MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, February 17, 2010

JIWA KACAU

Hari ini aku sedikit tertekan. Nak cerita camne ek? Hmm biarlah aku mula dari awal.

Ekceli Isnin lepas bersamaan dengan kelmarin mak dan abah incik tunang ada datang bertandang ke kampung aku. Tujuan ketandangan mereka? Hurm boleh kata nak sembang-sembang hal nikah kawen aku dan incik tunang la kononya. Maklumlah, sejak kata putus tentang tarikh tunang dibuat, famili aku dan famili si gula-gula hati belum lagi berkesempatan untuk duduk berbincang, bersembang-sembang tentang hal perkahwinan kami ni.

Bila orang tua dah duduk bersembang tu mula lah, pum pang pum pang pum pang tak hengat dunia dah. Tambah-tambah bakal bapak mentua aku...uiiii abis semua buruk-buruk incik tunang dikobarkan. Aku tahulah incik tunang aku tu memang kadang-kadang perangai menyakitkan hati, aku juga paham budaya masyarakat melayu kita yang lebih suka merendah diri, tapi aku tetap rasa abah beliau tak patot ceritakan segala kudis nanah incik tunang kat famili aku. Sebagai bakal isteri, aku dapat rasa maruah bakal suami aku *aiceh* sedikit tercalar. Dan aku sedikit sebanyak mendapat malu juga.

Kamu bayangkan, abah incik tunang boleh cerita yang anak dia macam tak serius je nak kawen! Mau mak dan ayah aku tak gubra?? Haih!

Aku tau incik tunang nun jauh di Labuan. Kapan bila dapat pulang ke semenanjung ni pun aku tak tau. Tapi itu tak bermakna beliau tak serius dengan perkahwinan ni. Opp opp opp...maybe statement tu ada unsur-unsur menyedapkan hati sendiri. Yup, aku ngaku incik tunang memang kadang-kadang menyakitkan hati, suka lengah-lengahkan sesuatu, tapi aku yakin dan aku percaya beliau serius dengan perkahwinan ini. Serius.

Dan sekarang, disebabkan statement berani mati bakal abah mentuaku tu, mak aku memang dah panik abis. Sampai jadi satu keje pulak untuk aku yakinkan famili aku yang incik tunang memang serius. Owh, benda tinggal 3 bulan je lagi, gila ke apa nak main-main?

Jujurnya aku pun risau jugak. Tak dapat nak bayangkan kalau-kalau sampai hari nikah pengantin lelaki tak datang! Adoiiii....mintak dijauhkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku dah warning...err sebenarnya lebih kepada merayu melutut kat incik tunang supaya lekas-lekas apply cuti kawen. Aku nak sebelum hujung bulan ni dia dah dapat confirmkan cuti dia. Tak dapat cuti sebulan pun takpelah, janji hari nikah dan kenduri tu dia ada. Aku dah cukup bersyukur dah.

Haih. Lagi dekat nak kawen makin teruk perasaan ni. Owh silalah tabah wahai hati.

Err..sekadar gambar hiasan. ehehe

8 comments:

  1. hmm..yong, mcm rumit jer kedengarannya masalah yong ni. tapi mungkin incik tunang yong tu memang jenis yang mcm tu. jenis yang tak berapa amek pot. maybe sebab dia fikir yong dan family dia akan uruskan untuk dia...tambah pulak dia jauh kan. tp tu tak bermakna dia tak serius nak kawen. dun worry ok. cuba diskas baik2. maybe dia pun stres dgn keje. jauh pulak dgn kekasih hati :p. time nak dekat2 dgn hari besar ni memang akan dtg mcm2 dugaan...ujian kesabaran utk bakal pengantin ;)

    ReplyDelete
  2. yongnana...bwk2 bnyk2 berdoa tauu..mintak2 dijuahkan kes2 pengantin lelaki2 tak dtg pd hari kejadian ney...elmo tgk kat berita mcm2 hal berlaku ....kene tabah sket.ni dugaan org bertunang kan kan....sabarrr k.bincang elok2 balikkk tau

    ReplyDelete
  3. laki ni mmg cmtukn..kt nmpk mcm xde kesungguhan je..yg kt ni bermati2an nk wat preparation..pkr tu ni..tp mane nk tau kn dlm hati dia mmg bersungguh cuma dia xtnjkkan..tp sy yakin ur future hubby ok je..hope everything's will be fine ya..

    ReplyDelete
  4. yg pntg macam hal borang urusan nikah 2 selesai cepat2..pakai pis pun xper..ada masa lagi nih..tp dah kena fokus pada persiapan majlis..sabar dan doa banyak2..moga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  5. yong, takde apelah, sebab dia kan jauh, keje seksa plak mcm u tulis dulu, so maybe dari situ dia maybe tak tunjuk effort sangat but percayalah pada dia, sebab kalau bukan u yang percaya siapa lagi kan.. n try ur best to convince ur parent, insya Allah.. =)

    ReplyDelete
  6. owh terharunya kamu-kamu semua sgt mengambil berat. Hati memang sgt risau..tapi tulah, berdoa banyak2 moga xde sebarang kejadian tak diingini berlaku.

    Incik tunang kata nak apply cuti kawen arini. Hmmm..boleh percaya ke? huhu

    ReplyDelete
  7. dear...ermmm, cam susah jugak kan bila benda mlinbatkan parents...tp dear, percaya la...wedding u sebulan lebih lg kan..sesetengah lelaki, mmg amik remeh sbb dia ingt cam lmbt lg..tp bila dah nak dekat2 nnti, mula2 duk sibuk2...dun worry dear..believe ur love ok...

    ReplyDelete
  8. eh sori dear...3 bulan lg..bkn sebulan..relax eh..lmbt lg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...