MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, August 4, 2012

Kamu Buat Apa Hari ni?


Salam Sabtu!!

Wahh..hari ni mesti ramai plan nak keluar shopping lagi kan? Tak cukup-cukup hari nak shopping. Last week dah shopping, this week pun shopping lagi. Next week lagiiiii lah ramai orang shopping. Ate kata bonus masuk. Tambah lagi next week adalah weekend last sebelum kita sambut Aidilfitri nan mulia. Heh. Takpelah, pegilah keluar membeli belah untuk keluarga. Beli ikut kemampuan diri ye kawan-kawan? Nasihat orang pandai...padahal dia pun dua kali lima sepuluh!

Aku hari ni memang takde keluar-keluar shopping ni. Sebenarnya dah tak tau nak beli apa dah. Hamboiiii sampai begitu sekali aku punya setel persiapan raya. Haha. Tapi memang ye pun, semua done. Bahagian aku done. Abahnya pun done, Aidi punya lagilah awal lagi dah done dah. Tinggal persiapan rumah jek. Itu tunggu bonus lah kita beli apa yang patut.

Jadi hari ni aku adalah on mood memasak. Dah 2 hari laki aku makan berbuka dalam polisterin. Haha. Jadi hari ni aku masak hebat-hebat punya.

Ayam goreng kunyit.

Daging masak black peper

Ikan goreng.

Sambal telur

Puding keramel Gula hangus.













Alah, takdelah hebat pong!


Uols buat apa hari ni? Cer citer cer citer..

2 comments:

  1. amboi byk ek menu...kita kalau masak, 1 menu je sb makan berdua je...

    hari ni plan nak carik babycot matress kat ikea...tp smp skrg 337pm ni husband blh sambung dengkur lagi???? marahnyeee

    ReplyDelete
  2. Syima..kalau dah sang suami berdengkur tu memang alamat al cancel la projek isteri. Suami kalau dah tido, bom meletup sebelah pun tak bangun jugak tu. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...