MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 10, 2010

SAAT TERAKHIR

Weehoo! Horayy!

Hari ni hari terakhir final exam aku untuk DPLI ni. Alhamdulillah. Biarpun persiapan tak berapa nak tersusun rapi, nota asik 'terlupa' baca jek tapi aku berjaya mengharungi peperiksaan ini dengan jayanya walau dalam dewan exam terpaksa kerap garu kepala yang tak gatal sebab tak tahu jawapan. Huhu..

Bila exam dah abis, bermakna tamatlah sudah sesi pembelajaran aku kat UPSI nan indah permai bagai pekan koboi ni. Bermula 1 Mac nanti aku akan memegang status baru *guru pelatih*. Aku akan mula jalani latihan praktikal di SMK Seremban Jaya sampailah 28 May nanti. Owh aku tamau pikir lg psl praktikal. Aku mahu melayan perasaan aku yang sangat sedih sekarang.

Serius, aku sangat sedih.

Siang tadi kemain aku berlagak tak cari semua kawan-kawan untuk ucap buhbye, peluk cium muah muah bagai. Dalam hati pikir,ala..fesbuk kan ada, still boleh keep track lagi apa? *dasar berlagak*

Alih-alih sekarang ni bila aku ibarat sireh pulang ke ganggang, dah boleh lepak-lepaking atas tilam empuk umah sendiri baru lah terasa rindu hati. Aku rindu semua kawan-kawan aku masa kat UPSI. Especially bebudak course perdagangan/perniagaan yang sekuliah dgn aku.

Owh aku mahu pahatkan nama mereka di sini. Di blog peliharaan diri.

Sahabat...(Norly, Toro, Ana, Riha, Irda, Pakcik, Joe, Aman, Faiz, Khidir, budak2 umah Nusa 5, dan ramai lagi. Betul, aku mahu taip setiap nama di sini. Ada kurang lebih 100 org semuanya. Tapi takut kamu peluh sakan membaca. Huhu)

Aku kangen bangat deh sama kamu. Even baru beberapa jam hilang dari pandangan, aku sungguh-sungguh rindukan kamu. Tak pasti bila lagi kita dapat jumpa. Owh....aku rindu sayang kamu macam tajuk lagu Black tu. Hanya itu je yang aku tahu. Noktah.




Geng 6 jahanam..*my best frens ever*. Sejurus selepas abis exam final paper. Berposing bersama buat kali terakhir yang ntah bape kali akhir ntah. Hehehe..


Kenangan bermandi manda sambil berbakar ayam di Sg Kalumpang. Terbaekkk wokk!


Kawan-kawan, nanti kita jumpa lagi ye? Owh aku diserang emosi yang menggila. Baik aku stop sebelum air mata menderu-deru membasahi pipi tembab aku ni. Huhu..


Owh windunya....

2 comments:

  1. lagi 2 bulan lebih...sy pun akan meninggalkan upsi ni...huhu..terharu sgt2 kan..alam belajar adalah alam paling mengembirakan!

    anyway, gud luck! yeahh....convo bulan 8 kan nanti..heheh.

    ReplyDelete
  2. Shigim...sedih sgt.even dok kat UPSI x smp sethn, tp kngn tu ada..

    Saya konvo bln 9..lps raya. Bln 8 kan puasa..mana bleh konvo.huhu..UPSI dh suruh isi pengesahan kehadiran konvo dh..dijangka 2 mgg lps raya. Sama kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...