MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 18, 2010

RASA BAHU DAH SENGET SEBELAH MENANGGUNG BEBAN.

Pejam celik pejam celik cuti sekolah cuma berbaki 2 minggu je lagi. Cepat betul. Rasa macam tak puas lagi aku berjola-joli berjimba di rumah, bangun tido lewat, duduk kat sofa tengok TV memanjang sampai rasa macam vontot dah kena paku kat situ. Huh memang belum puas.


2 minggu lagi. Berhadapanlah aku dengan cabaran besar tahun depan. Kata aku ni cikgu baru posting, jadi pergi balik sekolah selama 2 bulan sebelum ni macam tak dikira sangat. Nama pun itu orientasi. Jadi tak kira. Tapi mulai tahun depan baru kira. Aku pun dah diberi beberapa tugas dan tangungjawab yang boleh tahan mencabar jiwa dan raga. Memang boleh pengsan 3 minit bila tahu aku dapat tugas-tugas ini.


Tugas apa??


Okey kita mula dengan yang paling ringan ye.



1. Guru Kelab Pengguna.

Ini aku rasa takde masalah besar. Aku tengok Kelab Pengguna pun selalu muncul sebagai kelab teraktif sepanjang tahun. I loikeee! Cuma aku belum dapat input lagi apa aktiviti Kelab Pengguna kat sekolah aku ni. I'll check it out.


2. AJK Buku Pengurusan Sekolah.

Hmm..silap ni. Patutnya yang ni duduk atas sekali sebab tugas ni paling ringannnn sekali. Tugas aku cuma datang sekolah waktu awal-awal cuti aritu, duduk depan komputer copy paste mana yang patut, edit-edit sikit, buat selama 2 minggu dan siap! Memang dah siap dah pun buku pengurusan ni. Jadi tugas ni dah setel. No need to worry anymore *perghhh ber BI pulak kau*


3. Guru Penasihat Pandu Puteri dan Renjer

Yess! Ini aku memang suka. Ini memang aku yang mahu. Bagusnya sekolah aku ni sebab cikgu-cikgu diberi pilihan untuk tentukan unit uniform/persatuan/sukan mana yang mereka nak join. Kalau unit persatuan yang dipilih tu dah penuh or whatsoever, barulah kita akan diberi pilihan yang lain. Jadi aku memang pilih Pandu Puteri dan aku dapat Pandu Puteri. Yeay!! Bolehlah pakai uniform Pandu Puteri lagi sambil nyanyi lagu " laici kang semangkuk dua kupang" atau pun lagu "kodok ngorok rukutuk rukutuk". Hahaha!



4. Guru Matapelajaran Kemahiran Hidup ERT Tingkatan 1.

Fuh..cikgu KH rupanya aku next year. Redha je la. Walaupun opsyen aku masa di UPSI dulu adalah Perdagangan, degree aku masa kat UiTM pulak adalah Perakaunan, tentiba dapat mengajar KH. sedikit larian 100 meter di situ. Tapi takpe, kata aku guru bitara, sentiasa bersedia. Ceh!

Takde masalah untuk ajar KH. Walaupun aku ni menjahit pun boleh patah jarum, tapi aku dah ada sedikit skil memasak. Jadi aku tak khuatir lagi di situ. Heh. Aku akan didik anak murid sampai boleh dapat A setiap kali exam walaupun harapan adalah agak tipis sebab aku dapat kelas 4 yang terkebelakang dalam seluruh tingkatan. Huh. Memang cabaran.


5. Guru Matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1

Ini aku suka. Tapi jawatan ni macam belum confirm sangat sebab aku belum dapat hitam putihnya. Kelas mana aku kena ngajar, berapa waktu seminggu semua aku tak tahu lagi. Cuma Ketua Panitia memang ada bagitau aku yang aku kena mengajar BM lagi tahun depan untuk Tingkatan 1. Takde hal la...aku memang peminat tegar BM sedari dulu. Tengoklah hasilnya, siap ada belog lagi sekarang buat latihan mengarang. Hahaha!


6. Guru Kelas 1 Lavandulla

Wow! Dapat pegang kelas la tahun depan. Errr best sangat ke dapat pegang kelas? Siap ber wow wow segala. Emosi terlebih. Huhu. Tapi bagi aku dapat pegang kelas memang pengalaman yang bagus. Kita dapat kenal budak-budak dengan lebih dekat. Aku suka tu. Tapi al-malangnya aku dapat 1 Lavandulla. Kamu tahu Lavandulla tu kelas hapa?? Itu adalah kelas paling corotttttttt sekali dalam tingkatan. Kalau setakat corot akademik takpe lagi. Boleh diajar. Unfortunately, mereka ini biasanya corot serba serbi. Kelas 1 Lavandulla tahun ini je pun boleh buat aku jadi bingai. Boleh baca entri ini kalau nak tahu pengalaman aku pertama kali masuk kelas 1 Lavandulla dulu. Harapnya, budak-budak 1 Lavandulla tahun depan adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Hoh..neves nak tunggu 3 Januari.


Dan tugas aku yang paling besar paling biggest tahun depan adalah ini.


Jeng jeng jeng...






















7. GURU DISIPLIN!!

Pergh! Tak agak! Aku tahu badan aku memang dah sedia ada memenuhi piawaian. Tambah lagi recommendation dari guru-guru lain yang mengatakan aku memang sesuai.



Macam nak terhenti jantung bila dengar Penolong Kanan HEM bagitau kat aku..


" Wan, awak ni cikgu garang..jadi saya bagi awak jadi guru kelas 1 Lavandulla dengan guru disiplin ye."


Baik kak...saya yang menurut perintah.



What??? Garang???


eiiii...tak sesuaii tau. Aku ni punya selama ni kontrol lemah lembut, dalam belog pun dialog ayu-ayu je semua..Tak sesuaiiii tauu. *PANGGG!*


Ye ye..aku memang garang.. sebab tu laki aku sampai isytihar beliau adalah penyu. Sekian

4 comments:

  1. Cikgu ERT mesti best kan wan. Balun je budak2 tu suruh masak tiap2 ari kelas. hahahah. Bawang, hape sume bawak dari rumah, cuma masak kat sekolah n menjamu selera di situ. owh..owh..owh...i loike! :)

    Tak boleh blah tang cikgu disiplin tu. errrr...*takut! hahahaha. lariksssssssss....

    ReplyDelete
  2. Guru disiplin? Takooowwwtttt.. HUHU..

    ReplyDelete
  3. dahla cikgu kelas paling corott..naik lg jadi cikgu disiplin? mmg sekolah nak ko naikkan blk prestasi murid2 skola tu. keep it up wan! pasti ko boleh!!


    p/s: dulu pun ko suka marah aku bila bab ex aku..takutttt wooooo~

    ReplyDelete
  4. wah2 cikgu disiplin..
    khelass gituuu..
    selamat menjadi guru yg berdedikasi tahun 2011..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...