MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, December 31, 2009

VISPERA SI TUDUNG IDAMAN

* Entri melekit. Sila skrol ke bawah untuk entri baru*


Zaman dahulu pengantin perempuan lebih selesa jika disanggulkan rambut tinggi-tinggi, kemudian sanggul tersebut dicucuk dengan satu aksesori tu, apa namanya ntah..aku panggil cucuk sanggul jek. Huhu.. Teringat mak masa kawin dulu. Dengan songket hitamnya, rambut bersanggul kemas, sangat tradisional, manis, dan sopan.

Tapi zaman makin berubah. Sekarang ni pengantin bertudung semakin ramai. Terutama untuk majlis akad nikah. Hampir semua pengantin mahu tampil bertudung sopan pada upacara indah ini. Maka, pemilihan tudung yang sesuai harus ada dalam senarai agenda si brides to be. Wajib ada.

Melalui pemerhatian aku, ada pengantin yang lebih selesa memakai tudung bawal manik tepi sebagai pelengkap kepala di hari pernikahan. Kelihatan sangat bersederhana. Tetap cantik jika pandai digayakan.

Ada juga yang memilih tudung penuh kerawang, bersulam, bermanik bagai. Pun cantik kalau padan dengan si punya tubuh badan.

Aku pulak camne??

Aku pada asalnya bercadang nak pakai tudung....tudung apa namanya ni ek? Aku tak tau nama sebenarnya, tapi ramai orang panggil Tudung Ekin. Maaflah kalau salah nama. Aku bantai sebut jek. Huhuhu.. Aku mahukan Tudung Ekin versi putih polos. Kononnya mahu kelihatan sederhana la tu. Huhu..

Tapi tadi, sedang syok aku lalu-lalang kat blog shahlina, aku terpandangkan ini.


Dan dalam kotak ajaib tu ada ini.
.
.
.
.


Mak ai...santeknya dia. Sudahlah muka pun ayu. Tambah lagi tudung dia yang gojes tu. Sungguh aku jatuh chenta.

Errr...sambung skit ayat atas tu..Sungguh aku jatuh chenta pada tudung si ayu itu. Huhuhu..

Okey, tengok yang ni pulak.

Aduh..aku terpana..Yang ni pulak..


My dream wedding. Perfect!

Cantik kan tudung yang digayakan tu? Kan? Kan?

Tidak terlalu sarat, dan tidak terlalu kosong. Sangat sesuai untuk majlis akad nikah.

Kalau OP nak close up wajah pengantin pun pasti akan cantik.

Biarpun wajah pengantin sedang resah menunggu pengantin lelaki terlewat sampai,

Walaupun riak muka si dara tak keruan dalam debaran,

Biarpun mimik muka si gadis bertukar sedih sampai menitis air mata,

Aku percaya, penampilan keseluruhan si pengantin pasti masih sempurna.

Jangan diperkecilkan peranan si tutup kepala. Biarpun kecil, kehadirannya mampu merubah sekeping gambar, menyerikan sebuah wajah.

Itulah dia...

VISPERA SI TUDUNG IDAMAN SAYA.

4 comments:

  1. wahhhhh..betoi la wan,serius cantik tudung tue,harga pun boleh tahan.hehe

    ReplyDelete
  2. sebab harganya boleh tahan la kita kena masuk contest ni..huhu..nak beli sendiri alamat sampai kesudah la..nan ado.

    ReplyDelete
  3. cantik! sukeeee!!! tudung mmg sgt sgt sgt sgt penting kan? kalau baju da bonb tapi tudung selebet...sume pon nampak tak cantik nanti.

    ReplyDelete
  4. Jaja - stuju!jadi marilah kita mencari tudung yg sesuai..err sesuai dan cantik semestinya.hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...