MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, December 2, 2009

MENJERUK RASA

Malam ni banyak pulak benda yang aku nak luahkan dalam diari maya aku ni. Dah lama dah aku pendam. Tak tahu nak luah kat sape. So biarlah aku citer kat blog ternakan aku ni. Siapa yang sudi, bacalah. Cuba selami perasaan aku. Kepada yang baca intro pun dah rasa nyampah bagai nak sumpah-sumpah, sila skrol ke entri berikutnya okey?

Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Haih.

Okey, aku nak buat pengakuan. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi dalam entri ni aku nak buat pengakuan jujur. Yup, memang perkahwinan aku ditanggung oleh keluarga. Aku memang takde duit simpanan sendiri. Jujur. Dan kadang-kadang aku terasa malu dengan diri sendiri. Diri gatai nak kawin tapi duit takde. Harap kat mak abah lagi. Tak malu!

Memang aku malu. Tapi apa pilihan yang aku ada? Terus-terusan bercinta, tangguhkan pertunangan sampai aku dapat himpun duit beribu liun? Terus-terusan ke hulu hilir tanpa ikatan sah dengan si dia sampai masa yang aku sendiri tak tahu?

Hmm..aku bukan lagi remaja berumur 20 tahun yang punya banyak masa untuk berjimba tanpa tujuan bersama yang tersayang. Aku mahukan famili aku sendiri. Cuma kekangannya..aku tidak punya pendapatan sendiri buat masa ini, Aku hanyalah pelajar DPLI. Menanti waktu untuk diiktiraf sebagai guru bitara.

Maka salah ke aku mintak pertolongan mak abah aku sendiri?

*kenapa ko tak mintak tunang ko je yang sponsor majlis kawin korang ni?*

Hmmm...mungkin ada yang akan bertanya gitu kan?

Incik Tunang aku bukanlah hartawan, mahupun rupawan. Jauh sekali jutawan. Beliau cumalah tunangWAN. Amry bukan anak orang kaya. Beliau datang dari keluarga yang tak punya harta sepenuh gua. Beliau cuma anak kampung, masih tinggal di rumah kayu peninggalan keluarga.

Semua pun tahu Amry cuma tentera biasa. Boleh bayangkan berapa banyak pendapatan bulanan beliau. Kalau aku bebankan dia dengan kos majlis perkahwinan belah aku, sape pulak nak tanggung majlis perkahwinan belah dia? Beliau dah janji untuk berikan duit hantaran sekian-sekian banyak dan mas kahwin sekian sekian banyak pun aku dah cukup syukur.

Sungguh, aku tak mengharapkan kekayaan material dari dia. Dan aku juga tak mahu terlalu bebankan mak dan abah dengan permintaan luar biasa. Cukuplah aku dapat penuhi impian biasa-biasa aku. Yang penting, akad dan nikah itu sempurna.

Mak, Abah..Yong mintak maaf kalau Yong terlalu banyak susahkan Mak dan Abah. Kadang-kadang Yong terasa nak cancel je wedding semata-mata tak sanggup tengok kesusahan Mak dan Abah. Tapi yong tahu, tindakan seperti itu sebenarnya lebih melukakan hati Mak dan Abah..kan?

Jadi, yong akan teruskan perkahwinan ini. Harap-harap selepas berkahwin nanti, Mak dan abah takkan susah lagi. Biarlah Yong dengan Amry rasa pengalaman hidup susah senang sebagai suami isteri. Terkoyak baju, terkurang lauk, tak terbayar bil, walau apapun kesusahan yang datang, Yong harap harap harap sangat Yong takkan susahkan Mak Abah lagi.

Janji..dan cuba untuk penuhi.

*aku menangis...try to calm down.see u dalam next entry*

13 comments:

  1. biasala klu kwen waktu belajar..
    tp takpe,tak lama lg bakal bergelar guru..
    sy kje kontrak jek,tp gatal nk kwen jugak..heheheh..
    reasonnye,same cam awk,takkan nk ke hulur kehilir tanpa ikatan yg sah..
    so,dlm tempoh lg 6-7 bln sblum mjlis,mmg nk kumpul duit wpun gaji sikit..
    nk hrpkan ma n abah,diorg pun takde..
    so,wat yg seadanye ngn duit..
    jgn sedih2..
    kite lebih kurg jerk..
    malah sy lg truk kot,kje pun tak tetap lg..hehehe..
    nnti dh kje,boleh la blnje parents..heheheh..

