rumah". Hahaha.

Aku dah start introduced alphabet and numbers to Aidi. Aku download flashcard ABC dalam fon. So setiap hari aku akan mainkan flashcard tu. Nampaknya Aidi berminat. Bila aku on je flashcard, dia akan tekun pandang skrin fon sambil mulut dia kumat kamit nak cuba sebut, tapi belum boleh lah. Bila aku pasang lagu ABC pulak, kemain dia sengih. Kadang boleh dengar dia cuba menyanyi sama. Cuma lirik dia " ata ata ata ata" je lah. Melodi je ada iras sikit. Haha.


Aidi macam dah boleh paham arahan sikit dah sekarang especialy kalau kita say "no". Aku sebenarnya try nak kurangkan guna perkataan "no" atau "jangan" kat Aidi sebab benda tu tak elok. Tapi itulah, tak reti pulak aku nak positifkan perkataan setiap masa. Ahaks. Yang penting sekarang, bila aku say "no", dia akan paham and tak jadi nak buat "benda terlarang" yang dia nak buat tu. Tapi kenkadang dia langgar jek. Peduli hapa mama kata no ke yes ke. Hahaha. Baby....cenggitulah. Nak marah-marah pun takde guna.


Cuma aku ada satu masalah dengan Aidi ni.

Aidi ni kan..dia suka sangat masukkan benda "apa saja" dalam mulut dia. Dulu masa umur dia 2 3 bulan dia berperangai gitu, aku tahulah normal. Baby try to explore everythings yang dia dapat. Tapi kalau dah sampai umur setahun pun dok gigih lagi masukkan segala benda yang ada kat depan mata dalam mulut...normal jugak ke ye?

Ada tak sesiapa yang ada anak perangai gini?? Terutama anak yang baya-baya Aidi. Macam  mana nak buat eh nak bagi dia kurangkan tabiat masukkan benda dalam mulut tu?

Fening mama memikionya.

4 comments:

  1. kak..ank akk sy ada sorg yg jnis cm aidi ni..dari kcik(baby lg) dh sk kutip bnd ps2 msuk mulut..tp xsure ape akk sy wt kt dia..rsnye kene pntau je kot..lm2 hilg..

    ReplyDelete
  2. org tua2 selalu kata suh hiris halia n letak kat tempat yg selalu baby dok mengutip tu...bila sekali depa rasa halia tu pedas+pahit pasni kompom depa x berani mengutip benda masuk mulut lg

    ReplyDelete
  3. Ni time budak nk explore katenyer.. Tp kne monitor btol2.. Takot msk benda kecik kite xnmpk kn .. :)

    ReplyDelete
  4. erk sama la dgn my cousin yg kitorang jaga...gitu gak, semua benda nak masuk mulut..risau tercekik je...tp kitorang mmg selalu pantau dia la & kalau nmpk dia nk masuk mulut, cakap jgn dia "yg ni x boleh masuk mulut"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...