MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 8, 2012

2 Orang Anak Murid Aku


Aku cikgu BM. Tingkatan 1

1 kelas ada kurang lebih 32 orang murid.

30 orang boleh membaca, menulis dengan lancar. Baki 2 orang lagi membaca merangkak. Err merangkak pun laju lagi. Mungkin boleh kategorikan meniarap.

Awal-awal dulu aku selalu runsing macam mana nak mengajar 2 orang budak yang belum boleh membaca menulis dengan lancar ni. Nak mengajar ikut standard sukatan pelajaran form 1....mampus tido je lah budak 2 orang tu nanti sebab hapah pun dia tak reti nak buat. Tapi takkan pulak aku nak mengajar balik A untuk ayam, B untuk bola semata-mata budak 2 orang tu. Mustahil.

Jadi sudahnya aku buat keputusan.

Aku beli buku latihan budak DARJAH 4.

Setiap kali waktu BM, 2 orang budak tu akan duduk kat meja guru. Sorang apit kanan aku, sorang apit kiri aku.

Sementara budak-budak lain siapkan latihan yang sedikit advance, budak 2 orang ni masih lagi aku ajar silibus darjah 4.

Sesekali suara mak singa aku keluar.

" Haippp...M E N G bunyinya apa?? Eja! Eja! Eja kuat-kuat bagi cikgu dengar."

" Ini kenapa pulak huruf kecik ni, H ni patutnya huruf besar sebab kata nama khas. Padam! Betulkan."

"Oiiii ada tanda titik kan tu.Berenti. Kau nak baca non stop tu kang sesak nafas pulak kang."

Ah, pendek kata macam-macam hal.

Aku memang agak tegas dalam kelas. Tapi aku rasa aku jugak antara guru yang selalu panggil anak murid dengan panggilan sayang. Kadang mulut dok bersayang-sayang tapi tangan aku tengah cari port nak "ketam" anak murid. Haha.

Sebenarnya....

Aku tak pasti.

Malu ke budak berdua tu bila aku panggil duduk di depan tiap kali masa BM?

Tertekan ke budak-budak bila kena buat latihan budak darjah 4, sedangkan kawan-kawan lain semua buat latihan tingkatan 1?

Aku pun tak pasti.

Yang aku tahu...sebelum cuti hujung tahun nanti, aku akan pastikan 2 orang murid aku ni dah boleh membaca dan menulis dengan lancar.

Kalaupun tak sehebat kawan-kawan lain pun tak mengapalah.

Asalkan tidaklah sampai sepuluh kali jumpa perkataan "FARHAN", sepuluh kali jugak disebutnya "FADZLINA".

Heh.

1 comment:

  1. Now depa malu la...tapi bila depa dh pandai membaca nanti hasil didikan U, mesti depa teringat, sebabkan dimalukan oleh cikgu la depa akhirnya dpt membaca...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...