MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, February 9, 2010

DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE ONLINE CONTEST





Tarikh: 9 Februari 2010
Tempat: Dalam bilik atas tilam penyek
Masa: Senja nan merah, sikit lagi nak maghrib. Huhu.
Objektif: Memberi makan entri tentang "MENGAPA SI DIA PILIHAN HATI SAYA"


Uii..dah macam nak buat rancangan mengajar dah siap ada objektif bagai. Tapi memang betul kali ni aku mahu memberi makan entri tentang gula-gula hati aku. Aku mahu cerita mengapa dia yang menjadi pujaan hati aku. Kenapa dia yang aku sanjung timang tinggi-tinggi sampai cucur atap. Kenapa mesti dia? Kenapa tidak aku pilih saja mamat-mamat hensem anak jiran sebelah rumah? Owh tentu saja aku ada alasan aku sendiri.

3 tahun dulu, aku tak pernah menyangka yang "haykal.1983" itu akan menjadi kekasih cerahku. Tak pernah jugak aku terbayangkan yang aku akan berjumpa jodoh depan skrin komputer. Semuanya macam drama swasta. Gila!

Tapi percayalah, tak semua cinta siber itu dusta. Masih terselit sekeping hati yang ikhlas menyinta. Aiceh!



Dia si pencuri hati



Jujurnya, aku sendiri tidak pasti kenapa aku jatuh cinta. Sampai sekarang pun kalau ditanya kenapa aku pilih dia.....hmmm..tiada jawapan konkrit. Sungguh aku tak tahu cara mana dia curi hati aku.

Nak kata sekeping hati ini dicuri dengan kepuk-kepuk duit ringgit, owh tidak.

Mungkin juga hati ini dirompak dek ketampanan rupa? Owh, Awal Shaari lebih hensem aku rasa. *hahahah*

Nak di kata budi pekerti dia yang terlalu mulia? Hmm..mana mungkin. Dia bukan maksum. Masih ada lompang-lompang diri yang kadangkala menyakitkan hati.


Aku pun si pencuri hati



Sudah tu? Apa yang membuatkan aku memuja-muja dia separuh mati?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku masih tiada jawapan.

Cuma yang aku tahu, aku cintai dia seluruh hidup aku.

Kalaulah hati ini punya muka, pasti kamu akan tahu betapa aku cintai dia.

Cinta tanpa syarat.


Kini,

Aku cuma mahu lekas-lekas menghabiskan sisa-sisa alam pertunangan yang berbaki beberapa bulan saja lagi. Aku mahu cepat-cepat memegang takhta permaisuri kedua dalam hati. Biarlah majlis perkahwinan tak semegah majlis selebriti. Tanpa ada dulang-dulang emas berisi beg tangan Prada mahupun Gucci. Cukuplah sekadar majlis indah bewarna putih disulami kehangatan merah membara. Memadailah ada aku, dia, sahabat, dan keluarga. Aku sudah cukup bahagia.

Sungguh, aku tak sabar untuk menyimpul tali percintaan berusia kurang lebih 3 tahun ini dengan satu ikatan suci penuh makna.

Tali cinta yang diikat selamanya. Aminn..


Mereka dua-dua pun pencuri hati.*polis tangkap!*



p/s: Terima kasih kepada dinahalim.blogspot.com kerana anjurkan pertandingan ini. Mudah-mudahan ada rezeki buat aku dan si gula-gula hati.=)

12 comments:

  1. Hai Ijad, thanks singgah teratak tak seberapa ni..huhu

    ReplyDelete
  2. mak oi..agak jiwang entry anda ini.semoga anda akan terpilih nanti.shalin malas nak join kang takut menang jenuh mereka nak datang ke aloq staq kedah nun jauh di utara sana.haha

    ReplyDelete
  3. hye....gd luck ek....moga2 menang:-)

    ReplyDelete
  4. huhu..lucu lah anda :) tapi apa2 pun, kita tunggu juri jemputan baca nanti k? gud luck!

    ReplyDelete
  5. Fikaryna, Acik Gee Chomey..thanks dear! wish me luck.

    Dina Halim Bridal Boutique - tkanks too! *mengharap*=)

    ReplyDelete
  6. Good luck ye!! Nanti kita link your blog k?

    ReplyDelete
  7. goodluck to u jugak! =)

    ReplyDelete
  8. "tak semua cinta siber itu buta"...i like this :)

    wish u all the best!!! ;p

    ReplyDelete
  9. Best baca thread nie..
    semoga berkekalan..
    semua orang nk kawin,,best2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...