    ReplyDelete
  2. kite pun sama
    mmg duit KPM langsung tak cukup kan?
    smlm saya dah p bayar keta + asb + beli brg dapo dah tingagl seciput duit tue
    dah la kene potong lagi kan duit elaun tue
    awak tinggal kat mane?saya dok proton city.hehehe

    ReplyDelete
  3. kamu masih ada kesedaran, tu lebih penting. kamu tau tempat dan keadaan kamu macam mana. sekurangnya, kamu takde la membabi buta berangan itu ini, kamu sesuaikan kemahuan kamu dgn kemampuan kedua ibubapa kamu. Saya byk juga baca blog lain2 yg mmg pun dari cerita mereka, memang mak ayah sponsor semua. tapi dari gaya mereka cerita, takde sedikit pun pedulikan tentang kos. mereka nk semewah dan semeriah yg boleh. tapi kamu tetap cuba sederhana pada paksi kamu sendiri, masih igt ibu ayah. bagi saya, itu sudah ckup bagus. jeruk-jeruk pun, sedap di makan kan?? (apa aku tulis ni?? :P)

    ReplyDelete
  4. Ayu - sama ek nasib kita?sabar je la ek. Huhuhu..

    Shalinz - kite dok kat taman nusa..perumahan dpn pintu utama..tp selalu jek p apt damiana tu.dah mcm umah kedua. duit elaun baru dpt ni nak guna bli brg2 hantaran skit2..n byr deposit apa2 yg patot..sian kat mak asik guna duit dia jek..huhuhu.

    xora - thanks sbb memahami..apa kata org, ukur baju dibadan sendiri?ha, begitu la kdaan sy ni.huhu..

    neway thanks buddies!

    ReplyDelete
  5. yong, sebenarnya nak menghalalkan benda ni senang je kan, nikah.. tapi parents of cos la nak ada celebration, kita pun sama mesti nak jugak.. kawin sekali je kan, ape pun skrg ni u buat sehabis baik dengan budget yang ada, insya Allah bila u dah grad, dah keje boleh balas balik apa yang parents u dah bagi.. lagipun sampai bila nak statik je kan relationship tu, parents pun sure risau kesana sini takde ikatan yang sah, same goes to me :)

    ReplyDelete
  6. Nurul - Thanks for the kata semangat..Hope kita sumer dapat wat yang terbaik utk wedding, utk parents, and utk diri kita sendiri. Chaiyok Chaiyok!

    ReplyDelete
  7. awak, saya pon full time student. bila bf ajak kahwin, saya pon fikir mana la nak korek duit ni. tapi, orang kata, bila kita niat nak kahwin, insyaAllah, rezeki tuh akan dimurahkan. nah, tgk saja, awak baru je menang dapat hantaran free lagi. hihi. lepas ni mungkin dapat tudung free pula dr koleksi Vispera tuh. hiihi. nakmo sedih2, saya pon mengharap duit parents jugak, and tgh survey2 harga yang murah2 ajo..

    ReplyDelete
  8. Cik Belle - kita senasib rupanya..tp btol la, rezeki tu sentiasa ada..berdoalah ada rezeki utuk Vispera si tudung idaman..hehehe

    ReplyDelete
  9. awak..tabah ok.. nnt ade lah tu rezeki dtg.. rezeki nk kawen org kata.. ape pn, jgn lupakn Dia.. selalu lah berdoa dkt Dia, semogadipermudahkn semua ususan awak ok..


    hugs >:D<

    ReplyDelete
  10. Fara - Thanks...dh x sedih dh...nak bg peluk besar utk awak jugek..<:D<

    ReplyDelete
  11. awak, tersentuh saya baca entry awak. tak pela awak. anggap je pinjam dulu dengan parents. nanti dah kerja, boleh bayar balik kan. tamaw sedey-sedey ek bakal pengantin. hihi :)
    i link u ek

    ReplyDelete
  12. thalhazlin - Thanks ye..sy link kamu jugek..=)

    ReplyDelete
  13. suke entry ni..nak kawen mmg kena byk disusahkan dan menyusahkan..rase2 mcm xnak je wat majlis2..kawen aje..tp kt sume ade impian kan..kawen bkn slalu..kan..kan..pepun..tahniah cz berjaye melaluinye dgn jayenye..
    takut plak bler fikir kearah itu..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...