MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, August 12, 2012

Mengukur Lantai Parkson.......Lagi.


Hari ni Ahad. Last weekend sebelum kita menyambut Aidilfitri Ahad depan. Insyaallah.

Kejap je berlalu Ramadhan ni. Tak terasa sangat. Tau-tau je dah nak raya. Lepas tu mula gelabah bila sedar macam-macam tak beli lagi.

Eh kiah oiii....kalau tiap kali raya tiap kali tu semua nak ganti baru memang pengsan!!

Tapi aku tetap nak beli beberapa benda lagi. Ini penting ni. Kalau takde ni payah aku raya nanti.


Aidi steady je teman mama ukur lantai Parkson.


Aku rasa dah 3 kali aku dok mengukur lantai Parkson tu mencari mangkuk-mangkuk elok sikit untuk hidang juadah raya. Serius rumah aku memang takde mangkuk elok hidang makanan. Nasik pun selalu aku hangkut periuk-periuk sekali bawak atas meja.  Tak senonoh kan? Sebab tu lah aku nak cari mangkuk. Mangkuk bertutup kalau boleh. Tapi takdelah yang berkenan.

Ada yang aku berkenan, poket aku pulak tak berapa nak berkenan. Ada yang poket berkenan, designnya pulak aku tak suka. Payah..payah.

Kalau aku ni kaya raya memang senang.

"Dik, bungkus ni semua mangkuk-mangkuk Corelle ni. Bayar Cash."

Begituuuu....tapi itu kalau kaya lah.

Sebab aku tak berapa kaya..asiklah keluar dialog gini.

"Dik, set ni ada diskaun tak?"

"Dik, jenis yang ni tapi murah sikit ada tak?"

Haha. Begitulah dialognya.

Sudahnya memang balik rumah saja jek. Tak beli apa.

Eh silap silap. Sempat jugak membeli.

Sempat aku rembat shawal ropol-ropol selai untuk pakai raya nanti. Itu je tudung yang berkenan di hati. Sebenarnya takdelah berkenan mana pun, tapi dah itu je yang aku suka. Incik suami lagi best...dia tau baju aku kaler coklat kan? Jadi semua tudung yang warna coklat dia sua kat aku.

"Yang..ni coklat ni."

"Yang, itu pun coklat tu."

"Eh banyaklah kaler coklat. Okeylah ni."

Ye ye ye bang. Memang semua tu kaler coklat. Tapi takkan sampai tudung pesen cik kiah cik kiah pergi pasar beli ikan tu nak pakai raya kan? Tak glam la bang. Haha...Perasan retis harus ada. Haha.


Shopping dengan lelaki ni kadang payah sikit.


Aku nak beli sandal cap Bata pun kemain dia halang. Cun apa kasut tu. Bata pun bata lah. Ada aku kesah??

Tapi dah suami sendiri kata jangan beli, takkan nak beli jugak kan?

Mujur dia ganti dengan sepasang sandal lain.

Yang kononya lagi berkualiti. *padahal jenama apa ntah*

Arghh! Tak kesahlah. Janji incik suami belanja. Dan aku sudah ada 2nd kasut raya.


Weeehooo!!


Aidi hampir-hampir mendapat 3rd kasut raya tadi. Tapi malangnya size takde. Budak ni kaki lebar tapi pendek. Serupa kaki aku. Payah cari size.


Ok bai!

2 comments:

  1. memang seronok shopping raya...
    p/s..saya dah masukkan link blog anda dlm bloglist saya :-)

    ReplyDelete
  2. same mcam laki aku weeiyhh..kalau shopping ngan die macam tu ar gamaknyer...pilih kaler tuding..die kata.."alaa...lebih kurang ar tu"..seang jauh giler kot..ko tau kan warne kan banyak tone..huhu..kalau pasal kasut lagi aku tak suker beli ngan laki aku..memanjang soh aku beli selipau jer..katenyer senang nak sarung...ggrrr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...